Monday, June 13, 2011

Lelaki pilihan lelaki budiman

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 1:08 PM
Kalau nak cari boyfriend, bf yang macam mana yang korang prefer?Ensem, kaya, pandai. baik, berbudi bahasa atau sume di atas?Hehe..Mesti la sume di atas kan tapi mana ada manusia perfect macam tu kat atas muka bumi ni. Kalau ada yang ensem, mungkin die tak berape nak pandai atau kurang budi bahasa. Kalau da baik muke pulak tak ensem.

Tapi sume tu bukan la big deal bukan?Bile hati dah sayang dan suke, muke tak berape nak siap pun boleh pejam mata je. Kalau tak berape baik pun mesti kate nanti die akan berubah. Kalau tak kaye pulak takpe sebab nanti dah kawin kite boleh sama2 membina kekayaan.Tapi sejauh mane semua kate2 ni boleh di pakai? 

Beberapa malam lepas, korang tengok tak satu drama kat tivi pasal sorang pempuan ni yang dah tak percaya lelaki Melayu dan lebih prefer mat salleh or lelaki Afrika. Cerite tu macam lawak2 sikit tapi sebenarnye ada mesej penting dan pengajaran yang boleh di ambil dari cerita tu. 

Dalam  drama tersebut, ada sorang pempuan ni, die penah kecewa dengan lelaki Melayu dan lebih suke bercinta dengan mat salleh.bercinta sakan kot sampai laki tu datang rumah dan jumpe dengan mak pempuan ni. Satu hari laki ni cakap die da kena rompak dan die perlukan duit untuk balik semula ke negara die dan buka bisnes kat sana. Pempuan ni ala2 sangat memahami dan sangat pikir pasal masa depan diorang terus bagi rm20,000 kat laki tu. Kemudian, laki tu boleh email kat pempuan tu kate thanks for the money dan tak perlu lagi rindukan die.See?Tak pasal2 kena tipu.Tu satu hal yang penting duit simpanan abis.

Disebabkan pempuan ni jenis tak serik, die bercinta pulak dengan lelaki kulit hitam lepas tu. Die percaye giler yang laki tu adalah engineering student dan laki tu buat bisnes sambil belajar sebab die orang susah. Pastu boleh pulak offer diri untuk pegi Iran jupe mak sedara laki tu untuk amik barang yang laki tu tak leh gi amik deat Iran sebab die exam. Yang sebenarnye, laki tu adalah drug dealer dan menggunakan pempuan ni untuk amik dadah ke bagi dadah kat orang yang dekat Iran tu ntah. Tapi pokoknye, cerite tu ada sikit2 macam cerite2 orang Malaysia yang penah kena tahan dekat luar negara sebab bawa dadah. Bahayakan?

So, sebagai pempuan, kite mesti selalu beringat dan sentiasa berhati2. Dengar kata mak ayah dan jangan membuta tuli dalam bercinta.Walau pun cinta itu buta, tapi kita tak buta kan?Masih ada akal fikiran dan iman. Oleh itu, jangan mudah terperangkap dan yang penting, berdoalah selalu memohon keselamatan diri dan perlindungan Allah dari sume perkara2 yang tak baik.

Ape signifikannye tajuk entry dan cerite di atas?Point utama adalah, kenapa ada pempuan yang tak nak bercinta dengan lelaki Melayu?Kenapa lagi rela pilih orang Afrika tu?Saya cube gak la pikir benda ni balik dan jawapannye satu. Ada something wrong dengan lelaki Melayu? Mungkin bukan semua. Sebab saya pun ada ayah, abang, sepupu2 lelaki, pakcik2..So far sume pun ok..Alhamdulillah we are a happy family.

Tapi ada lelaki gak yang menyakitkan hati.Yang tak reti nak bercakap baik2.Yang tak bertanggungjawab. Ada orang counter balik, pempuan pun same gak. Tapi kenape lelaki lebih obvious diperkatekan?Kerana lelaki, mereka dominan.Mereka ketua keluarga, mereka pemimpin, dan mereka yang berhak ke atas isteri secara mutlak.

Menjadi seorang yang sentiasa berurusan dengan orang luar,tak kire la di universiti, di pejabat, di kaunter mahu pun di supermarket, saya selalu rasa kecewa dengan sikap sesetengah lelaki sampai saya rasa kalau saya kawin tak nak laki macam ni. Adalah menakutkan kalau lelaki tu panas baran, tak bertanggungjawab, biadap, dan hanya mementingkan diri sendiri. 

Sikap manusia bile da tua tak boleh di ubah lagi. Baru berkenalan memang baik tapi bila dah lame2 kenal baru tau macam mana. Bagi saya, lelaki yang baik adalah lelaki yang baik bukan sahaje kepada aweknye tapi kepada sume wanita yang berada disekelilingnye. Bukan la bermaksud die gatal atau nak tunjuk gentleman depan orang tapi sekurang2nya die tak menyakitkan ati.

Sume orang ada pandangan sendiri. Mungkin ada yang tak setuju dengan saya. Ini sekadar pendapat saya berdasarkan pengalaman. Kita punye kebebasan untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat.So, just voice out!

yours truly,
dyawithluv




0 comments:

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez