Friday, November 26, 2010

Kerana ianya begitu berharga

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 3:21 AM 0 comments
Uhhuu..lama tak update since start exam hari Isnin lepas. Exam baru lepas 3 paper ada lagi 4..Oh tak sabarnye.Tahukah anda bahawa exam kali ini sangat mencabar!Bukan hanya kerana soalan-soalannya yang susah giler rasa nak jawab malah terpaksa berhadapan dengan kisah sedih lagi menyusahkan!Air tak ada kat asrama!Tragik tak korang rasa?

Penat tahu?Start exam je da tak ada air. Terpaksa merantau ke luar semata-mata nak cari air untuk memastikan kelangsungan hidup dan juga untuk memastikan boleh study dengan lebih tenang dan selesa. Lepas tu nak jawab exam dengan perasaan tak rasa diri sendiri busuk.Serius!Walau pun mandi seperti format yang biasa tapi sebab banyak berjalan lepas mandi tu rasa macam tak selesa giler! Sabar je la eh.

Sebenarnya banyak lagi ni nak cerita tapi tak datang la pulak cara-cara membuat ayat dengan lebih menarik.Mungkin sebab seriously saya rasa exhausted. Rasa macam start dari first day tak ada air tu masih belum berhenti bergerak! Yela bayangkan pagi-pagi bergerak pergi masjid mencari setitik air (sila baca dengan emosi secara bersedih untuk lebih menghayati). Lepas tu berkampung kat masjid tu sebab nak study.Kalau balik hostel rasa macam membazir masa (eceh menghargai masa tu..maklum la minggu exam). Pukul 2 petang gerak pergi exam hall pulak.2.30 petang exam start. Habis pukul 5.45 petang. Lame tak exam tu?3 jam 15 minit ok! Tu pun serius cakap tak sempat nak jawab semua soalan dengan baik. I bet mesti ada mana-mana dari 4 soalan yang wajib di jawab tu telah di jawab dengan tidak puas hati sangat. Lepas habis exam pergi masjid lagi solat asar mandi segala. Selesai solat Isyak baru gerak balik hostel. Luckily i have a car. So tidaklah perlu menapak langkah demi langkah tapi penatnya Allah saja yang tahu!Exam pulak paper selang satu hari je. Kena elok tak ada gap. Macam paper semalam evidence dan hari ini professional practice.

Sekarang mahu merehatkan minda barang sejam dua jam.Esok (?)(tak ada la sejam dua jam) nak start study civil procedure pulak.Banyakkan paper. Ada 7.Serius saya tak sabar tunggu ketibaan hari khamis minggu depan!Last day for this sem.

Oh ye!sepupu saya nak kahwin sabtu minggu depan!Happy for her. Dia sebaya umur saya. Saya berazam untuk pergi rumah dia pagi-pagi sebelum dia bangun tidur.Haha! Hari ini pulak kawan sekolah merangkap kawan sama universiti kahwin juga. Ramainya orang kahwin!Ini boleh mendatangkan jealous!Hihi!

p/s: macam banyak pulak perkataan "serius"?Sila jangan terkesan.

yours truly,
dyawithluv







Friday, November 19, 2010

Hakikat hidup

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 2:15 PM 0 comments
Saya dekat hostel!Arghh macam tak leh nak terima kenyataan pulak da nak exam. 3 hari lagi nak start. Pagi tadi sampai-sampai kat hostel je da ada banyak kereta. Awal pulak budak-budak ni balik.Oh ye kan nak exam.Jangan buat-buat lupa.

Dalam hidup ni kita mesti selalu bersedia. Contohnya untuk exam ni la. Baca awal-awal jadi nanti takde la tension kan. Juga kita mesti bersedia untuk menghadapi saat nyawa kita di ambil. Dalam kita bersuka ria dan bergembira ni tiba-tiba ada berita sedih. Kawam roommate saya meninggal minggu lepas. Tak sangka kan dalam duk tengok dia sihat walafiat dan ceria je tiba-tiba hari ni datang hostel balik dapat tahu yang dia da tak ada. Sedihnyakan macam tu. Kawan-kawan dia mesti la lagi sedih. Geng yang dulunya ada 7 orang da tinggal 6 orang. Tak sempat pulak tu nak habiskan tahun pengajian. Dah tahun 3 da diorang padahal. Ajal dan maut ni tak pernah awal atau lewat sesaat pun. Bila tiba saat dan ketika yang dah dijanjikan tu, datanglah ia.

Oleh itu, kita yang masih boleh bernafas ni kena la beringat. Jangan nak enjoy je memanjang. Penuhkan diri kita dengan bekalan untuk menghadapi ujian di depan Tuhan pulak nanti.

Ya Allah semoga Ku Ma sentiasa berada di bawah lingungan rahmat-Mu dan ditempatkan bersama-sama para solihin.

Buat yang dah tak sabar-sabar nak mencurah segala ilmu di dada tu, semoga berjaya!Saya?Lebih teruja menunggu 2.12.2010 sebab tu hari last exam.

yours truly,
dyawithluv

Monday, November 15, 2010

Masa berterbangan!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 12:00 AM 0 comments
Beberapa hari tanpa update adalah membosankan bukan? Tak lama lagi dah nak start exam, study pulak macam tak study.Haha!Tu la study week 3 minggu tapi minggu yang last ni juga la jadi pilihan untuk buat nota dan pilih-pilih mana yang rasa nak jawab. Tapi realitinya adalah semua topik pun masuk exam!Ok relax..Tenang..Dunia belum berakhir.Selagi tak masuk dalam exam hall jangan pernah mengalah! Berjuang sampai masa tengah jawab.Rasa macam nak pergi berperang la pulak.Haha! Tapi memang pun kan?

Setakat hari ni ada la nota-nota yang dah siap tapi tu belum baca lagi tu. Sempat pulak tu aku berblog.Saje je nak release sikit. Tengah melawan perasaan untuk terus berhibur dengan shinee.Haha!Tak dapat dinafikan sekarang ni memang tengah gila dengan shinee pulak. Sabar je la tunggu exam habis. Tapi masa cepat berlalu kan?Nanti kejap aje da 2hb Disember 2010. Hari akhir exam!Serius memang tak sabar!

As i addicted to korean movie/drama and k-pop music now, tiap-tiap hari buka KBS World aje. Ingat i sorang je cam tu. Ada juga my friend yang cam tu juga.Oo i'm not alone!Haha! Apa scene yang paling cute dalam korean drama/ movie?For me, scene bila hero bagi hadiah teddy bear kat heroin.Hihi..Comelkan?Simple but there's sentimental value tau kat situ.



Still waiting for prince charming to give me seekor beruang kecil yang boleh dipeluk-peluk tika gembira dan ditumbuk-tumbuk masa tengah geram.Haha!Kejam kot! Dear prince charming/jejaka idaman, saya tahu awak belum jumpa saya tapi kalau it happened awak baca ini suatu masa nanti jangan segan-segan bagi saya seekor beruang kecil.Jangan besar-besar sebab itu menyeramkan.Hehe!

Nak sambung ba-ca-bu-ku!

yours truly,
dyawithluv

Thursday, November 11, 2010

Cantik lagi tersusun

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 6:30 PM 0 comments
Minggu ni adalah minggu belajar yang ke 2 tapi satu apa pun tak baca lagi.Tadi da sentuh nota Jurisprudence. Pilih mana-mana yang berkenan di hati nak bawak masuk exam. Maksud saya yang saya rasa saya nak jawab adalah lebih tepat. Buat perkiraan segala. Untung rugi jawab topik tu topik ni akhirnya nekad nak jawab beberapa topik.Sudahnya nota tersusun cantik lagi kemas kat atas meja study ni. Di atasnya ada pencil case dan spek saya. Tak terusik dari tadi.Ya Allah sape la yang pemalas tahap dewa ni?!




Dalam masa yang sama, saya berharap exam ni cepat-cepat habis. Saya da tak sabar nak bercuti semester dengan tenang tanpa perlu fikir exam ke assignment ke ape ke. Oh yang pentingnya, cuti kali ni saya ada misi.hehe!

Misi kali ni adalah lebih akademik dan berfaedah dari misi cuti semester lepas. Da la misi tu tak tercapai pastu rasa cam rugi je ada misi cam tu sebab cam hampas!Menyampah!Ok cukup2 Puan Juri..

Doakan semoga misi saya tercapai!Oh sebelum itu doakan kejayaan dan kebolehan jawapan dalam final exam semester ni =)

yours truly,
dyawithluv

Tuesday, November 9, 2010

Tak jemu mata memandang

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 8:23 PM 0 comments
Lokasi: dekat meja study dalam bilik rumah kepunyaan abah

Waktu: 8.24 malam

Tarikh: 9 November 2011

Mata memandang sayu kepada luggage yang di bawa pulang bersama minggu lepas. 2 helai kemeja dan tudung yang malas nak kira bilangannya membukit dalam beg kerana di dasar beg (untuk perhatian beg troli tu hanya yang bersaiz kecil.Saja nak lebih dramatik.Haha!) penuh dengan buku, akta dan nota. Keadaan buku-buku kemas tak terusik.

Hati berdebar sebab 22hb Nov ni da nak start exam tapi tak start study lagi! Kepala semacam serabut memikirkan nak baca apa dulu. Kesudahannya saya masih melekat di kerusi meja study mengadap cerita Shinee Hello Baby! Best giler cerita ni!Tau Shinee?Ala yang nyanyi lagu RingDingDong tu!!!!!Owh ampun terlebih seru pulak. Excited terlebih.Buku tak baca. Apa nak jadi??Owh terlebih tanda soal pulak..Hehe.





Sejak dari semalam duk marathon cerita ni atau lebih tepat lagi ala realiti tv gitu. Best.Comelkan lelaki-lelaki cute Shinee jaga budak kecik umur 3 tahun..*wink**wink*

Kadang-kadang wonder juga, kalau perempuan ala-ala cair tengok lelaki suka layan baby or budak kecik, adakah lelaki merasakan yang sama juga kalau tengok perempuan main-main dengan baby or budak kecik?Tak perlu perah otak saje-saje je tanya.


yours truly,
dyawithluv

Friday, November 5, 2010

tak tau nak buat tajuk ape @_@

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 6:23 PM 0 comments

hujan turun mencurah-curah. memang banyak la rahmatnya. sana sini da start banjir. insan-insan yang kena study kononnya padahal asyik berbungkus dalam selimut pulak makin seronok beroperasi taik mata.haha!itu la ceritanya kalau exam di hujung tahun. mujur gak la sem ni tak duduk hostel yang dulu tu. kalau tak memang pergi exam harung air la. dugaan~~~sabo je la..

anyway, remember this?
saya da dapat da buku ni.yihaa!!last week keluar gi bandar dengan adik then pergi kedai buku.nampak novel ni.terus ambil dan bayar.it's mine!hehe..

memang tak menyesal nak sangat novel ni sebab cerita dia menghiburkan. lain sikit la.syokk!!hehe..

oh!satu lagi..ingatkan saya untuk berdiet sebab saya memang sah gemuk sebab baju kurung moden saya yang baru siap mengikut ukuran badan yang lama tak muat!rasa nak jerit!haip!!tak sopan..sila bersabar dan sila jaga makan!melantak macam tak ingat dunia memang la berat naik.miss world pun jadi gemuk kalau cam tu.haha!

ingatkan saya untuk berdiet ye!

yours truly,
dyawithluv

Tuesday, November 2, 2010

Sup Sayur with L.O.V.E

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 5:31 PM 0 comments
Macam tak percaya tapi itulah kenyataannya.Saya telah memasak tadi!Haha!Jangan kata saya tipu tau.Saya telah memasak sup sayur.Ok saya tahu ianya sangat senang.Takyah kutuk.Hihi..

Sebenarnya setakat hari ni, memasak bukanlah kepakaran saya..Kepakaran saya adalah MAKAN. Jadi tak pelik lah bila sekarang ni kalau orang yang da lama tak jupe saya mesti akan kata "wah sihat eh sekarang?senang hati kot ada orang jaga." Itu kata-kata kawan lelaki saya time sekolah dulu masa dia datang rumah beraya. Saya jawab "aku ni tak tunggu orang jaga. Jaga diri sendiri je."
Nak katanya single mingle tanpa teman duet pun saya senang hati!

Walau bagaimanapun, saya tak ambik pun gambo sup tu sebab saya rasa cam takpe la tak ambik pun sebab nati kalau ambik gambo len kali da taknak masak lagi..Haha!Boleh tak cam tu?Boleh!Baru je buat tadi.Hehe..

Pagi tadi lepas kakak saya keluar gi kerja, saya telah menghayun kaki melangkah ke sebuah kedai makan yang menjual breakfast.Untuk makluman, minyak masak kat rumah habis so tak leh la nak masak.Jadi beli makanan luar adalah jalan penyelesaian.Weee...Dah lama la tak pergi kedai tu.Dulu waktu sekolah rendah selalu je pergi. Sampai-sampai je ada sorang pakcik tu memandang seolah-olah saya berdosa pulak kat dia.Nak tergelak ada gak tengok muka dia.Tapi saya buat tak tau je.Bukan kenal pun kan tapi saya senyum je kat dia sebab dia orang tua. Lepas ambik mana-mana yang patut, saya pun nak gi bayar.Pas bayar, budak perempuan yang cashier tu tanya "praktikal ke?" (untuk perhatian dekat area rumah saya ada hospital, klinik gigi, kolej dan politeknik?Saya cakap"Eh tak la.Balik cuti".Budak perempuan tu cakap "oo"sahaja.

Haha!Rasa nak tergelak.Memang la saya tak duduk kat rumah sebab duk asrama universiti tapi every weekend pun balik.Tapi ada jugak yang rasa saya orang baru kat situ.Sah!!Memang saya tak glemer!Padahal saya ingat je budak perempuan tu.Dia junior saya masa sekolah rendah dulu.See?!Kuat beno la ingatan kalau benda-benda yang tak melibatkan pelajaran.Kalau benda-benda belajar ni, baru je tutup buku or habis lecture, keluar je kelas aku da lupe da!Adehh!!

Takpe..Cam tu la hidup~~~
yours truly,
dyawithluv


selamat datang november!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 1:56 AM 0 comments
cepatkan masa berlalu?rasa macam baru lagi 1 Januari 2010..tetibe da 2 November 2010..how time flies~~~

cakap pasal masa..sedar tak sedar usia kita makin bertambah kan?uwaa!!!nape tetibe rasa cam dah tua neh?lekkkk lu......br 24..remaja lagi kan?haha!malu aku dengan statement sendiri!

anyway, nak wish happy birthday to my dearest friend fathiah raduwan..it's 22!haha!da besar da!semoga dirahmati Allah selalu..semoga terus berjaya..have a blast too!




tia and me!

yours truly,
dyawithluv
 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez