Friday, November 26, 2010

Kerana ianya begitu berharga

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 3:21 AM
Uhhuu..lama tak update since start exam hari Isnin lepas. Exam baru lepas 3 paper ada lagi 4..Oh tak sabarnye.Tahukah anda bahawa exam kali ini sangat mencabar!Bukan hanya kerana soalan-soalannya yang susah giler rasa nak jawab malah terpaksa berhadapan dengan kisah sedih lagi menyusahkan!Air tak ada kat asrama!Tragik tak korang rasa?

Penat tahu?Start exam je da tak ada air. Terpaksa merantau ke luar semata-mata nak cari air untuk memastikan kelangsungan hidup dan juga untuk memastikan boleh study dengan lebih tenang dan selesa. Lepas tu nak jawab exam dengan perasaan tak rasa diri sendiri busuk.Serius!Walau pun mandi seperti format yang biasa tapi sebab banyak berjalan lepas mandi tu rasa macam tak selesa giler! Sabar je la eh.

Sebenarnya banyak lagi ni nak cerita tapi tak datang la pulak cara-cara membuat ayat dengan lebih menarik.Mungkin sebab seriously saya rasa exhausted. Rasa macam start dari first day tak ada air tu masih belum berhenti bergerak! Yela bayangkan pagi-pagi bergerak pergi masjid mencari setitik air (sila baca dengan emosi secara bersedih untuk lebih menghayati). Lepas tu berkampung kat masjid tu sebab nak study.Kalau balik hostel rasa macam membazir masa (eceh menghargai masa tu..maklum la minggu exam). Pukul 2 petang gerak pergi exam hall pulak.2.30 petang exam start. Habis pukul 5.45 petang. Lame tak exam tu?3 jam 15 minit ok! Tu pun serius cakap tak sempat nak jawab semua soalan dengan baik. I bet mesti ada mana-mana dari 4 soalan yang wajib di jawab tu telah di jawab dengan tidak puas hati sangat. Lepas habis exam pergi masjid lagi solat asar mandi segala. Selesai solat Isyak baru gerak balik hostel. Luckily i have a car. So tidaklah perlu menapak langkah demi langkah tapi penatnya Allah saja yang tahu!Exam pulak paper selang satu hari je. Kena elok tak ada gap. Macam paper semalam evidence dan hari ini professional practice.

Sekarang mahu merehatkan minda barang sejam dua jam.Esok (?)(tak ada la sejam dua jam) nak start study civil procedure pulak.Banyakkan paper. Ada 7.Serius saya tak sabar tunggu ketibaan hari khamis minggu depan!Last day for this sem.

Oh ye!sepupu saya nak kahwin sabtu minggu depan!Happy for her. Dia sebaya umur saya. Saya berazam untuk pergi rumah dia pagi-pagi sebelum dia bangun tidur.Haha! Hari ini pulak kawan sekolah merangkap kawan sama universiti kahwin juga. Ramainya orang kahwin!Ini boleh mendatangkan jealous!Hihi!

p/s: macam banyak pulak perkataan "serius"?Sila jangan terkesan.

yours truly,
dyawithluv







0 comments:

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez