Wednesday, September 14, 2011

Cukai 6% Celcom Di Tunda

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 6:18 PM
Assalamualaikum..

Jiwa kacau da tenang bila my brother yang warded last Sunday dah discharged tengah hari tadi.So pasni tak de la ulang alik hospital lagi.Walau pun dekat wad lelaki tu ada ramai nurse2 praktikal lelaki yang comel2 tapi tak sanggup kot nak tengok keadaan my brother yang quite weak because he is an active person.Hope lepas ni sume pun okay aje.Insyaallah.

Rasanya sume bebudak yang guna line Celcom pun tahu kan pasal cukai 6% kalau kita nak beli topup atau kita nak beli nombor Celcom tu kan. Kat Facebook pun da siap ada group yang oppose benda ni.Well, bagi saya sendiri pun memang sangat tidak menyokong. Sedangkan sebelum ni kalau ada mana2 kedai yang kenakan caj lebih dari RM10 pun saya rela cari kedai lain, apa lagi kalau pihak berkenaan betul2 kenakan caj tu mungkin saya akan beralih semula ke line lama saya.Tanpa teragak2. 

Sekarang ni, semua benda nak naik harga. Tapi gaji tak de lak naik. Kalau cam ni berterusan, bukankah akan berlaku inflasi?Saya bukan orang ekonomi tapi sebagai pengguna saya sangat kesal dengan situasi semasa. Tak nak la ulas bab barang lain.Cukup dengan isu topup and starter pack ni je.

Mula2 kenakan cukai 6% pastu nati bila da lama2 sikit mula la nak naikkan lagi.Macam2 la alasan.Service charge la hape la. Bukan tak tau barang2 ni kalau da start naik harganya, akan sentiasa la berlaku kenaikan selepas itu.Nak naikkan memang nampak macam susah katanya tapi nak turunkan harga tu lagi la payah!

Lagi satu, bukan tak tahu kan dah sah2 la pengguna prepaid ni budak2 sekolah, budak2 universiti dan orang2 yang kurang berkemampuan.Tu pun service provider ada hati lagi nak kenakan cukai. Benda ni mungkin nampak simple tapi kita kena jugak fikir kesan dan akibat dari segi moral pulak.Sebab benda ni melibatkan budak2 dan orang muda, so kita kena fikir lebih sikit.Jangan fikir dari segi ekonomi je tapi fikir jugak dari aspek moral. 

Budak2 minta duit dengan mak ayah nak beli topup. Sekarang nak RM10 je tapi nati nak lebih. Kalau anak sorang je pakai handphone yela boleh berkira tapi kalau 5 orang semua pun pakai talipon.Dah tu nak topup tiap2 minggu cam mane?Tu kalau minta dengan mak ayah.Macam mana pulak dengan yang mencuri semata2 nak tambah pendapatan?Tak ke haru?Mungkin ada yang kata ini cuma andaian je tapi dunia sekarang macam2 boleh jadi. Moral semakin runtuh.Akhlak makin teruk. 

Saya memang fikir benda ni secara jauh sebab saya tengok budak2 zaman sekarang jauh bezanya dengan zaman dulu. Sepatutnya kita makin bertamadun tapi sekarang ni makin tak bertamadun pulak.Tengok je la remaja2 kita sekarang.Kalau cakap bab moral, sosial dan akhlak ni memang tak kan habis. 

Oleh itu, saya menyeru kepada pihak berkenaan, pertimbangkan perkara ini dengan seadil-adilnya. Saya tahu anda berbisnes tapi jangan sampai kesan tindakan anda menyumbang kepada masyarakat kita yang semakin tak bermoral.

yours truly,
dyawithluv

2 comments:

"ourlife..." on September 14, 2011 at 6:31 PM said...

sangat bersetuju dengan diya...tak patut betul diaorg neh..huhu

Hidayah Deiya Aledruce on September 14, 2011 at 8:31 PM said...

aah kan kak nurul..mmg xpatut..

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez