Wednesday, June 8, 2011

Sabar ada batasnya!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 2:41 AM
Assalamualaikum =)

I'm busy!Mengalahkan orang ada pekerjaan pulak.Biar pun sebenarnya i'm jobless and penniless right now. Totally depending on my father and my sister and my brother.Hehe!

Ekeceli, my brother is moving to his new house.Not exactly his but the government is so generous that the house was leased to my brother or iow, abang saya nak pindah duk kuaters guru.Finally, rumah tu dah selesa untuk di duduki selepas berminggu2 menjelajah dari satu kedai perabot ke kedai perabot yang lain dan dari satu kedai barang letrik ke kedai yang lain.Seriously, it is tiring but at the same time it's fun!Giler tak fun biler gi kedai perabot je macam2 jenis perabot ada.Yang moden yang klasik yang mahal yang murah sume ada. Pastu masuk kedai letrik pulak rasa nak tivi baru la, peti baru yang ada 2 pintu la peti yang boleh kuar air batu tanpa perlu bukak pintu peti la, nak hair dryer la padahal bukan guna pun.Tapi tu la kalau kaki soping memang cam tu kot.Takde duit pun menggelupur nak beli jugak. Tapi nasib baik sepanjang tempoh membeli tu takde pembaziran yang nyata berlaku.


Kelihatan sorang budak kecik tengah syok tengok katun.Saje letak gambo ni sebab almari tivi tu saya dan adik yang pilih.Sume ni pengaruh cite Korea.

Berpindah memang memenatkan, amik masa dan tenaga dan duit. Juga kesabaran. Macam2 pesen jenis manusia yang saya jumpe masa beli2 barang2 rumah ni.Ada yang baik, okey, mudah di bawak berunding dan ada jugak yang sombong nak mati. 

Ada satu kedai perabot kat area Pulau Kambing (korang suke tak name pulau ni?Hihi!), pekerja die kasar giler pastu rude sampai rasa nak tonyoh je muke die.Tapi sebagai orang Islam yang bertamadun dan berakhlak mulia, tak la buat macam tu. Cume, saya rasa mesti ada ramai lagi orang lain yang penah terkena dengan kuli kat kedai perabot ni. 

Nak dijadikan cerita, saya park keta betul2 depan muke pintu kedai. Pekerja kedai yang pompuan2 sume tengah melepak kat depan kedai tu. Dah la pandang orang slek, tanya macam nak marah. Bile tanye harga cakap suare macam petir.Menyampah sangat, saya rekomen abang dan kakak saya survey kat kedai lain pulak. "Kedai lain" memang cakap dengan kuat2 depan muke orang tu.Pekerja macam ni boleh menyebabkan kerugian kepada tauke kedai sebab diorang ni pilih customer. Mentang2 naik keta wira je, pakai flip flop, tudung sarung bukan jenama Arianni, diorang layan macam takde duit dan takde respect langsung.What the fish!

Ape la salahnye layan customer baik2?Susah sangat ke nak cakap baik2?Mesti ke naik keta BMW, pakai beg LV, spek mata hitam besar Gucci, kasut tumit tinggi Nine West baru boleh layan dengan baik? Memang terburuk dari ladang la Kedai Perabot Tat Heng!

Hari ni, masa nak gi beli topup kat Giant Kuala Terengganu lepas beli barang dapur, sekali lagi membuatkan rasa geram sangat dengan orang2 yang menjual nih!

Kejadian 1, nak beli topup kat booth yang ada tulis Digi, nak topupkan untuk akak sedara, die gune Digi, cakap elok2 nak Digi 10.Ada 2 budak pompuan, sorang jawab "takde, rm5 ada la tp masuk".Maksudnye credit 10 takde tapi rm 5 ada tapi kne bagi no nati die masukkan.Tapi Tuhan je yang tau budak pompuan tu cakap kasar giler!Terkejut dan termalu kejap rasa bile orang jawab soalan kite macam tu di tengah2 orang ramai. Saya cakap tak payah la dan tanpa melengahkan masa, terus blah dari situ.

Kejadian 2, booth Celcom sebelah booth Digi, this girl yang keje kat situ, memang dah lame la saya perasan.Tengok customer sebelah mata pastu kalau orang tanye jawab macam nak perli memanjang!Dah la buat layan tak layan je. Contohnye tadi, bile tanye ada ke tak topup, cakap kad takde tapi yang masukkan punye ada.Mata asyik pandang laptop die.Gaya super duper busy!Pastu diam tak cakap pape.Then, saya menunggu la die hulurkan buku yang tulis no fon tu.Hati dah mendidih muke da panas. Tetibe, budak pompuan tu cakap, "doh tulih r nombor oor"  yang bermaksud, "tulis la nombor tu" dengan nada yang membuakkan perasaan marah yang tadi dah mendidih.Sekali lagi, saya cakap tak payah la!Bengang tahap gaban!

Kejadian ketige, sedang saya berjalan, saya terlanggar seorang pompuan tengah tolak troli, saya say sorry dan die boleh je pandang slek!Hey dah say sorry ok!Bajet ko suci tak penah terlanggar orang tak sengaja?

Kejadian keempat, Pizza Hut Giant KT, saya masuk2 je tengok table yang kosong sume ada pinggan, mangkuk dan gelas yang tak kemas lagi.Tak tau nak duduk table mane sebab messy sangat2 amat. Kaklong saya sampai cakap, "let's go to another Pizza Hut kat bando".Tapi sebab da penat dan tak larat, kita orang stay je and find table which less dirt than other tables. Mintak sos, dah nak abis makan pasta baru sos sampai. What the fish with 6% service charge?Yang jelas, ada 3 je pekerja yang ke hulu ke hilir amik order, hantar makanan dan terime pembayaran.Tu pun ada sorang tu kerek nak mati!Kalau ensem takpe gak.Menyampah giler!Not even say thanx bile orang dah bayar! Tak pandang langsung muke saya yang tengah membayar!Dah la saya dah membazir masa saya tengok muke die yang muncung tu! To Pizza Hut, we, customer, come to eat at proper place and pay a lot in order to be treated properly too!Ajar banyak2 ko punye staf tu!Biar reti layan customer!Service charge mahal, makanan mahal, service hampeh!

Kesimpulannya, saya rasa blog saya da jadi macam biro pengaduan, tribunal pengguna dan yang sama waktu dengannya untuk saya. Menjadi orang yang belajar tentang undang2 menjadikan saya sangat serius tentang kepenggunaan. Setiap tempat yang saya pergi, saya sangat particular tentang consumer's right dan consumerism. Sangat sensitif dengan benda2 yang berkaitan dengan kaunter contohnye bank, post office, supermarket dan kedai makan. Saya tak suke bile saya atau sesiape saje di layan dengan dengan kadar layan tak nak layan. Rasa macam nak buat satu channel di mana sesiape je yang tak puas hati dengan ape2 juge service boleh lodge report pastu publish report tu kat paper2 utama. Macam prospectus tu. Biar sume orang tau. Biar terkesan.Biar orang yang di report tu baiki kelemahan die. 

Kerana undang2 itu bersifat mendidik dan bukan menghukum semata2, saya rasa tindakan wajar di ambil terhadap sesiape saje yang mengabaikan atau cube untuk menidakkan hak pengguna! Satu lagi, sebagai orang Islam, jagalah tutur kata dan percakapan. Juga tingkah laku.Tak luak pun kalau cakap elok2 dan jawab baik2 kalau orang tanye!

Take time to relax and think.

yours truly,
dyawithluv

2 comments:

amir smuff on June 8, 2011 at 2:50 AM said...

semua nie berlaku dalam satu hari ker?..

Hidayah Deiya Aledruce on June 10, 2011 at 1:50 PM said...

aah yg bli topup ngn yg piza tu..yg bli perabot tu ada la dlm 3 minggu dah kot..

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez