Sunday, June 26, 2011

Ikhlas

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 11:06 PM 4 comments
Assalamualaikum..
Beberapa hari tak update blog ni rasa tak best pulak tapi dua tiga hari ni takde mood nak menulis. Mungkin disebabkan faktor cuaca yang sangat panas, menjadikan otak malas nak berfikir sebab asyik pikir macam mane nak bagi sejuk sikit dalam rumah ni.

Minggu lepas saya ada tengok satu rancangan kat tivi AlHijrah yang bincang pasal tajuk ikhlas. Dalam rancangan tu ada sorang ustaz yang mengajar dan ada 6 orang student yang dengar. Kalau tak silap diorang sume dari Usim. Untungkan bebudak Usim?Awal2 da dapat exposure masuk tivi bagai.Budak2 Unisza tengok je la eh.Biar pun usia Usim dan Unisza sebaya, Usim lebih mendapat pendedahan.Mungkin disebabkan beberapa faktor. Di antaranya, faktor jarak.Unisza ni jauh kat Terengganu.Kalau nak angkut budak Unisza dan lecturernye masuk tivi memang melibatkan kos yang lebih berbanding budak Usim.

Tapi tu bukan soal yang nak dibicarakan hari ni. Mula2 saya takde la tertarik sangat nak dengar ustaz ni mengajar tapi bile da dengar tu terus melekat pulak depan tivi. Pengajaran ustaz ni sangat simple.Sangat mudah untuk difahami. 

Apa itu ikhlas?

Menurut istilah syariat Islam, ikhlas bermaksud mengerjakan ibadah dan kebaikan semata-mata kerana Allah dan mengharapkan keredhaan-Nya.

Mudah bukan?Kita buat sesuatu perkara tu kerana Allah dan keredhaan-Nya. Bukan sebab kita nak manusia lain pandang kite tinggi atau nak show off. 

Point yang paling terlekat dalam minda saya ialah bile sorang student pempuan bertanya pada ustaz tersebut berkenaan dengan fenomena yang berlaku sekarang, ramai pempuan mengatakan mereka tidak mahu bertudung selagi mana mereka tidak mendapat seru dan tidak mahu berlaku hipokrit.

Sekali pikir, mesti kita rasa, disebabkan ikhlas itu penting, maka tak pe kot tak tutup aurat lagi sebab nak tunggu ikhlas dan tak nak hipokrit.

Walau bagaimana pun, jawapan yang diberi oleh ustaz tersebut lain dari apa yang kita sangka. Ringkas tapi padat.Syariat itu mengatasi ikhlas. Sebagai hamba, kita wajib melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Syariat menetapkan kita supaya menutup aurat.Maka, kita wajib menutup aurat. Tidak timbul persoalan sama ada kita ikhlas atau tidak kerana itu adalah kewajipan. Seperti juga kita menunaikan solat lima 5 waktu. Tidak timbul isu kita perlu ikhlas dulu sebelum solat. Sebagai seorang Muslim, kita wajib solat.Tak kira la di mana dan bagaimana keadaan kita. Even kalau kita sakit terlantar tak boleh bangun pun, kita masih dituntut supaya bersolat. Cukup dengan gerak mata. Kerana Islam itu sentiasa memberi kesenangan kepada kita, maka jangan la kita berbuat alasan tak nak buat apa yang disuruh. 

Azab meninggalkan perintah Allah terlalu berat. Kita dengar cerita2 tentang azab Allah sejak dari kita kecik tapi mungkin kerana kita tak pernah melihat atau merasa sendiri, kita buat tak kisah. Tapi kita kena ingat, sekali kita pergi kepada-Nya, kita da tak boleh kembali lagi ke dunia nak cover balik apa yang kita tinggal. Kehidupan kita di dunia adalah perjalanan untuk mencari redha Allah dan mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk hari akhirat kelak. 

Saya buat entry ni bukan nak tunjuk baik tapi selepas mengenal dunia blog ni, saya tengok ramai je orang main sound2 sesame sendiri. So, apa salahnye kalau sesekali kita menulis untuk mengingatkan antara satu sama lain.

Kita manusia tak sempurna, iman kita tak seperti para Nabi yang iman mereka sentiasa bertambah atau para malaikat yang iman mereka tak berubah. Iman manusia bertambah dan berkurang, kita sendiri mungkin tak tau bile iman kita bertambah dan berkurang, oleh itu, kita ingat-mengingat antara satu sama lain.Moga2 dengan kite berblog pun kita dapat keberkatan dan keredhaan Allah ye =).

yours truly,
dyawithluv

p/s: credit untuk epondok.com.my untuk definisi ikhlas =)

Monday, June 20, 2011

Kuala Terengganu perlu lebih banyak parking

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 9:16 PM 9 comments
Assalamualaikum..

Mesti orang lain kat Trg ni berdepan masalah sama kan?Asal gi tengah2 bandar KT time hari keje, mesti susah giler nak dapat parking. Memang tak dinafikan bandar KT tengah membangun sekarang ni.Sana sini bangunan baru naik meninggi. Tapi satu la masalah kalau nak gi mane2 tempat yang betul2 terletak kat tengah bandar tu, memang kena 2 or 3 kali gak pusing2. 

Sekarang ni pulak, jalan kat tengah bandar tu banyak yang da jadi one way so kena pikir betul2 jalan mane yang nak kena lalu sebab kalau tak, habis la minyak jalan2 buang masa dalam bandar tu.You all tau parking bertingkat yang dekat KT ni?Ala yang canggih manggih macam Transformers tu la. Mula2 macam tak paham mana parking bertingkat ni berfungsi tapi kawan saya kata, ayah die cakap, parking ni guna sistem takal. Bile je keta baru parking, keta yang da parking sebelum tu akan berubah kedudukan die. Setakat ni saya tak try lagi sebab tadi masa nak try tu nampak ramai orang tengah tunggu.Lagi pun resit parking tak kuar masa baru masuk kawasan parking tu, untuk mengelak dari masalah, saya cari parking lain.

Sudahnye saya parking kat  kawasan letak kereta tepi traffic light Batas Baru.Then, jalan kaki je gi Astro. Sib baik tak jauh sangat tapi penat memusing bandar cari parking semata2 nak gi Astro.

Mungkinkah satu hari nati kita kena masuk pusat bandar naik beskal?

yours truly,
dyawithluv  

Happy Father's Day, Abah!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 2:16 PM 0 comments

Assalamualaikum..

Abah, 
Happy father's day..

Thanks for bringing us to this world and zillion of thanks for always being by our side when we really need you. 

I know that you're not perfect because we're human being. We are all not perfect, but for me, you have tried your best to give us the most comfort life. 

Thanks for loving our mother so much and i definitely will find a guy who really love me like u love our mom.Although she is no longer here, i still believe that she loves you too. 

I'm praying for your long live, happiness, good health and always in His blessing.

your daughter,
 dyawithluv

Wednesday, June 15, 2011

Gangster atau Cinta?

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 11:01 PM 4 comments
Sekarang ni dah jadi trend kot asal buat movie je mesti cerita gangster or rempit. Kalau tak kelakar punye mesti yang serius. Kalau tengok drama kat tivi pulak mesti adaptasi novel. Kadang2 rasa boring la dengan movie budak2 rempit, gangster, bohsia dan yang sewaktu dengannya.Dengan kata lain menunjukkan keruntuhan moral budak2 sekarang ni. Serius tak larat nak tengok betapa teruknye perangai budak2 dalam cerita tu yang dikatakan sebagai realiti sekarang ni.

Cerita novel pulak mesti tangkap cintun abis r. Plot cerite mesti sama. Boyfriend dengan girlfriend pastu mesti ada yang dengki. Yang bf mesti anak orang kaya dan ensem pastu takde dah orang lain lagi ensem dari die. Yang girlfriend pulak anak orang bese2 je.Sederhana. Tapi pandai pastu kalau tak jelita pun mesti stok2 yang cun jugak. Tipikal?Memang pun!Tapi itu la yang kita suka.Tak terkecuali yang tengah menulis ni. Kalau tak, tak kan la layan cerite Korea kan?

Honestly, memang saya suke baca novel cinta. Kalau nak baca novel mesti beli yang Alaf 21 punye.Sebab?Cerite die best, cover die cantik dan kertas die putih so bile baca rasa tenang. Bau kertas pun best. Bile da baca  mesti la bayangkan sape hero dan sape heroin. Yang jadi jahat pulak sape?Korang ada tak budak2 sekolah korang yang korang tak suke?Haa nasib la budak tu la yang jadi watak jahat dalam imaginasi cerite novel tu. 

Baru2 ni Rosyam Nor ada buat drama adaptasi dari novel Sharifah Abu Salem, Tak Semanis Impian.Korang tengok?Saya tak tengok.Sebabnye pelakon sangat mengecewakan. Tapi saya tau ramai yang ikut cerita ni. Dulu masa baca novelnye, saya suke giler.Giler tak suke?Best kot cerite die.Sekali tengok kat tivi, heroin tak mampu nak buat saya melekat kat tivi.Hero da ok Rosyam, lagi pun watak hero cerite tu memang lelaki matang pun. Heroin pulak Fouziah Ghous. Sejak saya tengok die berlakon dalam Sifu & Tongga, asal saya tengok die berlakon je saya mesti teringat watak die dalam cerita tu.Tu la berkesan sangat lakonan die dalam Sifu & Tongga tu!Padahnye saya rasa die sesuai bawak watak die macam dalam Sifu & Tongga.

Sekarang Nora Elena pulak. Tapi yang ni novelnye saya tak baca sebab saya da jarang baca novel sekarang.Dua novel Melayu yang last saya baca Cinta Tiga Suku dan Rindu di Awan Biru. Cinta Tiga Suku sangat la best dan kelakar. Rindu di awan biru pun best gak tapi ending tak cukup kaw la. Terkecewa sikit.

Tak lama lagi movie Ombak Rindu pulak nak keluar.Novel ni serius best giler. Saya abiskan baca novel ni dalam masa satu hari.Haha!Bet r budak2 yang kaki novel memang ada kebolehan untuk baca novel dalam masa satu hari je.Pastu siap boleh cerite in detail pulak.Cube try baca buku pelajaran.Baca 2 muke je pun mata dan rapat pejam.Last2 tergolek.Itu saya.Hihi!

Satu lagi trend sekarang ni buat drama cinta yang lebih Islamik.Best gak.Tapi pemilihan pelakon mesti la kena. Dulu saya penah tengok satu interview 3 orang pelakon wanita yang berlakon dalam movie yang hero ala2 ustaz pastu heroin tu akhirnye insaf  dan pakai tudung. Tapi sangat mengecewakan sebab dalam interview tu, bile ditanye tentang ape mesej yang dibawa, diorang jawab ala kadar je sebab diorang cakap diorang pun masih tak berubah so cam ne nak cakap.Bile tengok movie tu pun perasaan yang menontonnye pun ala kadar jugak la sebab memang sah2 'berlakon' and just for entertainment.

Jadi kesimpulannya, saya lebih prefer cerita adaptasi dari novel sebab cerite novel best. Cerite gangster?Bukan benci tapi takut la kalau kat Malaysia ni begitu realitinye.Bukankah cerite cinta itu lebih harmoni?Hihi =)



yours truly,
dyawithluv




Monday, June 13, 2011

Lelaki pilihan lelaki budiman

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 1:08 PM 0 comments
Kalau nak cari boyfriend, bf yang macam mana yang korang prefer?Ensem, kaya, pandai. baik, berbudi bahasa atau sume di atas?Hehe..Mesti la sume di atas kan tapi mana ada manusia perfect macam tu kat atas muka bumi ni. Kalau ada yang ensem, mungkin die tak berape nak pandai atau kurang budi bahasa. Kalau da baik muke pulak tak ensem.

Tapi sume tu bukan la big deal bukan?Bile hati dah sayang dan suke, muke tak berape nak siap pun boleh pejam mata je. Kalau tak berape baik pun mesti kate nanti die akan berubah. Kalau tak kaye pulak takpe sebab nanti dah kawin kite boleh sama2 membina kekayaan.Tapi sejauh mane semua kate2 ni boleh di pakai? 

Beberapa malam lepas, korang tengok tak satu drama kat tivi pasal sorang pempuan ni yang dah tak percaya lelaki Melayu dan lebih prefer mat salleh or lelaki Afrika. Cerite tu macam lawak2 sikit tapi sebenarnye ada mesej penting dan pengajaran yang boleh di ambil dari cerita tu. 

Dalam  drama tersebut, ada sorang pempuan ni, die penah kecewa dengan lelaki Melayu dan lebih suke bercinta dengan mat salleh.bercinta sakan kot sampai laki tu datang rumah dan jumpe dengan mak pempuan ni. Satu hari laki ni cakap die da kena rompak dan die perlukan duit untuk balik semula ke negara die dan buka bisnes kat sana. Pempuan ni ala2 sangat memahami dan sangat pikir pasal masa depan diorang terus bagi rm20,000 kat laki tu. Kemudian, laki tu boleh email kat pempuan tu kate thanks for the money dan tak perlu lagi rindukan die.See?Tak pasal2 kena tipu.Tu satu hal yang penting duit simpanan abis.

Disebabkan pempuan ni jenis tak serik, die bercinta pulak dengan lelaki kulit hitam lepas tu. Die percaye giler yang laki tu adalah engineering student dan laki tu buat bisnes sambil belajar sebab die orang susah. Pastu boleh pulak offer diri untuk pegi Iran jupe mak sedara laki tu untuk amik barang yang laki tu tak leh gi amik deat Iran sebab die exam. Yang sebenarnye, laki tu adalah drug dealer dan menggunakan pempuan ni untuk amik dadah ke bagi dadah kat orang yang dekat Iran tu ntah. Tapi pokoknye, cerite tu ada sikit2 macam cerite2 orang Malaysia yang penah kena tahan dekat luar negara sebab bawa dadah. Bahayakan?

So, sebagai pempuan, kite mesti selalu beringat dan sentiasa berhati2. Dengar kata mak ayah dan jangan membuta tuli dalam bercinta.Walau pun cinta itu buta, tapi kita tak buta kan?Masih ada akal fikiran dan iman. Oleh itu, jangan mudah terperangkap dan yang penting, berdoalah selalu memohon keselamatan diri dan perlindungan Allah dari sume perkara2 yang tak baik.

Ape signifikannye tajuk entry dan cerite di atas?Point utama adalah, kenapa ada pempuan yang tak nak bercinta dengan lelaki Melayu?Kenapa lagi rela pilih orang Afrika tu?Saya cube gak la pikir benda ni balik dan jawapannye satu. Ada something wrong dengan lelaki Melayu? Mungkin bukan semua. Sebab saya pun ada ayah, abang, sepupu2 lelaki, pakcik2..So far sume pun ok..Alhamdulillah we are a happy family.

Tapi ada lelaki gak yang menyakitkan hati.Yang tak reti nak bercakap baik2.Yang tak bertanggungjawab. Ada orang counter balik, pempuan pun same gak. Tapi kenape lelaki lebih obvious diperkatekan?Kerana lelaki, mereka dominan.Mereka ketua keluarga, mereka pemimpin, dan mereka yang berhak ke atas isteri secara mutlak.

Menjadi seorang yang sentiasa berurusan dengan orang luar,tak kire la di universiti, di pejabat, di kaunter mahu pun di supermarket, saya selalu rasa kecewa dengan sikap sesetengah lelaki sampai saya rasa kalau saya kawin tak nak laki macam ni. Adalah menakutkan kalau lelaki tu panas baran, tak bertanggungjawab, biadap, dan hanya mementingkan diri sendiri. 

Sikap manusia bile da tua tak boleh di ubah lagi. Baru berkenalan memang baik tapi bila dah lame2 kenal baru tau macam mana. Bagi saya, lelaki yang baik adalah lelaki yang baik bukan sahaje kepada aweknye tapi kepada sume wanita yang berada disekelilingnye. Bukan la bermaksud die gatal atau nak tunjuk gentleman depan orang tapi sekurang2nya die tak menyakitkan ati.

Sume orang ada pandangan sendiri. Mungkin ada yang tak setuju dengan saya. Ini sekadar pendapat saya berdasarkan pengalaman. Kita punye kebebasan untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat.So, just voice out!

yours truly,
dyawithluv




Sunday, June 12, 2011

Terengganu juara Piala FA

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 2:05 AM 3 comments
Again, a very quick update. Terengganu menang Piala FA yang berlangsung kat Stadium Bukit Jalil. Kelantan dulu yang sumbat gol tapi kemudian Daudsu pulak tersumbat bola ke gol sendiri so satu mata untuk Terengganu.Pastu masa tambahan sebab terikat 1-1. Banyak gak serangan2 yang buat rasa nak gugur jantung dan kecut perut tapi kemudian Ahmad Nordin Alias wat gol lagi satu..2-1..Finally, Terengganu menang!Tahniah =)

yours truly,
dyawithluv

Saturday, June 11, 2011

Sabarlah hati!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 11:32 PM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Saya rasa saya perlu mengucap panjang.Saya bukan lagi diri saya hari ni.Bergaduh dengan orang yang tak saya kenal bagai nak rak!Sumenye sebab nak sangat masuk astro kat umah abang yang baru.Sudahnye, installer punye mistake, saya yang sakit kepala, sakit jiwa dan sakit ati.Aduhh Allah je yang tau.

Installer yang responsible untuk pasang kuali alien tu kat rumah saya amik masa seminggu untuk datang pasang kuali alien tu. Tu pun saya yang call die sebab saya rasa pelik nape lame sangat ni. First time dengar suare die, saya da agak da die ni mecam jenis yang pemanas je. Alasan die, die da call tapi masuk voice mail.Saya tak tahu lah berapa kali die call tapi orang lain call elok aje. Da datang pasang, tak boleh tengok tv pulak. Radio ok. Kuar pulak mesej inserted wrong smart card. 

Call astro, diorang suh tunngu sejam, lepas sejam, call lagi kena tunggu lagi 48 jam.Kalau korang kecewa tak?Da la tunggu installer call seminggu tak call2, tetibe, ko pulak yang kena call. Bile da datang pasang tak boleh tengok pulak. Kena tunggu pulak 48 jam. Orang astro kat KL cakap orang kat sini salah bagi nombor sebab tu dekoder dengan smart card tak match. Hangeen tol aku.Dekat situ da 2 report aku buat. The next day, call lagi sebab still tak dapat nak tengok lagi sedangkan duit rm199 da bayar kat installer. Akaun da aktif.Tak ke maknanya aku kena bayar tu?Da la tu, operator call yang ketiga tu cakap laporan baru di hantar dan aku kena tunggu lagi 48 jam?WTF?Fun ke fish ke korang boleh letak sendiri.Aku da tak larat main dengan kerenah birokrasi macam ni.

Hari ni, aku nak dengar sendiri dari mulut installer, apa solution untuk masalah ni, then aku call tak angkat. Then tengah hari, kakak aku pulak send mesej.Die call balik.Kakak aku cakap nak report kat tribunal pengguna. Masa call astro sediri pun aku ada gak cakap pasal nak report kat tribunal. Tapi operator tu tade nak tengking aku balik pun walau aku marah die.Standard la say sorry and cakap akan cube atasi masalah tu.Tapi lain pulak dengan mamat installer yang kat Terengganu ni.

Memang tak dinafikan aku cakap dengan nada marah sebab aku da marah tahap gaban cipan dewa sume ada. Tapi aku tak boleh terime betul bile die tak nak mengaku salah die bagi nombor kepada bahagian pengaktifan sedangkan, bahagian customer service astro sendiri inform aku yang installer bagi nombor salah. Yang mamat ni pulak nak jugak tegakkan benang yang basah kata bukan salah die tapi salah sistem dekat astro. Tengok?Baik ke tak baik punye agent kepada astro.Boleh meletakkan kesalahan kepada principal die, astro.Dah tu, nak marah aku balik sebab aku lambat call die. Bengong ke ape?Hari tu masa pasang kate suh call customer service baru call installer.Aku buat la ape yang di suruh.Rely pada opinion orang yang buat keje tu. 

Bile aku kata nak bawak ke tribunal pengguna, die pulak yang beria kata kalau bawak ke sana takde ape gak baik bawak gi mahkamah terus.Mengangjing ak eh!(mengangjing dalam bahasa terengganu = memperli atau sindir).Kepala hotak ko!Aku takkan bazirkan duit aku atau duit abang aku untuk sesuatu yang berpunca dari kebodohan ko.Nampak sangat cakap tak nak kalah dan main ikut sedap mulut je!

Semoga Allah memberi aku kesabaran, memudahkan urusan dan setiap perbuatan hanya Dia saje yang boleh membalasnye.

yours truly,
dyawithluv

Kali pertama ditolak

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 2:26 AM 0 comments
Sedih la tajuk entry kali ni.Tapi tu la hakikat hidup.Tak selalunye indah.Sob..sob..sob..

Seperti yang pernah saya katakan (atau sebenarnya tulis??) saya sedang mencari kerja.Standard la kan cari keje kat Jobstreet. Kerja memang banyak.Orang yang apply pun lagi la banyak bilangannya. Ada la keje2 yang saya apply berdasarkan kepada kelulusan yang ada. Setakat ni baru ada satu yang memberi jawapan setulus ikhlas mungkin iaitu salah satu company yang agak glemer kat Malaysia ni.Kan kalau chambering kan best.*sigh*

Ko sedih kena reject?Eh mesti la.Ada pulak tak sedih!Tapi ni baru yang pertama.Banyak lagi ada.Rezeki Allah yang tentukan.Mungkin dekat situ bukan yang terbaik so redha je la.



Ermm sebab agak sedih ni sampai di sini lah sahaja pertemuan kita hari ni.Len kali kite cerita2 lagi.Take care!

yours truly,
dyawithluv

Wednesday, June 8, 2011

Sabar ada batasnya!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 2:41 AM 2 comments
Assalamualaikum =)

I'm busy!Mengalahkan orang ada pekerjaan pulak.Biar pun sebenarnya i'm jobless and penniless right now. Totally depending on my father and my sister and my brother.Hehe!

Ekeceli, my brother is moving to his new house.Not exactly his but the government is so generous that the house was leased to my brother or iow, abang saya nak pindah duk kuaters guru.Finally, rumah tu dah selesa untuk di duduki selepas berminggu2 menjelajah dari satu kedai perabot ke kedai perabot yang lain dan dari satu kedai barang letrik ke kedai yang lain.Seriously, it is tiring but at the same time it's fun!Giler tak fun biler gi kedai perabot je macam2 jenis perabot ada.Yang moden yang klasik yang mahal yang murah sume ada. Pastu masuk kedai letrik pulak rasa nak tivi baru la, peti baru yang ada 2 pintu la peti yang boleh kuar air batu tanpa perlu bukak pintu peti la, nak hair dryer la padahal bukan guna pun.Tapi tu la kalau kaki soping memang cam tu kot.Takde duit pun menggelupur nak beli jugak. Tapi nasib baik sepanjang tempoh membeli tu takde pembaziran yang nyata berlaku.


Kelihatan sorang budak kecik tengah syok tengok katun.Saje letak gambo ni sebab almari tivi tu saya dan adik yang pilih.Sume ni pengaruh cite Korea.

Berpindah memang memenatkan, amik masa dan tenaga dan duit. Juga kesabaran. Macam2 pesen jenis manusia yang saya jumpe masa beli2 barang2 rumah ni.Ada yang baik, okey, mudah di bawak berunding dan ada jugak yang sombong nak mati. 

Ada satu kedai perabot kat area Pulau Kambing (korang suke tak name pulau ni?Hihi!), pekerja die kasar giler pastu rude sampai rasa nak tonyoh je muke die.Tapi sebagai orang Islam yang bertamadun dan berakhlak mulia, tak la buat macam tu. Cume, saya rasa mesti ada ramai lagi orang lain yang penah terkena dengan kuli kat kedai perabot ni. 

Nak dijadikan cerita, saya park keta betul2 depan muke pintu kedai. Pekerja kedai yang pompuan2 sume tengah melepak kat depan kedai tu. Dah la pandang orang slek, tanya macam nak marah. Bile tanye harga cakap suare macam petir.Menyampah sangat, saya rekomen abang dan kakak saya survey kat kedai lain pulak. "Kedai lain" memang cakap dengan kuat2 depan muke orang tu.Pekerja macam ni boleh menyebabkan kerugian kepada tauke kedai sebab diorang ni pilih customer. Mentang2 naik keta wira je, pakai flip flop, tudung sarung bukan jenama Arianni, diorang layan macam takde duit dan takde respect langsung.What the fish!

Ape la salahnye layan customer baik2?Susah sangat ke nak cakap baik2?Mesti ke naik keta BMW, pakai beg LV, spek mata hitam besar Gucci, kasut tumit tinggi Nine West baru boleh layan dengan baik? Memang terburuk dari ladang la Kedai Perabot Tat Heng!

Hari ni, masa nak gi beli topup kat Giant Kuala Terengganu lepas beli barang dapur, sekali lagi membuatkan rasa geram sangat dengan orang2 yang menjual nih!

Kejadian 1, nak beli topup kat booth yang ada tulis Digi, nak topupkan untuk akak sedara, die gune Digi, cakap elok2 nak Digi 10.Ada 2 budak pompuan, sorang jawab "takde, rm5 ada la tp masuk".Maksudnye credit 10 takde tapi rm 5 ada tapi kne bagi no nati die masukkan.Tapi Tuhan je yang tau budak pompuan tu cakap kasar giler!Terkejut dan termalu kejap rasa bile orang jawab soalan kite macam tu di tengah2 orang ramai. Saya cakap tak payah la dan tanpa melengahkan masa, terus blah dari situ.

Kejadian 2, booth Celcom sebelah booth Digi, this girl yang keje kat situ, memang dah lame la saya perasan.Tengok customer sebelah mata pastu kalau orang tanye jawab macam nak perli memanjang!Dah la buat layan tak layan je. Contohnye tadi, bile tanye ada ke tak topup, cakap kad takde tapi yang masukkan punye ada.Mata asyik pandang laptop die.Gaya super duper busy!Pastu diam tak cakap pape.Then, saya menunggu la die hulurkan buku yang tulis no fon tu.Hati dah mendidih muke da panas. Tetibe, budak pompuan tu cakap, "doh tulih r nombor oor"  yang bermaksud, "tulis la nombor tu" dengan nada yang membuakkan perasaan marah yang tadi dah mendidih.Sekali lagi, saya cakap tak payah la!Bengang tahap gaban!

Kejadian ketige, sedang saya berjalan, saya terlanggar seorang pompuan tengah tolak troli, saya say sorry dan die boleh je pandang slek!Hey dah say sorry ok!Bajet ko suci tak penah terlanggar orang tak sengaja?

Kejadian keempat, Pizza Hut Giant KT, saya masuk2 je tengok table yang kosong sume ada pinggan, mangkuk dan gelas yang tak kemas lagi.Tak tau nak duduk table mane sebab messy sangat2 amat. Kaklong saya sampai cakap, "let's go to another Pizza Hut kat bando".Tapi sebab da penat dan tak larat, kita orang stay je and find table which less dirt than other tables. Mintak sos, dah nak abis makan pasta baru sos sampai. What the fish with 6% service charge?Yang jelas, ada 3 je pekerja yang ke hulu ke hilir amik order, hantar makanan dan terime pembayaran.Tu pun ada sorang tu kerek nak mati!Kalau ensem takpe gak.Menyampah giler!Not even say thanx bile orang dah bayar! Tak pandang langsung muke saya yang tengah membayar!Dah la saya dah membazir masa saya tengok muke die yang muncung tu! To Pizza Hut, we, customer, come to eat at proper place and pay a lot in order to be treated properly too!Ajar banyak2 ko punye staf tu!Biar reti layan customer!Service charge mahal, makanan mahal, service hampeh!

Kesimpulannya, saya rasa blog saya da jadi macam biro pengaduan, tribunal pengguna dan yang sama waktu dengannya untuk saya. Menjadi orang yang belajar tentang undang2 menjadikan saya sangat serius tentang kepenggunaan. Setiap tempat yang saya pergi, saya sangat particular tentang consumer's right dan consumerism. Sangat sensitif dengan benda2 yang berkaitan dengan kaunter contohnye bank, post office, supermarket dan kedai makan. Saya tak suke bile saya atau sesiape saje di layan dengan dengan kadar layan tak nak layan. Rasa macam nak buat satu channel di mana sesiape je yang tak puas hati dengan ape2 juge service boleh lodge report pastu publish report tu kat paper2 utama. Macam prospectus tu. Biar sume orang tau. Biar terkesan.Biar orang yang di report tu baiki kelemahan die. 

Kerana undang2 itu bersifat mendidik dan bukan menghukum semata2, saya rasa tindakan wajar di ambil terhadap sesiape saje yang mengabaikan atau cube untuk menidakkan hak pengguna! Satu lagi, sebagai orang Islam, jagalah tutur kata dan percakapan. Juga tingkah laku.Tak luak pun kalau cakap elok2 dan jawab baik2 kalau orang tanye!

Take time to relax and think.

yours truly,
dyawithluv
 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez