Friday, November 19, 2010

Hakikat hidup

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 2:15 PM
Saya dekat hostel!Arghh macam tak leh nak terima kenyataan pulak da nak exam. 3 hari lagi nak start. Pagi tadi sampai-sampai kat hostel je da ada banyak kereta. Awal pulak budak-budak ni balik.Oh ye kan nak exam.Jangan buat-buat lupa.

Dalam hidup ni kita mesti selalu bersedia. Contohnya untuk exam ni la. Baca awal-awal jadi nanti takde la tension kan. Juga kita mesti bersedia untuk menghadapi saat nyawa kita di ambil. Dalam kita bersuka ria dan bergembira ni tiba-tiba ada berita sedih. Kawam roommate saya meninggal minggu lepas. Tak sangka kan dalam duk tengok dia sihat walafiat dan ceria je tiba-tiba hari ni datang hostel balik dapat tahu yang dia da tak ada. Sedihnyakan macam tu. Kawan-kawan dia mesti la lagi sedih. Geng yang dulunya ada 7 orang da tinggal 6 orang. Tak sempat pulak tu nak habiskan tahun pengajian. Dah tahun 3 da diorang padahal. Ajal dan maut ni tak pernah awal atau lewat sesaat pun. Bila tiba saat dan ketika yang dah dijanjikan tu, datanglah ia.

Oleh itu, kita yang masih boleh bernafas ni kena la beringat. Jangan nak enjoy je memanjang. Penuhkan diri kita dengan bekalan untuk menghadapi ujian di depan Tuhan pulak nanti.

Ya Allah semoga Ku Ma sentiasa berada di bawah lingungan rahmat-Mu dan ditempatkan bersama-sama para solihin.

Buat yang dah tak sabar-sabar nak mencurah segala ilmu di dada tu, semoga berjaya!Saya?Lebih teruja menunggu 2.12.2010 sebab tu hari last exam.

yours truly,
dyawithluv

0 comments:

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez