Friday, September 30, 2011

Interview pertama saya

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 9:42 PM 2 comments
Assalamualaikum..

I was at IIUM yesterday having an interview.Seriously memang berdebar sangat2.Lepas habis belajar, ini la interview kerja yang pertama.Masa mula2 apply dulu sebab macam menarik je position tu plus memang suka duk dalam environment yang belajar2 ni.That's why dulu confident je apply untuk master programs.Konon macam tak nak buang masa la.Tapi kita merancang Allah tentukan segalanya so terima je la.

Result untuk interview ni tak tahu lagi bila keluarnya so tunggu je la.Actually, masa interview tu, ada 4 orang candidates je.Sorang lelaki dan 3 perempuan.Terkejut la tengok orang lain semua canggih2!Siap masters bagai 3 orang lagi tu.Sorang dengan LLM nye, sorang dengan degree engineering from universiti kat USA + MBA dan sorang lagi tu memang lecturer.Hebatkan diorang?

Tapi pape pun saya wat cam biasa je la.Bersembang dan bertanya itu dan ini kepada orang2 yang lebih banyak ilmu dan lebih luas pengetahuan.Dia orang semua okay sangat dan tak kedekut ilmu.

Mula2 sekali kena wat writing test. Pastu baru interview.Yang penting confident.Biarpun orang lain semua canggih2 tapi jangan tergugat.Hihi!Kalau ada rezeki alhamdulillah.Kalau tak, cari lain la jawabnya.Hihi!

Lepas interview, saya jumpa geng saya masa belajar dulu.Tia!Dia mengajar dekat Kolej Unikop so dia datang ambil saya and had lunch together.Best sangat dapat jumpa Tia!Saya sangat rindukan kawan2 saya!Thanks Tia for the lunch treat!Next time on me ok!Hihi!Hope to see Ida and Jeton jugak!Insyaallah next time babes!

Till next update!

yours truly,
dyawithluv

Wednesday, September 28, 2011

Yesterday by Kim Kyu Jong SS501

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 1:12 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Tengok tajuk je mesti da tau kan saya nak cakap pasal apa.Bak kata anak saudara saya, "Korea, korea,korea,korea, awak tu orang kampung!"Nak buat macam mana sayang, kat kampung sekarang da canggih.Ada Astro, boleh tengok KBS dan One HD.Pastu internet da bermaharajalela walau pun cam siput kat rumah tokki tu sayang.Terpaksa la minat.Hihi.

Saya memang peminat tegar SS501.Walau pun group ni ala hidup segan2je tapi as long as dia orang ada lagu baru tu kira macam ada lagi la.Orang yang paling saya tunggu comeback dia ada la dia ni:
Nama dia Kim Kyu Jong dan lagu baru dia tajuk Yesterday.

 

yours truly,
dyawithluv

p/s:credit for Asiandream2015 for the video.

Saturday, September 24, 2011

Jangan baca!Curhat je..

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 1:29 PM 4 comments
Aku tengah bengang.Bila aku bengang aku cari blog aku sebab ak takde boyfriend nak mengadu. Aku bengang dengan sikap orang kita yang takde sikap tolak ansur dan hanya nak menang!Pastu pulak tak reti nak ikut peraturan.
Tadi aku gi Giant Kuala Terengganu sebab aku nak gi beli barang dapur.Tau2 je la time sekarang ni orang baru dapat gaji so ramai tak yah cakap la kat Giant tu.Mydin lagi la tak yah cakap banyak.Orang ramai giler nak mati.Sebab tu aku nak sarankan tolong la buat satu lagi hyper market kat Kuala Terengganu ni.Biar ada banyak tempat boleh pegi kalau nak beli barang dapur.Carefour ke Tesco ke.Aku da bosan giler dan bengang tiap kali nak gi beli barang.Takde masa orang kurang kat tempat2 yang dah ada ni.Setiap masa orang ramai giler.

Oh ni cite aku.Waktu kat Giant tadi kereta banyak giler sampai semua parking depan tu penuh.Aku da pusing 2 kali kat parking area yang depan tu sebab aku nampak ada sorang lelaki ni da tolak troli nak pegi dekat kereta dia.Aku tunggu punya la lama sampai aku naik bengang.Lelaki tu pulak boleh jalan slow je tolak troli dia buat muka tak tau.Ya Allah tuhan je tau perasaan aku.Tak sampai2 lelaki tu kat kereta dia.Kalau korang la kan, memang korang akan buat macam tu jugak ke eh?Last2 aku pegi cam tu je sebab lambat sangat.Da nampak da orang tunggu tapi boleh pulak jalan lambat2 macam takde apa sebab orang yang tunggu tu nak parking kau kan.So kena la tunggu.Aku memang benci orang macam ni sebab langsung tak ada perasaan prihatin dekat orang lain dan pentingkan diri. Aku pun selalu jugak orang nak parking aku tapi aku kesian bila orang tunggu aku lama2 plus aku pun tak suka sangat orang tertunggu2 akan aku.Jadi aku cuba meminimumkan masa yang diambil untuk angkut barang dalam kereta.Okay tu satu cite.

Then aku pikir nak gi parking yang dekat belah belakang pulak. Memang ada satu jalan je nak gi parking belakang tu dan jalan tu memang serius kecik.Parking motor kat belah kanan dan parallel parking kereta kat belah kiri.Aku da masuk da kat jalan tu tetiba ada 3 buah kereta nak keluar dari situ.Boleh tak korang banyangkan?Jalan tu boleh lalu satu kereta je.Satu je jalan penyelesaian.Salah satu kena mengalah.Kena undur supaya mana2 kereta boleh keluar dari situ.Guess what?!Aku la yang kena keluar sebab ak sebijik kereta je and yang nak keluar tu pulak 3 biji.Kenapa aku bengang?Sebab driver 3 bijik kereta tu tak logik.Ada ke keluar ikut jalan masuk!Kan dekat belah belakang tu ada lagi satu pintu pagar.Keluar je la ikut situ.Nak jugak keluar ikut jalan kecik yang sibuk nak mati ni!Aku bengang sebab jalan tu sepatutnya tu jalan aku!Sekarang aku memang berkira sebab aku benci orang yang drive sesuka hati tanpa ambil kira driver lain.Aku benci driver selfish!

Aku harap pihak pengurusan Giant ambil berat masalah ni.Benda mungkin nampak simple tapi benda simple boleh jadi masalah besar kalau tak kena cara.Tolong la letak signjalan mana jalan masuk dan jalan mana jalan keluar.Kalau tak, macam ni la jadinya.Orang2 ni masuk keluar ikut dang je.Macam takde peraturan.

Terbantut niat aku nak makan kek besday.Sebenarnya tadi aku da gi da kedai kek pastu kakak aku cakap nak beli barang dapur lagi so kena la beli barang dapur dulu.Kalau tak cair la kek kalau tinggal dalam kereta. Bila da jadi cam ni aku pun da takde mood nak makan kek biar pun sebenarnya i'm craving for cake!=(

yours truly,
dyawithluv

Monday, September 19, 2011

It's my 25th birthday!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 11:59 PM 1 comments
Assalamualaikum!

Harap sihat2 aje ye..
Hari ni, 19 September 2011, tepat pukul 12 tengah hari, cukup2 umur saya 25 tahun. Alhamdulillah, dalam usia 25 tahun, saya ada semua yang saya mahu kecuali kerja.Hehe~~

Saya bersyukur saya masih masih bernafas dengan baik, sihat walafiat dan bersama orang2 yang saya sayang. Takde sambutan secara besar-besaran tapi ada double celebration. 17 September lepas saya konvo dan hari ini saya sambut birthday pulak.




Just Big Apple doughnuts for my birthday. No cakes sebab we're too busy of something so tak plan pun nak celebrate until my sister text me and ask "da makan kek blom?"..Hihi..My sister, big fan of Big Apple but she's not here so let's have BA when you come home for mid sem hols ok!

Till next update loves!

yours truly,
dyawithluv

Konvo lagi!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 8:50 PM 0 comments
Assalamualikum..salam sejahtera..

Semalam saya update pasal konvo pastu tempek gambar skema punya masa dalam dewan.Actually, untuk hari bersejarah ni, saya tak bawak camera pun.Lebih tepat lagi takde camera.Sedih tol tapi nasib baik my sister ada talipon yang cameranya agak cantik gambarnya.Mujur!Selebihnya cilok sana sini masuk gambar kamera orang lain.Hihi!

Sedih sebenarnya bila da habis belajar dan dah konvo.Rindu sangat2 dekat kawan2 masa belajar dulu.Yang ada sekarang kenangan je.Semoga ikatan yang terbina ini akan berkekalan selamanya.Persahabatan yang ikhlas kerana Allah akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh-Nya. Tacim le pulekk..Nak wat cam ne memang type sentimental!

Sebelum kebosanan baca entry panjang tapi takde isi, korang tengok la suasana konvo di UNISZA ni eh.Mane la tau satu hari nanti korang or sedara mara korang belajar kat sana kan at least korang da penah tengok cam mana suasana konvo kat sana.















Begitu la..Till next update!

yours truly,
dyawithluv

p/s:full credits to Fathiah Raduwan, Along Wani and Aminah Poh Yuen Wuan for all the pics.Jgn marah tau korang!

Sunday, September 18, 2011

My LLB Convocation

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 9:05 PM 3 comments
Assalamualaikum..

Alhamdulillah akhirnya saya da pun bergraduat.I am now officially a graduate from Universiti Sultan Zainal Abidin with Bachelor of Laws (LLB) (Hons).Ya Allah tuhan je tahu betapa susahnya nak dapat segulung ijazah ni.

Ada gak la sedih sikit sebab my parents tak tengok pun masa terima ijazah tu. Abah kat KL, kat rumah my brother and my mom, cik, tak pernah berpeluang pun tengok saya konvo baik masa diploma dulu mahu pun degree sekarang.Tapi saya percaya mesti ibu saya gembira.Kak long dan my sister, Raudah, datang pun da cukup.Sanggup balik weekend dari UMP.Terharu weh!Haha!Thanks for all the wishes and semoga Allah memudahkan segalanya.

To my best buddies, sahabat dunia akhirat,Amar, Iwan, Ida, Tia dan Jeton, tahniah walau pun Allah je tahu betapa "rajinnya" kita dulu.Hihi!To all LLB second batch year 2007, congratulations and all the best for our future undertaking.Nanti kalau ada sape2 lagi nak kawin or dapat baby jangan lupe jemput dan roger2 ye!To Shahril yang sampai kat Kent Law School, good luck and all the best!Kelass kau maria!Tak sangka da sampai UK ko ye wat LLM.Tunggu aku kat sana eh.Nanti aku sampai.Hihi!

To all my lecturers, terima kasih tak terhingga.Harap dihalalkan setiap ilmu yang diberikan dan restukanlah perjalanan kami menempuh alam baru. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas setiap jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.May Allah bless all of us.



Permaisuri Agong Nur Zahirah bagi tapi tak nampak la pulak muka..Ish photographer ni sabo je la..

nerves jalan depan satu dewan..hihi


yours truly,
dyawithluv

Wednesday, September 14, 2011

Cukai 6% Celcom Di Tunda

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 6:18 PM 2 comments
Assalamualaikum..

Jiwa kacau da tenang bila my brother yang warded last Sunday dah discharged tengah hari tadi.So pasni tak de la ulang alik hospital lagi.Walau pun dekat wad lelaki tu ada ramai nurse2 praktikal lelaki yang comel2 tapi tak sanggup kot nak tengok keadaan my brother yang quite weak because he is an active person.Hope lepas ni sume pun okay aje.Insyaallah.

Rasanya sume bebudak yang guna line Celcom pun tahu kan pasal cukai 6% kalau kita nak beli topup atau kita nak beli nombor Celcom tu kan. Kat Facebook pun da siap ada group yang oppose benda ni.Well, bagi saya sendiri pun memang sangat tidak menyokong. Sedangkan sebelum ni kalau ada mana2 kedai yang kenakan caj lebih dari RM10 pun saya rela cari kedai lain, apa lagi kalau pihak berkenaan betul2 kenakan caj tu mungkin saya akan beralih semula ke line lama saya.Tanpa teragak2. 

Sekarang ni, semua benda nak naik harga. Tapi gaji tak de lak naik. Kalau cam ni berterusan, bukankah akan berlaku inflasi?Saya bukan orang ekonomi tapi sebagai pengguna saya sangat kesal dengan situasi semasa. Tak nak la ulas bab barang lain.Cukup dengan isu topup and starter pack ni je.

Mula2 kenakan cukai 6% pastu nati bila da lama2 sikit mula la nak naikkan lagi.Macam2 la alasan.Service charge la hape la. Bukan tak tau barang2 ni kalau da start naik harganya, akan sentiasa la berlaku kenaikan selepas itu.Nak naikkan memang nampak macam susah katanya tapi nak turunkan harga tu lagi la payah!

Lagi satu, bukan tak tahu kan dah sah2 la pengguna prepaid ni budak2 sekolah, budak2 universiti dan orang2 yang kurang berkemampuan.Tu pun service provider ada hati lagi nak kenakan cukai. Benda ni mungkin nampak simple tapi kita kena jugak fikir kesan dan akibat dari segi moral pulak.Sebab benda ni melibatkan budak2 dan orang muda, so kita kena fikir lebih sikit.Jangan fikir dari segi ekonomi je tapi fikir jugak dari aspek moral. 

Budak2 minta duit dengan mak ayah nak beli topup. Sekarang nak RM10 je tapi nati nak lebih. Kalau anak sorang je pakai handphone yela boleh berkira tapi kalau 5 orang semua pun pakai talipon.Dah tu nak topup tiap2 minggu cam mane?Tu kalau minta dengan mak ayah.Macam mana pulak dengan yang mencuri semata2 nak tambah pendapatan?Tak ke haru?Mungkin ada yang kata ini cuma andaian je tapi dunia sekarang macam2 boleh jadi. Moral semakin runtuh.Akhlak makin teruk. 

Saya memang fikir benda ni secara jauh sebab saya tengok budak2 zaman sekarang jauh bezanya dengan zaman dulu. Sepatutnya kita makin bertamadun tapi sekarang ni makin tak bertamadun pulak.Tengok je la remaja2 kita sekarang.Kalau cakap bab moral, sosial dan akhlak ni memang tak kan habis. 

Oleh itu, saya menyeru kepada pihak berkenaan, pertimbangkan perkara ini dengan seadil-adilnya. Saya tahu anda berbisnes tapi jangan sampai kesan tindakan anda menyumbang kepada masyarakat kita yang semakin tak bermoral.

yours truly,
dyawithluv

Quick update:Patience

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 12:00 AM 0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Semoga semua orang sihat walafiat dan berada di bawah lindungan-Nya selalu.

I am really exhausted sampai tak leh nak merapu kat sini. Things happened and we can just be patience and pray to Allah that hopefully everything will be just fine soon.

Sebab perasaan tak tenang meh kite tempek gambar dekat air terjun.Damai sikit jiwa bila teringat alam semulajadi yang santek ini.






yours truly,
dyawithluv

p/s:credit to my friend Dayah Salim for the picture.Thanks for snapping this nicely.Hugs and kisses!

Thursday, September 8, 2011

Tetamu tak diundang

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 4:21 PM 4 comments
Assalamualaikum..
First of all i would like to apologize for all mistakes that i've done. Sometimes we didn't realize what we are doing and we need someone to tell us something is not right.Thanks you so much and i'll avoid whatever misunderstanding after this.

Okey la tu mukaddimah je.Preamble omputih kata. Ada story ni nak cite. Semalam masa i masuk dapur, bukan nak masak tapi nak gi minum air. Tetibe i ternampak tiny little thing moving dengan pergerakan yang meragukan dekat bakul yang letak barang2 wat kek.Sebab tak puas hati i tengok dekat2 and shocked la i pun!Guess what!I pun terjerit2 la cam tak bape center gitu panggil kaklong and we 110% sure it is baby snake!

Ya Allah tuhan je tau.Memang sangat kecil tapi kalau dah name snake tu cam-cam mane pun takut wei.Mana la tau kot2 mak dia pun ada gak kat dapur tu.Then kita orang tutup pintu dapur pastu I gi call my friend yang ayahnya bomba.Sebab panik punya pasal la instead of call balai bomba i gi call kawan yang ayahnye bomba.Ntah pape la.Unconscious jap i sampai lupa nak call tempat yang sepatutnya.Pape pun thanks Dayah Salim sebab mengingatkan aku pasal balai bomba.Hihi!

Then i call bomba and bomba datang berlumba2. 2 orang pakcik bomba datang.Kaklong i kenal la pulak pakcik bomba tu sebab dia penah duk kat area rumah kita orang dulu.Pakcik tu pun kenal gak abah i.So ada rasa sense of belonging kat situ sebab rasa je ni la kampung ku.Hihi!Melalut !Berbalik pada cite si baby tu tadi, pakcik bomba tu selongkar satu dapur tapi tak jupe.Setengah jam jugak la.Tapi takde pun so pakcik tu cakap biasanya kalau kita da tengok dia nati dia lari. Sepatutnya kalau da nampak tu sorang kena tengok2 la mana dia lari and sorang gi call bomba.Pakcik bomba pun balik tapi dia pesan suruh call kalau ada apa2 sebab dia kerja sampai pukul 9 pagi ni katanya.Yang nak tergelaknya pakcik tu boleh membebel sebab kita orang simpan plastik2 and kotak.Dia cakap kita orang sama cam wife dia jugak sebab suka sangat barang2 kat dapur.Haha!

Kaklong pun kemas2 la kat dapur tu sikit sebab da selerak kan pastu tutup pintu dapur as precaution.Dalam pukul 11 lebih kaklong buka pintu dapur tu and sedang elok nampak dia tengah melingkar dekat bakul tu.Nampak sangat tadi menyorok!Then tanpa melengahkan masa i pun gi call bomba.Datang la pakcik tu sekali lagi.Dua orang jugak tapi pakcik yang glemer tu datang dengan orang lain pulak.Cepat2 la dia gi dapur sebab takut terlepas lagi kali ni. Dia selongkar la bakul tu then keluar la si baby tu.Kali ni dia jatuh kat atas lantai then nampak la bentu sebenar dia cam mane.Aku ni penggeli orangnya .Allah je tau betapa aku rasa geli giler masa tu tengok dia kat atas lantai.

Pakcik bomba tu cakap "Kecik sangat, boleh kenyet2 je".Pakcik sorang lagi pulak cakap, "Nak jerut pun tak lepas".Eh2 pakcik ni dia tak tahu betapa takutnya aku dengan kaklong bila nampak benda tu.Then dia isikan benda tu dalam plastik.Boleh pulak memain nak acu2 kat aku.Menjerit la apa lagi.Takkan gembira pulak!Tapi pape pun terima kasih banyak pakcik2 bomba sebab datang menyelamatkan saya seisi rumah.Jasamu ku kenang.Hihi!Dua kali kot datang rumah aku dalam satu malam so once again, Thanks you so much!

Alhamdulillah lega.Harap2 pasni tak jadi cam ni lagi.Semoga Allah melindungi kita semua.Amin...

yours truly,
dyawithluv

Aktiviti Raya Aidilfitri

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 3:12 AM 1 comments
Assalamualaikum wbt..
Harap2 sume orang pun okay.Korang mesti dalam mood raya lagi kan.Me?Rasa gak nak raya lagi tapi kengkawan sume da pulang ke sarang masing2 so tinggal la aku terkelip2 kat rumah ni ha. Sebab mood raya masih ada aku nak tempek gambo aktiviti raya tahun ni.Cekidout!

Raya kat rumah

Raya pertama with nieces
sisters at my aunt's place



my sis with nieces

again
tengok cite momok dekat uncle's place
akhirnya sarah and nadia beraya gak kat my home


Adawiah's engagement

adawiah dengan mr tunang


Reunion SMA Mahmudiah



besides me is munirah my partner and best friend waktu form 3A
mahmudiah's old boys
nak amik gambar vespa last2 tuan vespa je yang nampak

 Begitulah seadanya raya kali ini.

yours truly,
dyawithluv
 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez