Sunday, June 26, 2011

Ikhlas

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 11:06 PM
Assalamualaikum..
Beberapa hari tak update blog ni rasa tak best pulak tapi dua tiga hari ni takde mood nak menulis. Mungkin disebabkan faktor cuaca yang sangat panas, menjadikan otak malas nak berfikir sebab asyik pikir macam mane nak bagi sejuk sikit dalam rumah ni.

Minggu lepas saya ada tengok satu rancangan kat tivi AlHijrah yang bincang pasal tajuk ikhlas. Dalam rancangan tu ada sorang ustaz yang mengajar dan ada 6 orang student yang dengar. Kalau tak silap diorang sume dari Usim. Untungkan bebudak Usim?Awal2 da dapat exposure masuk tivi bagai.Budak2 Unisza tengok je la eh.Biar pun usia Usim dan Unisza sebaya, Usim lebih mendapat pendedahan.Mungkin disebabkan beberapa faktor. Di antaranya, faktor jarak.Unisza ni jauh kat Terengganu.Kalau nak angkut budak Unisza dan lecturernye masuk tivi memang melibatkan kos yang lebih berbanding budak Usim.

Tapi tu bukan soal yang nak dibicarakan hari ni. Mula2 saya takde la tertarik sangat nak dengar ustaz ni mengajar tapi bile da dengar tu terus melekat pulak depan tivi. Pengajaran ustaz ni sangat simple.Sangat mudah untuk difahami. 

Apa itu ikhlas?

Menurut istilah syariat Islam, ikhlas bermaksud mengerjakan ibadah dan kebaikan semata-mata kerana Allah dan mengharapkan keredhaan-Nya.

Mudah bukan?Kita buat sesuatu perkara tu kerana Allah dan keredhaan-Nya. Bukan sebab kita nak manusia lain pandang kite tinggi atau nak show off. 

Point yang paling terlekat dalam minda saya ialah bile sorang student pempuan bertanya pada ustaz tersebut berkenaan dengan fenomena yang berlaku sekarang, ramai pempuan mengatakan mereka tidak mahu bertudung selagi mana mereka tidak mendapat seru dan tidak mahu berlaku hipokrit.

Sekali pikir, mesti kita rasa, disebabkan ikhlas itu penting, maka tak pe kot tak tutup aurat lagi sebab nak tunggu ikhlas dan tak nak hipokrit.

Walau bagaimana pun, jawapan yang diberi oleh ustaz tersebut lain dari apa yang kita sangka. Ringkas tapi padat.Syariat itu mengatasi ikhlas. Sebagai hamba, kita wajib melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Syariat menetapkan kita supaya menutup aurat.Maka, kita wajib menutup aurat. Tidak timbul persoalan sama ada kita ikhlas atau tidak kerana itu adalah kewajipan. Seperti juga kita menunaikan solat lima 5 waktu. Tidak timbul isu kita perlu ikhlas dulu sebelum solat. Sebagai seorang Muslim, kita wajib solat.Tak kira la di mana dan bagaimana keadaan kita. Even kalau kita sakit terlantar tak boleh bangun pun, kita masih dituntut supaya bersolat. Cukup dengan gerak mata. Kerana Islam itu sentiasa memberi kesenangan kepada kita, maka jangan la kita berbuat alasan tak nak buat apa yang disuruh. 

Azab meninggalkan perintah Allah terlalu berat. Kita dengar cerita2 tentang azab Allah sejak dari kita kecik tapi mungkin kerana kita tak pernah melihat atau merasa sendiri, kita buat tak kisah. Tapi kita kena ingat, sekali kita pergi kepada-Nya, kita da tak boleh kembali lagi ke dunia nak cover balik apa yang kita tinggal. Kehidupan kita di dunia adalah perjalanan untuk mencari redha Allah dan mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk hari akhirat kelak. 

Saya buat entry ni bukan nak tunjuk baik tapi selepas mengenal dunia blog ni, saya tengok ramai je orang main sound2 sesame sendiri. So, apa salahnye kalau sesekali kita menulis untuk mengingatkan antara satu sama lain.

Kita manusia tak sempurna, iman kita tak seperti para Nabi yang iman mereka sentiasa bertambah atau para malaikat yang iman mereka tak berubah. Iman manusia bertambah dan berkurang, kita sendiri mungkin tak tau bile iman kita bertambah dan berkurang, oleh itu, kita ingat-mengingat antara satu sama lain.Moga2 dengan kite berblog pun kita dapat keberkatan dan keredhaan Allah ye =).

yours truly,
dyawithluv

p/s: credit untuk epondok.com.my untuk definisi ikhlas =)

4 comments:

Izzati Redzuan on June 27, 2011 at 2:17 AM said...

k.dya, sy suka entry ni...sgt menusuk kalbu n jiwa...hehe...mekaseh sbb bkngsi ilmu yg k.dya dpt wlaupun sdikit...n itulah yg sbnar2nya dgalakkan dlm Islam spaya kita saling berpesan2 n m'ingt2kn antara 1 sama lain kn;)...smoga kita smua mndpt keredhaan Allah...Ameen=)

Hidayah Deiya Aledruce on June 27, 2011 at 11:58 PM said...

ihhi mekasih ton..sebab ustaz tu ajar kan best..senang nak faham..contoh die bg pun kite bleh time..kakdya br igt tajuk rncgn ustaz tu madrasah alhijrah..insyaallah sm2 kite dpt keredhaan dan keberkatan Allah ye..Ameen =)

Anonymous said...

sy pn tgk rncgn tu kakdya.. ^^ mmg best pn.. simple n ringan jer ustaz tu jelas kn.. btw kakdya, fathiahraduwan like this entry so much.. ^^

Hidayah Deiya Aledruce on July 4, 2011 at 11:01 AM said...

aah kn?hihi..mekasih tia..

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez