Wednesday, December 29, 2010

Malaysia we are the Champion of 2010 AFF Suzuki Cup

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 9:58 PM 0 comments
We deserve to win!No matter what the result of tonight's game, we are the Champion!Thanks you for the goal Safee Sali..You are my hero tonight. The other players are also listed as my heroes. It's been a long time since we heard our football team do well during competition. This is the best that i ever see since i was born.

Congratulations guys for winning the 2010 AFF Suzuki Cup! =)

yours truly,
dyawithluv

Monday, December 27, 2010

Malaysia vs Indonesia

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 12:49 PM 0 comments
Tengok tak bola Malaysia lawan Indonesia malam tadi?Best kan?Best sebab menang!Kalau kalah tak nak cerita la sebab da menang.Lama tak tengok team bola Malaysia main macam tu.Bese kalau tengok bola Malaysia mesti rasa macam lambatnya diorang tu main.Cam boring.Tapi semalam rasa cam ok la walau pun ada part-part yang rasanya diorang boleh buat better.After all we win!Hehe..

Entah kenapa kalau sebut Indo je macam ada grudge semacam. Padahal boleh dikatakan dekat sume rumah kat Malaysia sekarang ni mesti ada sorang orang Indo.Bibik tu.Anyway ada tak bibik sape-sape yang mogok tak nak kerja hari ni?Memang kuat semangat kenegaraan bibik tu.Hehe..

Actually sakit hati gak tengok match semalam. Sebuk dengan laser stupid tu. Siap pause lak tu match sebab laser pancar kat mata goalkeeper Indo. Da tu pause tu pulak time player Malaysia tengah nak buat free kick kan.Saje je nak matikan mood. Memang mati mood pun orang-orang yang tengah tengok kat rumah ni. Fortunately, players sume main dengan ok je pastu. Glad that all Malaysian players play wisely. Takde insiden yang cam boleh kita cakap whatthefish kan.

Match semalam gak boleh dijadikan kayu ukur untuk menunjukkan betapa ramainya umat manusia dari Indo kat Malaysia ni. Nak sama ramai aku tengok supporters Malaysia dengan Indo.

This 29hb match dekat sana lak kan. They must do something untuk make sure kemenangan diorang. Tambah lak diorang mesti menang sorak sebab negara diorang. Orang kita pulak takde la seramai diorang kat sini kan so team Malaysia kena la pandai-pandai bawak diri kat sana walau pun ada bekal 3 bijik telur emas tu.

Malaysian heroes, good luck and all the best!

yours truly,
dyawithluv


Sunday, December 26, 2010

Kamu letak tajuk

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 1:03 PM 0 comments
Selamat tengahari everybody..Certainly someone how's your christmas?Ok macam la orang tu nak jawab kat sini kan?It's ok macam-macam mana pun forsure la die gembira je kan macam kita juga la excited semacam bila time raya.
Few days ni agak bizi tapi lebih tepat lagi buat-buat bizi sebab budak-budak bising balik!Owh best giler budak-budak ni ada.Walau pun diorang ni asal nampak muka aku je nak kutuk..Muka tak comel la, aku ni boring la, aku ni tak best la tapi walau pun cam tu achik tetap sayang korang tau!Dan achik tau korang pun sayang achik kan..Hihi!Bertuah korang dapat mak sedara macam achik ni tau.Tetiber!
Semalam pergi kenduri my cousin. The one yang kahwin baru ni. dan semalam rombongan family kita orang hantar dia kat umah husband dia pulak. Best la lama tak attend family function cam ni since my mom passed away 3 years ago. Bila tengok mak-mak sedara dengan pak sedara sangat mengingatkan kepada my mom. They resemble her a lot. Nama lagi adik beradik kan.
I'm not feeling well right now.Bekok keng. Hehe. "bekok keng" tu bahasa Terengganu. Bekok tu sebenonye bengkak dan keng adalah rahang. So bahagian rahang mengalamai sedikit kebengkakan. Sekarang tengah letak ubat. So say goodbye dulu la ye..Bye =)
yours truly,
dyawithluv

Thursday, December 23, 2010

Result da kuar.Alhamdulillah.

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 3:35 PM 4 comments
Malas nak pikir tajuk yang extravaganza untuk entry kali ni dan memang takde pun entry-entry saya yang tajuknya extravaganza. Just nak cakap pasal result so just straight to the point. Malas nak pikir bunga-bunga bahasa. Uikss marah nampak?Haha!Mesti result tak gempak kan?Kalau tak mesti ayat penuh ayat-ayat cinta. Ni orang baca intro je pun orang da rasa nyampah terus blah.

Takde la..result exam kali ni so-so je. Sem lepas yang macam nak membunuh dengan niat tu lagi bagus!Tak perlu nak ulas panjang lebar, pendek kata bersyukur la sebab lulus sume.Alhamdulillah =)..

Boleh tak nak cakap yang saya annoyed dengan result untuk few subjects?What the fish?!(ha ikan ape ko nak?jerung?pari yang bunuh Erwin crocodile hunter ke ikan buntal?tak nak sume tu!dunia sume!) Apasal ko pulak yang nak annoyed?Cam tak relevan!Memang tak relevan tapi nak annoyed jugak sebab rasa macam annoying..Haha!

Sekarang rasa macam boring giler blaja law. Nape amik law dulu?Sebab cita-cita nak jadi lawyer. Cecece..Budak skolah rendah.What do you expect?Nak nampak gah aje biar pun sebenarnya tak pun. Bila da nak masuk tahun ke 7 blaja law rasa cam boring giler.Serius cakap!Cepat!Nak keje pulak.Tapi nak keje ape?Style terumbang-ambing bila nak chambering pun tak boleh sebab LPQB pun tak lepas lagi.*sigh*

Gred yang paling bagus dalam result kali ni ada la jurisprudence. Subjek yang rasa cam ntah apa-apa. Belajar pasal perselisihan pendapat antara western scholars. Macam tak percaya pun ada. Tapi at least tak la malu nanti nak jumpa Sir Bad. Hehe..Anyway million of thanx sir..Untuk Sir Naziree pun sama gak. Walau pun Sir selalu macam buat lawak yang saya tak berapa nak faham, tapi Sir beragak nak bagi markah.Bukan macam ada orang tu.Merong!:p

Nak cite ape ye tadi?Oh sebenarnya pasal lepas jawab juris hari tu rasa macam nak kawin.Ehhe..Bukan sebab boleh jawab tapi rasa tak boleh jawab. Lepas jawab CP pulak rasa macam nak jadi suri rumah tangga je.Jaga makan pakai suami dan anak-anak. Tak payah nak pikir-pikir nak baca buku mana or nak buat nota apa. Bila dipikir-pikir balik, tu sebenarnya salah satu cara nak release tension!Erkk..Tapi dalam masa yang sama tu macam nak menghumban diri ke lembah kebahagiaan berkeluarga.Untuk juris, memang tak sesuai terapi tu sebab result ok..Hihi..Kalau Cp memang sesuai sangat. Tak nak dah jumpa Sir Amin lepas ni kat luar.Malu!!!!!

Akhir kata sambut la salam mesra dari saya. Nak sambung tengok cerita pulak. Live your life to the fullest!

yours truly,
dyawithluv

Mata terkedip.Kenapa?

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 3:45 AM 0 comments
Sejak dari semalam mata belah kanan ni asyik-asyik terkedip-kedip je. Terkedip maksudnya adalah perbuatan secara tak sengaja. Kalau berkedip tu ada la tu kedip-kedip mata kat sesape. Ini berlaku dengan cara semulajadi. Tak tahu gak kenapa. Sebab tu kita wat research sikit ye. Sumber rujukan utama kita mesti la Encik Google.

Secara saintifiknya mata berkedip atau eye twitching disebabkan beberapa faktor iaitu:
  • kurang tido
Sebagai manusia yang serba kekurangan, kita mesti la mendapat tido yang secukupnya iaitu antara 6-8 jam tanpa diganggu. Jadi manfaatkan kelebihan mendapat tido yang secukupnya ini.
  • stress
Stress bukan je boleh menyebabkan mata berkedip ni malah boleh mengakibatkan masalah fizikal.Orang-orang yang stress ni imun badan dia lemah, ala-ala tak nak berharap dah dan mengalami masalah psikologi. Untuk mengatasi stress ni, kita kena cari sesuatu untuk dilakukan. Something yang macam hobi la. Sebagai contoh bersukan. Joging ke main badminton ke main tenis ke. Apa-apa je yang boleh buat kita rendahkan tahap tekanan tu.
  • keletihan
Faktor ni pulak boleh terjadi disebabkan oleh gabungan beberapa faktor lain macam tekanan perasaan, kerja menimbun secara tak terkawal dan penyakit. Bila macam ni, kita tak boleh duduk diam je. Kita kena buat sesuatu dengan cara bercuti tenangkan fikiran, hirup udara segar, atau pun buat sesuatu yang kita suka macam cari hobi yang boleh bawa manfaat pada kita.Jangan terperap je dengan masalah sebab itu akan lebih menyebabkan kita rasa letih dan tak bermaya.

  • alergi
Iritasi yang berpunca daripada alergi pun boleh menyebabkan mata berkedip. Jadi kalau kalau kita ada alergi terhadap sesuatu, itu mungkin la penyebab kenapa mata berkedip-kedip.
  • kafein
Anda suka minum kopi?Minum kopi secara banyak pun sebab kenapa jadi eye twiching jugak. Tapi ini boleh diatasi dengan mengurangkan kadar kafein yang kita minum. Tapi kalau da suka minum tu kan, hari-hari pun rasa nak minum kopi. Ya tak?Kalau satu hari tetiba mata terkedip-kedip secara galaknya tu, try la kurangkan minum benda-benda kafein ni.
  • ubatan
Ada juga rawatan yang menyebabkan eye twitching sebagai kesan sampingan. Sebagai contoh rawatan untuk penyakit Parkinson. Tapi ianya adalah kesan biasa la kalau guna ubat-ubatan. Sebaiknya kalau jadi cam tu kan, cakap dengan doktor sebab hanya jauhari mengenal manikam. Apa kaitan doktor dengan manikam?Analogi je la.Tak sesuai eh?


Jadi, itu la antara sebab musabab mengapa mata terkedip-kedip. Diagnosis secara peribadi, yang tak tahu apa-apa pasal medic ni, rasanya eye twitching since yesterday ni sebab selalu sangat tido lambat. Tu la dia cuti kan. Esok pun boleh tido lelame lagi. Hehe!

yours truly,
dyawithluv

Tuesday, December 21, 2010

Pertama kali

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 12:56 AM 4 comments
Ida telah mentag saya untuk jawab beberapa soalan cepu mas perak segala.First time nak jawab. Berdebo cam nak jawab exam. Haha.Takde la dusta semata-mata. Jawab soalan dengan gembira, tenang dan tiada paksaaan.

  • Apa benda paling penting dalam hidup anda?
pakaian. sebab malu la kalau tak pakai baju!

  • Benda terakhir korang beli pakai duit sendiri?
stok makan-makanan berupa megi dan air mineral waktu kat hostel.


  • Di mana tempat perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang?
rumah abah la.tema kalau warna hijau, konsep pulak dalam taman.hehe.sila kumpol duit dari sekarang!

  • Adakah anda sedang bercinta sekarang?
tidak.

  • Berapa lama korang akan menyintai pasangan korang?
sepanjang hayat, insyaallah =)

  • Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
Galaxie muka depan selena gomez.kenapa beli pun tak tau.bukan minat pun dengan budak tu.

  • Antara mak ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
mak of course!

  • Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
Rasulullah (peace be upon him).

  • Adakah korang basuh baju korang sendiri?
mesti la.longgok2 masuk dalam mesin.hihi.

  • Di manakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
sekarang nak sangat pergi Korea.tapi takut gak kena serang dengan NK nati.huhu!

  • Pilih salah satu, peluk atau cium?
erkkk cium..hihi.

  • Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda.
nama dia ida, dia orang perak dan dia banyak duit.ahha!

  • Lagu yang korang suka dan selalu dengar.
lagu2 ni berubah ikut musim. sekarang lagu2 ss501 love like this, love ya & u r man.

  • Blogger yang dipertanggungjawabkan untuk jawab tag ini?
tiada!

Boleh tak kalau saya tak mau tag sapa2?Bolehkan?Hihi!

yours truly,
dyawithluv

Monday, December 20, 2010

Kisah kita sama macam dalam cerita

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 9:34 PM 0 comments
Sekarang saya tengah tengok cerita ni Playful Kiss.Haha bunyi macam semacam kan. Tapi takde ape pun cerita biasa. Cerita ni ada banyak versi. Satu komik yang tak mungkin saya baca, Taiwan yang saya da tengok, Korea yang tengah tengok dan Jepun yang tak tau nak tengok ke tak. Versi Taiwan memang best.Plus hero semestinya mampu menegakkan saya depan laptop tido pukul 3 pagi biar pun esoknya kelas pukul 8 pagi kan.Korean version ni pulak sebab rasa nak tengok la. Heronya anda tengok la sendiri sapa.Ihihi!

Drama ni actually adaptasi dari komik Jepun yang tajuk dia Itazura na Kiss. Kalau yang Taiwan punya memang best la pastu kalau nak tahu macam mana bestnya tu try la uolls tengok sendiri k!Pastu baru tau. Yang nak ceritanya dalam satu episod tu kan ada la macam pertandingan sukan. Heroin tu dia masuk lari berganti-ganti. Sapa suka masuk lari-lari dulu?Saya suka!Macam tak percaya kan saya ni dulu time sekolah rendah main sukan jugak. Lari-lari lagi.Wakil rumah sukan je la. Tak terpilih pun wakil sekolah. Sampai hati cikgu tak pilih saya. Errkk tetiba meluah perasaan pulak setelah 15 tahun berlalu. Tak payah la buang karan tambah dosa sebab terasa hati dengan cikgu je!

Dahulu kala, waktu saya darjah 3, saya masuk lari ganti-ganti pass baton ni, saya jadi pelari nombor 2. Everything looks fine dan bermula dengan baik bila pelari yang pertama berlari dengan pantas dan mem'pass'kan baton kat saya. Dengan semangat waja dan keazaman yang tinggi, saya pun lari sekuat hati dan mem'pass' pula baton pada kawan saya yang saya sure dia adalah pelari ketiga. Tetiba saya dengar seorang perempuan jerit nama saya sekuat hati dan saya pun break ala-ala tak nak langgar lampu merah la. Bila saya pusing belakang, saya nampak this ustazah praktikal yang mula-mula saya suka sebab saya ingat dia baik (bese la kanak-kanak selalu bersangaka baik dulu) jerit-jerit nama saya bagai tak hengat dunia dan marah saya."Apasal eh?"Saya ni pulak tak paham-paham la lagi kata saya da tersalah pass baton pada pelari yang last sekali dan saya da melepasi pelari ketiga!Cam mana boleh tak nampak budak yang nak lari nombor 3 tu eh?Saya pun wonder sampai sekarang. Apa yang saya ingat, semua orang marah kat saya macam saya da buat dosa besar yang tak terampun!Sedihnya masa tu Allah je yang tau. Last-last game tu batal terus sebab saya!Mana nak sorok muka?Dalam tong beras?Elok jugak..

Dalam cerita ni pulak, heroin tu dia masuk lari ganti-ganti jugak. Jadi pelari nombor 3. Dah elok da ni potong opposite team tetibe, pelari yang last opposite team crush dia la pulak. Dah dia nampak teammate dia tu bergabung dengan crush dia. Boleh pulak dia nak pass baton kat hero. Halih-halih, hero tu tak sambut pun baton dia tapi dia yang lari jauh ke depan. Pastu team dia pun kalah la. Cikgu dia janji kalau menang 3 game nak belanja pizza. Dah elok menang dua, yang last pulak kalah!Habis la satu kelas sekali dengan cikgu-cikgu dia marah.

Tengok part tu tetiba rasa sedih. Saya rasa itu la satu-satunya kenangan yang saya tak boleh nak gelak walau da berzaman berlalu. Selalunya bila kita da besar ni, sume hal jadi waktu kita kecik dulu akan jadi kelako tapi this one tak boleh nak jadi kelako. Baik betul ingatan ni duk ingat muka dan jeritan ustazah praktikal tu!Sumpah tak lupa sampai bila-bila.

Dalam cerita ni time dia kena marah, ada orang defend dia. Ala bese la cerita. Kalau tak cam tu tak guna la ada hero nombor 1 hero nombor 2 kan. Saya dulu?Tak yah tanya la. Mana ada orang nak defend. Sume nak marah. Hilang sume semangat kesukanan ke semangat berpasukan ke hape ke. Yang tinggal saya ni yang da buat silap besar.Maluu!!!!!Mujur tak tukar sekolah je.Tu pun sebab abah tak bagi. Kalau abah cakap boleh tukar sekolah nak tukar sekolah kat Kolumpo la. Takde orang kenal.Pastu orang tak tahu kisah silam kita.

Moral of the story, kalau kita buat salah, walau kita tak berapa nak jelas dengan kesalahan sendiri (contohnya saya yang innocent ni), semua orang berapi-api marah kita. Tapi bila kita senang, menang, orang mesti puji dan buat baik!Hampagas!Tak payah nak ingat sangat part-part sedih. Hidup perlu diteruskan!Yeahh!Haha!Cam psiko ok.





yours truly,
dyawithluv

Sunday, December 19, 2010

Riang ria 3 jam

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 11:16 AM 1 comments
Good morning!Erkk..Pukul 11 pagi ni kira pagi lagi kan.Hehe..

2 hari tak de update sebab dua hari ni banyak sangat aktiviti bersosial. Bukan di laman sosial tapi di alam nyata. Jumaat baru ni ada little gathering plus Dayah Salim"s belated birthday celebration dengan kawan-kawan masa sekolah menengah dulu. They are all my classmate from 5 science. Ya 5 sains!Anda tak tersalah baca. Dulu time sekolah blajo sains bagai nak rak tetibe masuk universiti lari terus bidang. Itu la takdir namanya.

Lokasi pertemuan terancang adalah seperti biasa Pizza Hut kat Giant. What do you expect kalau nak jumpa nak area Terengganu ni. Kalau orang kat Kemaman tu ada la Mesra Mall tu pun setingkat je. Padan ukur dari satu hujung ke hujung yang lain. Pape pun at least dia orang kat sana ada la jugak kan mall yang cam ala-ala best.Opps!Jauh giler lari bawak baton dari tajuk perbincangan. Sila kembali ke garisan permulaan. Sedia. Mula!


Okay my friends yang datang adalah Solah, Apih, Pozey, Dayah Salim (kena letak nama ayah sebab nama sama dengan saya) dan Saadah. Geng-geng lain takde sebab takde kat sini. Sume telah membawa diri. Hehe. If it happened korang baca ni jangan marah eh!

Seperti biasa kalau berjumpa bagai nak runtuh Giant tu. Time dalam Pizza Hut tu orang-orang sekeliling memandang dengan pandangan annoying-giler-budak2 ni. tapi itu la kenyataan. Bila je jumpa kawan-kawan yang sekepala dengan kita mesti kita macam lupa daratan sekejap. Bercerita pasal life masing-masing. Usik orang tu usik orang ni. Gelak-gelak macam tak de orang lain dalam dunia ni.Haha!Seriously best giler! Perasaan waktu tu macam waktu dulu-dulu dalam kelas 5 sains. Bising giler!Yang kepala bising of course la budak-budak ni dan bila bergabung tu super duper bising! Bestnye time tu.

Pastu sekarang ni bila jumpa mengorek semula cerita-cerita zaman tok kadok tu dan kegelakan meledak bagai bom tak terjangka kat dalam pizza hut tu. Paling tak tahan, 4 of my friends tu cikgu, so bercerita pasal students dia orang. Me and Apih couldn't share anything sebab we all sendiri memang student lagi.So both of us gelak-gelak sakan mentertawakan fellow students yang lain.Tapi dia orang budak sekolah la. Level je beza.













Over all, sangat best dan sangat nostalgik. Lain kali nak lagi!

yours truly,
dyawithluv

Thursday, December 16, 2010

Hidup bukan mimpi

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 12:36 PM 0 comments

"Saya setuju" ujar si gadis (Miss Y). Lelaki(Mr. X) di depannya tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Miss Y juga tersenyum. Di rumah, Miss Y menyampaikan satu berita kepada seisi rumah tentang apa yang telah dipersetujui olehnya dan Mr.X.

Persiapan semuanya kira settle. Tinggal benda-benda yang kecik-kecik je lagi. Sehari sebelum peristiwa bersejarah, Miss Y ditemani seorang wanita telah pergi ke rumah Mr.X untuk tujuan yang tidak dapat dipastikan. Tiba-tiba Miss Y merasa bahawa tindakannya bersetuju dengan cadangan Mr.X adalah satu kesilapan. Terselit di hati kecilnya satu perasaan tidak senang apabila mengenangkan lelaki itu adalah lelaki matang dan bukan jejaka idaman yang haruslah stylo milo.

Di rumah Mr.X, ramai orang mula berkumpul dan keriuhan ala pasar borong melanda. Di samping ramai lelaki-lelaki stylo milo sedang saling tolong menolong antara satu sama lain sambil memperkenalkan diri mereka kepada Miss Y sebagai sepupu kepada Mr. X, keyakinan Miss Y mula goyah. "Kenapa aku tak tau dia ada sepupu yang ensem ni?Kenapa aku tak tau dia ada sepupu belajar kat UKM?Kenapa aku tak tau yang dia ada sepupu sebaya ak?"Tetiba kekesalan mula datang.

Dari kejauhan, kelihatan seorang lelaki menuju ke arah pintu rumah."Aikk!Mana pulak datang orang ni?Kenapa muka dia cam muka hero cite Winter Sonata?Dia menghulur sesuatu kepada ibunya. Objeknya tidak dapat dipastikan. Sambil mengangguk-angguk kepada kata-kata ibunya, diketahui bahawa lelaki tersebut adalah Mr. X. "Eh, tadi bukan lain ke muka dia?Asal muka dia da jadi lain ni?"Miss Y bermonolog dan mula mengingat kebaikan-kebaikan dan betapa charming hero winter sonata untuk mengubat kekesalan yang beraja di hati akibat terlihat sepupu stylo milo.

Hey Girl, ijen neoreul boyeojwo naege
Geuman neoui mameul
Won't you, my girl (my girl)

Hangsang mangseorineun neon jeongmal babo
Jeongmal neoneun babo
O~ malhaejwoyo

Wae, neon moreuni
Neon nal moreuni
Neol wonhaneun nae mam modu da gajyeogajwo

"Eh jap tu lagu enset ak". Miss Y sempat berfikir tatkala mendengar lagu Love Like This oleh SS501 lantas membuka mata dan tersedar. "Aku mimpi?!Arghh lega-lega tak yah kawin orang tua!Tak nak la hero winter sonata tu. Nak yang stylo milo!Bila tengok jejaka idaman nak rasa best cam minum milo.Ehhe..

Rupanya semua itu adalah mimpi semata-mata dan tiada kaitan dengan yang hidup atau pun telah meninggal dunia. Yang pasti Miss Y masih tersentap dengan mimpi tu.


yours truly,
dyawithluv

Wednesday, December 15, 2010

Jalan-jalan melihat alam

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 7:55 PM 0 comments
Aktiviti memblog dikurangkan lantaran aktiviti jalan-jalan perabih duit dilebihkan.Bukan selalu kan. Sekali sekala time-time cuti.

Korang biasa tak kalau time-time cuti cam ni tak ingat hari ni hari apa pastu tak tahu bape hari bulan. Ala-ala lost gitu. Cam tu la keadaan aku sekarang ni. Sekarang aku kagum dengan mak cik-mak cik suri rumah tangga sepenuh masa yang mampu ingat segala benda dan mengurus rumah tangga dengan jaya sekali. Memang super mom!


ini bukan super mom tapi super girl..hikhik!


Anyway percutian baru ni sangat ok sebab dapat jumpa abang dan adik. Seronok cam tu. Tetibe rasa cam da lama tak menghiburkan diri dengan shopping sampai lupa daratan. Tapi seriously tak tahu la nape, rindu giler nak balik rumah. Maybe gak sebab tivi kat hotel tu tak de rancangan menarik.Kecewa rasa. Tak dapat nak tengok KBS seperti biasa. Tak leh nak tengok cerita Pianist yang MinHo Shinee belakon.Memang tak hot! Tapi hati yang hot! Astro Ria ada tapi nape la rancangannye tu cam tak sama dengan rancangan biasa yang kita tengok kat rumah?Asyik-asyik M.Nasir nyanyi. Pastu Mawi.Tolong la!Pastu Disney channel pulak.Nasib baik kartun comel. End up dengan tengok cerita Nordin Ahmad yang tajuknya Gurindam Jiwa kot kalau tak silap. Pastu tido tak sempat habis tengok pun. Adehh!


pantai telok cempedak


Tade apa sangat nak cerita pasal percutian kali ni sebab lebih kepada pembuangan duit yang menghasilkan beberapa barangan koleksi peribadi yang baru. Tapi ada la jugak beberapa keping gambo ubat tak nak bagi terasa hati.


cuba berlaku cute.belajar dalam cite korea.bersurai!


Kualiti gambar kurang memberangsangkan. Next time kite guna DSLR yang paling canggih manggih k..


yours truly,
dyawithluv

Saturday, December 11, 2010

Ada apa dengan bercuti

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 10:11 PM 2 comments

Ada apa dengan bercuti?

  1. melihat keindahan alam ciptaan Allah
  2. cuci mata
  3. boleh kenal tempat orang
  4. boleh gebang kat orang lain yang kita gi melancong
  5. melegakan tekanan
  6. meluaskan pemandangan
  7. boleh dapat pengalaman baru
  8. boleh dapat kawan baru (tu pun kalau ramah dan jumpa orang baik. orang jahat jangan senang-senang nak kawan tau sebab tak kenal)
  9. boleh shopping sakan atau kalau nak save budget shopping stail ala kadar je
  10. dapat keseronokan asal waktu bercuti jangan ada sapa-sapa cuba untuk buat-buat mementingkan diri sendiri
Tak sabar rasanya nak bercuti!

yours truly,
dyawithluv

Friday, December 10, 2010

SS501

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 9:30 PM 0 comments
Hye all..

Mekasih sebab datang blog saya!Kalau dulu susah nak tengok ada orang tinggalkan something untuk saya kat shoutbox tu tapi sekarang ada aje..Ohh saya suka!Serius saya suka!Kalau boleh selalu la datang ye!Maaf la ye kalau bila datang tu rasa cam content blog ni kurang menarik.I just started.Masih tercari-cari apa yang sesuai nak dimerepekkan.Yang penting, kedatangan kamu semua buat saya rasa nak berblog selalu. Tapi tu la kadang-kadang tak de idea. Kalau tengah duk tengok tv ke dalam kereta ke kat kedai ke ada je idea nak tulis apa. Tiba time tercongok depan laptop ni jari stuck tak bergerak sebab tak tau nak tekan huruf apa.Last-last yang saya hadap adalah youtube.Memanjang!

Dari semalam tak boleh nak download video guna youtube downloader tu.Hangin pulak rasa. Yela kalau kat hostel tu asyik datang je rasa nak download tu la nak download ni la. Halih-halih da dapat internet laju ni tak boleh pulak. Dah la tu asyik duk install uninstall pastu download downloader tu 3 ke 4 kali. Hampagas tak jadi jugak! Mujur ada sedikit kebijakan nak cari downloader lain. Sekarang dah boleh dah download tapi lambat ya ampun!Sabo je la.Walau bagaimana pun nasib baik la masih boleh kalau tak siapa lagi yang akan terkecewa kalau bukan saya!

Apa yang bersemangat sangat nak download tu hah?!


ini dia SS501

ini yang saya punya suka!

Dengar cerita they all nak buat comeback this 2011. Just wait and see ya K-Pop Addicts!


yours truly,
dyawithluv

Thursday, December 9, 2010

Jemput la datang Cik Rajin

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 3:03 AM 0 comments

Uhhuu...

Berwajah baru blog ni hari ni. Setelah beberapa pemerhatian terhadap blog ni dengan blog-blog lain yang aku pergi secara berlari-lari, didapati blog-blog orang lain sangat lah menarik dan matang. Nak dibandingkan memang tak terbanding la. Sekali tengok blog sendiri alahai comelnye ko nih! Dua kali tengok cam budak la pulak. So malam ni dengan nekad tukar sikit apa-apa yang patut. Mungkin esok-esok tukar lagi. Tu pun kalau rasa cam rajin.

Dah dekat seminggu da cuti semester start. Still i'm at home. Tak gi jalan-jalan ke mana. Bosan?Sama sekali tidak! Saya suka duduk rumah. Kalau la saya ni tak sambung belajar, ada gak rasanya jadi suri rumah sepenuh masa. Tapi tidak tidak. Saya suka belajar tapi saya tak suka exam. Thrill sangat. Saya suka hidup tenang dan tenteram tanpa exam. Kak Long saya da sound-sound da cuti kali ni belajar masak.Aiyooh! Saya bukan tak suka masak. Suka. Tapi saya suka masak air, masak megi dan goreng telur.Ok kan?Masak juga namanya.



Walau bagaimana pun, demi memenuhi permintaan Kak Long saya belajar la jugak masak sebab takut nanti mana la tau ada orang masuk minang kan lepas habis belajar nanti tak de la malu tak reti masak. Lagi pun nanti kalau kerja jauh dengan rumah, takkan nak makan kedai hari-hari. Kalau sekarang tak pe la nak makan kedai sebab PELAJAR so normal kalau tak masak. Tapi kawan-kawan saya ramai je yang tahu masak. Malu nak cakap tapi kena cakap saya jealous dengan orang yang pandai masak sebab diorang PANDAI. Saya?Pandai jugak tapi tengah belajar la ni (masuk tong, tutup dengan penutup die tu pastu try nak angkat sendiri.Ingat boleh?). Memang tak dapat la.


Semoga kerajinan untuk terus belajar masak akan datang juga. Saya kena masak untuk mengelakkan diri saya lapar sebab saya memang suka MAKAN dan itulah specialty saya. Takkan la nak gajikan chef macam Kimora Lee Simmons tu kan.Ingat kaya ria macam tu ke?Tapi kalau jadi kaya cam tu nak juga chef sorang.Hihi!

yours truly,
dyawithluv

Tuesday, December 7, 2010

Tertinggal keretapi

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 11:50 PM 0 comments
Tidak!Tidak!Bukan saya telah tertingal oleh keretapi milik Keretapi Tanah Melayu atau LRT atau Monorail tetapi saya memang agak ketinggalan dalam menonton move-movie baru di pawagam. Almaklum ye kawan-kawan kat tempat saya ni tak ada cinema. Ada satu pun jauh di puncak Kemaman sana. Kalau nak gi Kemaman tu dari kampung saya terchenta ni boleh habis tengok satu cerita kat panggung. Tetiba rasa nak jadi pengusaha panggung wayang..Boleh ke eh?Atau jadi je pengusaha panggung wayang kulit.Haha!Maaf tak kelakar dan melalut.Bosan!

Kalau saya kata saya baru tengok cerita Prince of Persia minggu lepas kamu jangan kutuk saya ya. Serius saya baru tengok cerita tu beberapa hari lepas. Isu sekarang bukan la nak mengulas betapa lambatnya saya menonton cerita tu tapi saya nak mengulas sikit ni. Best kan Prince of Persia tu. Selain dari heronya adalah lelaki menarik, rasanya mesej dalam movie tu yang penting iaitu hubungan antara adik-beradik (nape tetiba rasa cam tengah bagi ceramah ni?)

Walau pun watak hero tu bukan la royal blood tapi abang-abang dia sayang dan anggap dia cam adik-beradik kandung. Mungkin sebab dia ada skill kot. Sape kan ada skill terlompat sana terlompat sini dari satu bumbung ke satu bumbung. Pulak tu cam redha je dengan kenyataan yang dia tu adopted je by king tu. Cam da lari tajuk je ni. Berbalik ke jalan yang benar, hubungan adik beradik ni memang takkan putus walau apa pun yang terjadi. Bak kata pepatah, air dicincang tidak akan putus. Betul! Ingat air ni cam daging ke kalau dicincang-cincang halus boleh buat sambal karipap?Tidak-tidak...



Dulu masa sekolah kan ingat tak satu cerita dalam buku teks (korang jom kembali ke sekolah) yang pasal seorang ayah ajar anak-anak lelaki dia pasal hubungan antara adik-beradik ni ibarat batang lidi. Kalau sebatang lidi mudah la sangat nak di patahkan. Tapi kalau ada banyak lidi dalam satu ikatan, lidi tu tak mau nak patah. Maksudnya, kalau kita sorang-sorang, orang lain mudah nak musnahkan kita. Sebaliknya kalau kita bersatu hati (cehh skema tak ayat I?) kita akan teguh dan kukuh. Ibarat kata pepatah (kaya dengan pepatah aku malam ni) "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".



Jadi, kita dengan adik beradik kita jangan la gaduh-gaduh. Gaduh-gaduh manja tak pe. Tapi jangan la sampai tarik-tarik muka. Ingat muka miss world ke nak tarik-tarik?Jangan,jangan,jangan! Sayangi keluarga kita ok! Berbaik-baik la ya..Akhir kata, selamat mengeratkan hubungan silaturahim..


yours truly,
dyawithluv

Selamat tahun baru Hijrah

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 12:09 AM 4 comments




Salam..

Mula-mula sekali nak ucap selamat menyambut tahun baru hijrah kepada semua umat Islam. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun lepas. Kalau ada azam-azam yang belum tercapai atau tak nampak harapan nak tercapai tu, boleh la perbaharui azam tu.Kot la boleh laksanakan dalam tahun baru hijrah ni. Tak kata kat orang lain la, kata kat diri sendiri ni. Asal datang je tahun baru, beria dengan azam. Itu la ini la nak itu la nak ini la. Kalau berjaya tu memang tahniah tabik spring la tapi yang tak berjaya tu mungkin da usaha tapi tak ada rezeki lagi. Sabo yee..

Sebelum mengarut dengan lebih panjang, saya dengan berbesar hati nak mengucapkan mekasih la kepada yang sudi menjenguk blog saya dan meninggalkan jejak anda di sini. Rasa cam di hargai sangat. Pastu say thanks kat BlogLarian juga sebab dari situ baru orang tahu kewujudan blog yang tak seberapa ni di alam fana ini. Mekasih sebab sudi jadi follower..Kamsahamnida =)

Last but not least, semoga dengan kedatangan tahun baru ni, kita semua akan diberkati, dirahmati dan di bawah lindungan-Nya selalu =)

yours truly,
dyawithluv




Monday, December 6, 2010

BlogLarian:Serius Aku Joined!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 3:11 AM 2 comments
Saya tak pernah terfikir saya akan buat benda ni sebab berblog suka-suka je. Tetibe hari ni rasa macam tertarik pulak dengan BlogLarian ni. Selama ni berblogwalking saja-saja suka-suka. Nape tetibe siyes semacam ni?Tolong la!


Saya suka berblogwalking kerana saya saya suka membaca apa yang orang lain fikir dan nak tahu ada tak orang yang sama macam saya.

Kamu bertiga, Kakdya tag kamu tau!

  1. miss syahidah
  2. miss ziera
  3. miss ain lunnia

Uolls join la sama. Dalam termalu-malu aku nih!

yours truly,
dyawithluv

Sunday, December 5, 2010

Untuk kamu chocoholic

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 8:31 PM 2 comments

Sedapnya kan makan coklat. Rasa macam nikmat semacam je. Manis ada pahit ada masin pun ada.Cukup lengkap tapi masam tidak la. Kalau rasa masam mungkin something wrong kot dengan coklat tu. Lagi best rasa coklat ni (even makanan lain pun) kalau orang yang bagi. Rasa indah sebab orang bagi.Tak ada la duit kita keluar kan? Ada sapa-sapa mahu bagi saya coklat?Ok just kidding.Saya tak ada la kedekut beno sampai coklat satu bar pun nak suruh orang bagi. Mengada-ngada sangat ok. Nak makan beli sendiri!Eh nape pulak saya yang macam nak marah ni?Oo sebab tak pernah ada orang bagi walau satu bar kecil coklat rupanya. Patut hangin semacam. Kes jealous.


Normal bagi kita kalau masa tengah tension atau sedih rasa nak makan coklat. Kenapa ya? Bukti saintifik menunjukkan bahawa dalam coklat ada sejenis bahan kimia yang stimulate otak kita. Kita akan rasa coklat tu sedap dan mood tenang semacam. Ianya akan menurunkan kadar tekanan yang dihadapi. Selain itu juga, dalam coklat ni ada antioksidan yang gagah perkasa untuk melawan virus jahat yang menyebabkan penyakit.


Apa perlu kita makan coklat waktu kita belajar?Selama ini duk makan coklat time study sebab lapar. Makan coklat rasa kenyang pastu rasa cam bertenaga. Memang la kan sebab coklat tu memang mengandungi banyak tenaga. Coklat baik untuk otak dan mood kita akan rasa cam okay je memanjang.Bahan kimia dalam coklat ni akan merangsang pengeluaran endorphins yang berupaya meningkatkan daya tumpuan dan kosentrasi.


Manakala susu coklat pula akan meningkatkan daya ingatan terhadap apa yang kita buat dan lihat serta meningkatkan daya kawalan impuls dan reaksi kita terhadap apa yang berlaku di sekeliling. Coklat yang warna hitam tu melambangkan mutu keunggulan. Haha!Itu auta. Saja saya reka. Coklat yang gelap tu kaya dengan flavanols yang boleh meningkatkan pembekalan (ada ke eh pembekalan?hentam je la labu) darah ke otak sekali gus meningkatkan kemahiran kognitif.


Sesetengah pendapat kata coklat tak elok untuk orang yang mengidap migrain tapi sesetengah lagi kata migrain ni bukan sahaja disebabkan oleh coklat. Malah stress dan perubahan hormon juga boleh menyumbang kepada sakit kepala migrain. Ada eh orang tak nak makan coklat sebab nanti muka naik jerawat? Oo baru ku tahu. Menurut kajian, glycaemic index (GI) diet yang tinggi ditambah pula dengan karbohidrat yang tinggi berkait dengan jerawat.Ahh masalah negara betul kalau keluar jerawat ni. Tetibe stress sebab jerawat!

Obesiti yang sering dikaitkan dengan coklat pula bukanlah 100% disebabkan oleh coklat. Malahan ianya bukanlah disebabkan oleh makanan tertentu. Faktor penyumbang obesiti adalah makan secara tak sedar diri tak ingat dunia dan tak beraktiviti. Orang yang mengamalkan diet yang seimbang dan sihat tidak perlu bimbang kalau makan coklat ya. Dalam koko ada catechins yang mampu melindungi tubuh kita dari penyakit seperti kanser dan jantung. Coklat yang gelap tu adalah sumber terbaik kepada catechins. Kandungan antioksidan dalam coklat pula adalah lebih tinggi berbanding di dalam teh.

So macam mana chocoholic?Gembira kan rasa bila mendapat tahu kebaikan-kebaikan coklat? Walau bagaimana pun, kita kena beringat, makan jangan berlebihan. Makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Tu pesan Rasulullah kepada kita umat Baginda. Bak kata pepatah ambil yang jernih dan buang yang keruh.Cam mana nak relate dengan pepatah ni?Entah! Rasa cam sesuai je.Satu lagi, rezeki jangan ditolak,bala jangan di cari.Cam mana nak relate?Kalau orang bagi coklat tu ambil je tapi sebelum makan tu baca Bismillah betul-betul.Jangan sampai sebab satu bar coklat kita serahkan hati pada orang yang tak sepatutnya. Apa yang saya merepek ni?Entah!Layan je la.

Rasa nak makan coklat!Eh jap yang sebenarnya saya pernah dapat coklat. Amar dengan Iwan bagi. Lupa la pulak. Sorry and thanks for the chocolate!


yours truly,
dyawithluv

Saturday, December 4, 2010

Could This Be Love

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 11:15 PM 0 comments
If you only knew


What I've been going through


Waiting and wanting you


Could this be love


How, tell me how will I know


Will my heart make me believe it so


Or can I trust the way I feel


If you could read my mind


You see how hard I've tried


Still I can't decide


If you only knew


What I've been going through


Waiting and wanting you


Could this be love


Oh, tell me could this be love


Do you know if it's true


That real love lasts a lifetime


Does it shine like the stars up in the sky


And do you know if you can fall for


Just a moment


Is a moment for all time


Why, why am I so unsure


Is that love knocking at my door


Or the sound of my beating heart


If you could read my mind


You know I just can't hide


What I feel inside


Oh, tell me could this be love



yours truly,
dyawithluv

Despair

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 11:06 AM 0 comments

Today is my cousin's wedding day. I'm not attending it because something just happened and i can't let this weird feeling away. I'd tried my best to calm myself and give motivational words to my own self, yet nothing changed.



I'm not sure the purpose of my existence now. I'm not sure whether i am important or not. I'm not sure whether or not should i feel this way. This is bad. Really bad. Suddenly i feel like i'm lost under the sun. Everything slowly become faded.

Conclusion, without me, still everything will go on accordingly. Although i'm not there still people will enjoy every moment of bliss and bless happily. May be i'm just a little too sensitive. Or may be cause i love them all too much that i feel hurt like an idiot! Should i just forget them and live my life alone? Should i care them like i always do before? Like i care!

yours truly,
dyawithluv


Friday, December 3, 2010

Aidiladha 2010

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 1:04 PM 0 comments
Selamat hari jumaat!

Baru perasan since raya haji baru ni, tak ada lagi entry pasal raya. Maklum la orang sibuk nak exam la katakan. Update blog pun asyik cakap pasal exam je. Bukan apa la kan tapi sebab exam kali ni rasa macam tak ada mood sangat. Mungkin sebab ni da kali ke 13 ambil exam so bak kate Cik Ajah Syed da anti-klimaks.Setuju Puan!



Berbalik ke pangkal jalan, raya haji baru ni biasa-biasa saja. Tak happening sangat. Budak-budak bising a.k.a anak-anak sedara tak balik sebab umi abah dia orang tak balik. Kalau mak ayah tak balik tak dapat la kan nak anak-anak pulak balik.Demam ke ape?Betul la tak best bila budak-budak 9 orang tu tak ada. Tak ada sapa yang nak diusik. Tak kan nak usik adik aku plak. Yang tua-tua buang karan je aku usik. Walau pun budak-budak tu kalau ada kat rumah hanya akan menyebabkan pencemaran bunyi tapi serius la tak berseri hari raya tanpa korang!



Disebabkan kebosanan yang melanda di hari raya, pakai baju raya belah pagi je. Tak penah lagi sepanjang hidup 24 tahun ni aku pakai t-shirt di hari raya. Bagi aku hari raya ada la hari untuk melawa. So kalau tak gi berjalan pun mesti pakai baju raya sebab nama lagi hari raya. Tak kira la aidilfitri ke aidiladha ke. Pastu yang paling sengal sekali gambar raya just aku dengan adik je. Orang lain?Tengok tv la apa lagi. Hari raya kan banyak cerita. Aku dengan adik pulak mengadap lappy pasang lagu korea yang kita orang pun tak tahu apa ke makna lagu tu. Paling best, adik nyanyi dah la kuat pastu jiran depan rumah datang hantar daging!Malu dah nak jupe pakcik tu lepas ni!



Sebenarnya nak kata saya rindukan budak-budak bising!

Ok la..till next update!

yours truly,
dyawithluv

Thursday, December 2, 2010

Senyum sampai telinga

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 6:58 PM 0 comments
Hai kamu..

Saya gembira ni. Exam da habis petang tadi. Jangan di tanya macam mana paper Probate tadi tapi quite okay la. Tak da la jawab dengan cemerlang sangat tapi boleh la. Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu sejak 2 minggu lepas ni tiba juga. Satu perkataan saja iaitu 'lega'.Itu da cukup untuk menggambarkan perasaan saat ini.

Housemate ramai yang da balik. Even room mate saya pun da selamat naik bus universiti petang tadi pergi stesen bas kat bandar. Tak sempat jumpa pun sebab bas gerak pukul 5. Exam pulak abis pukul 5.45 So kirim khabar di dalam sms je la.

Ermm seronoknya finals da habis. Tak sabar nak balik rumah esok!

=)

yours truly,
dyawithluv

Wednesday, December 1, 2010

1 lagi!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 1:47 AM 0 comments

Saat yang di tunggu-tunggu akan tiba dalam masa 2 hari lagi =)

Lepas dah 6 paper final exam kali ni. Petang tadi baru habis paper islamic law of security. Seriously memang tak faham ape-apa pun pasal security ni sejak dari awal semester. Tapi tadi alhamdulillah boleh la juga jawab walau pun saya sebenarnya tak la yakin sangat dengan jawapan yang saya bagi. Apa yang penting, untuk paper last Sir Naziree (sebab sem depan da tak ada subjek dengan beliau) saya rasa gembira sebab hantar 2 booklet. Tak pernah lagi la sepanjang 4 semester belajar dengan beliau saya hantar 2 booklet waktu final. Mungkin orang lain dah biasa. Ala setakat 2 booklet apa la sangat kan..Tapi saya memang tengah kagum dengan diri sendiri ni!Ok cukup-cukup Puan Juri!

Next paper adalah probate and administration of estate. Paper Sir Bell. Beliau sangat best dan carrymark untuk subjek ni la paling tinggi semua subjek yang ambil semester ni. Tapi bukan bermakna carrymark saya paling tinggi dalam class sebab budak class saya semua pandai-pandai ye. Kalau la ada nombor dalam class tu macam masa sekolah dulu tak tahu la saya ni nombor berapa puluh.Mungkin juga tak cukup nombor nak bagi.



Just now saya tengok movie.Teringin pulak nak tengok sebab nak rasa release sikit. Charlie St Cloud. Best cerita ni. First mestilah sebab hero dia kan.Zac Efron.Kalau orang tanya saya sekarang siapakah lelaki idaman saya, jawapan saya adalah Zac Efron sebab saya tengah teringat kan lakonan dia dalam cerita ni. Kisah seorang abang yang tak mampu nak lepaskan adik dia walau pun adik dia da 5 tahun meninggal. Sampaikan dia sanggup lepaskan scholarship yang dia dapat dan give up in sailing padahal he is the best. Yang paling touching, dia sanggup kerja sebagai penjaga kubur.Setiap hari dia akan jumpa adik dia untuk ajar adik dia main baseball sebab waktu funeral adik dia , dia nampak adik dia dan janji akan datang setiap kali waktu sunset. Dia ada this ability untuk nampak orang yang dah tak ada. Sedih sebenarnya cerita ni. Pokoknya best.Daunnya cukup banyak sampai tak nampak buah.Ok tak kelakar.

Harus pergi dahulu sebab mata dah nak tertutup ala-ala rapat ni. Until next update!See ya =)

yours truly,
dyawithluv




 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez