Saturday, March 24, 2012

Tenggelam Dalam Timbunan Fail

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 1:34 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Ya ampun!!!Ok tak payah nak mulakan entry kali ni dengan ayat yang dah biasa sangat tu. Asal lama tak update je mula la aku ni nak bagi tahu betapa bersawang blog ni sebab da lama aku tak datang silau-silau dia. Tapi memang tu pun hakikatnya.Hiks!

Maaf la blog. Research K-pop (perlu ker?) kat Youtube pun da lama tak buat apakan pulak nak update blog. My job takes my night life away.Eceh!Macam la ada night life sangat kan tapi tu la my night life. Belayar kat internet ni mengadap benda2 K-pop ni. Orang tak suka memang tak suka la tapi I memang suka. Nak buat macam mana.

Tapi memang serius la. Aku pun tak tahu la kenapa aku ni macam banyak kerja je kat ofis tu sampai balik pun after 5 dan sampai malam pun ada. Nak kata aku ni workoholic macam tak je. Tapi satu hal kalau boleh dalam masa 1 hari tu nak siapkan semua kerja yang patut siap hari tu. Sebabnya malas nak fikir pasal kerja yang tak siap tu kat rumah. Lagi pun esoknya nak buat kerja lain pulak.

At the moment, masih lagi belajar. Banyak benda baru nak belajar. Paling tak tahan, sekarang ni kerja aku buat Statement of Defence atau dalam Bahasa Melayunya Pernyataan Pembelaan. Masa mula2 nak buat ni bukan main payah lagi ek. Sebab apa tau. Masa belajar dulu, lecturer untuk subjek procedure pernah buat soalan Statement of Defence ni. Aku rasa semua orang yang jawab paper ni akan jawab soalan tu sebab dia suruh reka je defence tu. Aku ni pulak entah macam mana boleh pulak terkial-kial nak jawab. Last2 masa habis dan soalan tu tak terjawab. Rasa nak menangis hokkay!Masa tu jugak la aku rasa macam nak jadi suri rumah tangga je sebab benda senang je tapi tu pun tak boleh buat. 

Sekarang ni amekaw la.Memang tu la pun kerja hari-hari. Belek fail baca police report and Statement of Claim pastu buat defence. Lepas ni nak kena start legal opinion pulak. Yang ni memang risau la sebab macam tak pernah buat je time belajar dulu.Pape pun, korang doakan je la ek moga2 aku boleh buat legal opinion tu nanti. 

Disebabkan mata dah mengantuk, I nak make a move dulu la ya. Tak elok tidur lewat2.Hihi!

Thanks for reading this. Please come again walau pun blog ni tak seberapa. Hihi!

your truly,
dyawithluv.
 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez