Wednesday, March 30, 2011

Kawan saya telah di ambil!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 10:11 AM 0 comments
Aigoo..Lame giler tak update.Padahal banyak benda nak cerita.Banyak sangat benda yang da berlaku dalam masa tak berupdate blog ni. Nak buat list?Rasa tak muat space kat sini.Hehe.Exeggerate!

Untuk masa yang sikit je lagi tinggal untuk abis belajar ni, banyak pulak benda2 yang nak kena buat. Satu, of course la keje2 berkaitan pelajaran, dua keje2 yang berkitan dengan recognition program kita orang.Next week MQA nak datang buat assessment fakulti. Sume student dengan lecturer is giving their best for the sake of recognition. Memang bertuah orang2 yang masuk law school yang da establish dan junior2 yang bakal masuk lepas dapat recognition.

Ok jugak la at least rasa macam memberi sesuatu untuk universiti dan diri sendiri.Diri sendiri?Ye la kalau tak dapat recognition maka berkecai la harapan dan cita-cita nak jadi lawyer. Tak tau la tahun bila akan dapat chambering tapi sume orang pun tengah berusaha untuk itu tak kira la student ke lecturer ke.

Enough of MQA and recognition. Kita cakap pasal tunang, nikah dan kawin pulak.Takdela baru tunang.Tak sampai level nikah dan kawin lagi.Again, one of my best friend akan jadi MRS tak lame lagi. Couple of weeks ago, die punye engagement ceremony.

Majlis start petang dengan khatam Al-Quran.Hujan memang tak celik mata la.Katanya effect tsunami kat Jepun tu. Kawan saya ni adalah kawan yang menemani saya ke mana saje saya pergi sepanjang 14 tahun sejak dari sekolah rendah ke sekolah menengah , jejak kaki masuk Kusza buat diploma dan sambung lagi degree kat UDM tapi nati grad sebagai graduan Unisza.Kelas sama lak tu dari dip sampai degree sebabnya kelas law ada satu kelas je setiap batch. Siap jadi roommate lagi masa sem 3&4.

Finally she was halfly taken on 12 Mac 2011.

us
us lagi
bride to be
yours truly,
dyawithluv

Saturday, March 12, 2011

Tsunami melanda Jepun

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 12:27 AM 2 comments
Bila sebut je tsunami mesti kita akan teringat pada kejadian yang pernah melanda negara kita suatu masa dulu.Menakutkan bukan?Ombak yang selama ini kita rasa cukup indah saat menampar gigi pantai tu menyapu semua yang berada di depannya dan mengheret pergi setiapnya sejauh yang boleh.

Hari ni sekali lagi tsunami melanda.Kali ni Sendai, Jepun pulak.Gempa bumi berukuran 8.9 pada skala richter mencetuskan ombak setinggi 10 meter.Tadi saya tengok berita kat tv katanya mangsa dianggarkan 300 orang.Tapi angka sebenar dijangka lebih tinggi.Kalai kita tengok video dalam berita tu memang munsabah la kalau lebih dari 300 orang.

Bencana alam macam ni memang di luar kemampuan kita sebagai manusia biasa.Sumenye di tangan Allah.Dia yang menentukan.Apa yang mampu kita lakukan dalam keadaan sekarag cuma berdoa agar sume dilindungi Allah.

Pada mereka yang tinggal dekat dengan kawasan pantai yang berisiko tu berjaga-jagalah. Amaran da kuar jangan berada di kawasan pantai time2 cam ni.

Hawaii jugak da terkesan dari tsunami ni. Ombak setinggi 1 meter melanda pantai Hawaii tapi takde damage yang teruk.Pelabuhan2 dekat area Honolulu dan Guam pulak ditutup sebab pihak berkuasa nak assess kerosakan yang berlaku.

Antara negara lain yang dijangkakan terjejas adalah Filipina, Indonesia, Chile dan 20 lagi negara lain.













yours truly,
dyawithluv

Saturday, March 5, 2011

Dress,We Got Married dan Rindu Di Awan Biru

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 6:14 PM 3 comments
Selamat petang sabtu semua..Indahnya petang kat rumah.Takde la kena cahaya mata hari kat atas muka ni.Kalau kat hostel tu bilik saya mengadap matahari petang dan Tuhan je tau betapa panas dan berhabanya dalam bilik.Kalau ada aircond kan best.Hihi.

Sepatutnya 18/3/2011 ni ada annual dinner untuk my faculty.Lebih tepat untuk meraikan student final year seperti saya.Tak sabar rasa nak dinner.Nak pakai baju baru yang voguedavast dan gojes.Haha!Memang dari tahun lepas lagi da aim nak pakai dress.Tapi masalahnya, sume dress yang saya berkenan tu warna hitam dan kelabu.Entah la padahal warna tema kelas saya purple.Selama ni kalau nak beli pape mesti beli yang purple.Bila tengok baju2 pegi kelas pun majoriti warna purple.Camne?Disebabkan itu sampai sekarang saya tak beli lagi baju dinner.Dah banyak da tengok tapi tak terbeli la pulak.

Nak yang macam mana?Mari kita google!



Canggih tak?Kalau beli yang ala2 macam ni kena la pakai inner. Kalau tak cari nahas namanya.Semalam saya cakap2 dengan kaklong saya pasal baju dinner yang saya tengok dan saya rasa nak beli.Kaklong kata dulu tak banyak sangat pilihan baju.Tapi sekarang ni sesiapa je boleh pakai apa2 je.Even kalau bertudung pun boleh pakai yang macam2 fesyen sebab sekarang ada inner.Thanx to pereka cipta inner.

So nak yang macam mana?Yang pasti tak la secanggih gambar2 di atas.Yang simple2 cukup..Kang over pulak.

Anyway, pernah tengok We Got Married?Best jugak kelakar dan cute.Rancangan realiti.This couple bukan bercinta pun just belakon dalam show ni je.Tapi saya suka couple yang ni sebab saya suka CN Blue.Ni dia:


Saya tak la minat SeoHyun Girl's Generation ni sebab saya minat grup lelaki jek..Hikhikhik!CN Blue saya suka la tapi tak minat sangat YongHwa.Saya lebih suka JongHyun.Cam mane muka JongHyun?Mari kita tengok!

bukankah cute?hihi!
Satu tak cukup nak dua!

muka cam serba salah nak senyum..haha!
Selain itu, saya nak recommend baca la novel ni.Best gak.Saya baca tak sampai separuh lagi tapi ada hati nak recommend kat orang.

Saya beli buku ni bukan kerana jalan cerita dia.Tak baca lagi mana lah nak tau kan.Setakat baca sinopsis tu tau sikit2 je.Tengok cover buku ni cam bese je kan.Tapi kapal terbang dua bijik dan awan tu yang buat saya rasa nak baca.Hihi.Seperti jugak cerita Awan Dania, saya bukanlah peminat setia cerita tu tapi kalau ada saya akan tengok sebab die dekat dengan pilot.Obvious kan?Hihi!

Setakat itu saja taklimat kita petang ni.Nati kita jumpa lagi di lain masa =).

yours truly,
dyawithluv
 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez