Wednesday, December 29, 2010

Malaysia we are the Champion of 2010 AFF Suzuki Cup

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 9:58 PM 0 comments
We deserve to win!No matter what the result of tonight's game, we are the Champion!Thanks you for the goal Safee Sali..You are my hero tonight. The other players are also listed as my heroes. It's been a long time since we heard our football team do well during competition. This is the best that i ever see since i was born.

Congratulations guys for winning the 2010 AFF Suzuki Cup! =)

yours truly,
dyawithluv

Monday, December 27, 2010

Malaysia vs Indonesia

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 12:49 PM 0 comments
Tengok tak bola Malaysia lawan Indonesia malam tadi?Best kan?Best sebab menang!Kalau kalah tak nak cerita la sebab da menang.Lama tak tengok team bola Malaysia main macam tu.Bese kalau tengok bola Malaysia mesti rasa macam lambatnya diorang tu main.Cam boring.Tapi semalam rasa cam ok la walau pun ada part-part yang rasanya diorang boleh buat better.After all we win!Hehe..

Entah kenapa kalau sebut Indo je macam ada grudge semacam. Padahal boleh dikatakan dekat sume rumah kat Malaysia sekarang ni mesti ada sorang orang Indo.Bibik tu.Anyway ada tak bibik sape-sape yang mogok tak nak kerja hari ni?Memang kuat semangat kenegaraan bibik tu.Hehe..

Actually sakit hati gak tengok match semalam. Sebuk dengan laser stupid tu. Siap pause lak tu match sebab laser pancar kat mata goalkeeper Indo. Da tu pause tu pulak time player Malaysia tengah nak buat free kick kan.Saje je nak matikan mood. Memang mati mood pun orang-orang yang tengah tengok kat rumah ni. Fortunately, players sume main dengan ok je pastu. Glad that all Malaysian players play wisely. Takde insiden yang cam boleh kita cakap whatthefish kan.

Match semalam gak boleh dijadikan kayu ukur untuk menunjukkan betapa ramainya umat manusia dari Indo kat Malaysia ni. Nak sama ramai aku tengok supporters Malaysia dengan Indo.

This 29hb match dekat sana lak kan. They must do something untuk make sure kemenangan diorang. Tambah lak diorang mesti menang sorak sebab negara diorang. Orang kita pulak takde la seramai diorang kat sini kan so team Malaysia kena la pandai-pandai bawak diri kat sana walau pun ada bekal 3 bijik telur emas tu.

Malaysian heroes, good luck and all the best!

yours truly,
dyawithluv


Sunday, December 26, 2010

Kamu letak tajuk

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 1:03 PM 0 comments
Selamat tengahari everybody..Certainly someone how's your christmas?Ok macam la orang tu nak jawab kat sini kan?It's ok macam-macam mana pun forsure la die gembira je kan macam kita juga la excited semacam bila time raya.
Few days ni agak bizi tapi lebih tepat lagi buat-buat bizi sebab budak-budak bising balik!Owh best giler budak-budak ni ada.Walau pun diorang ni asal nampak muka aku je nak kutuk..Muka tak comel la, aku ni boring la, aku ni tak best la tapi walau pun cam tu achik tetap sayang korang tau!Dan achik tau korang pun sayang achik kan..Hihi!Bertuah korang dapat mak sedara macam achik ni tau.Tetiber!
Semalam pergi kenduri my cousin. The one yang kahwin baru ni. dan semalam rombongan family kita orang hantar dia kat umah husband dia pulak. Best la lama tak attend family function cam ni since my mom passed away 3 years ago. Bila tengok mak-mak sedara dengan pak sedara sangat mengingatkan kepada my mom. They resemble her a lot. Nama lagi adik beradik kan.
I'm not feeling well right now.Bekok keng. Hehe. "bekok keng" tu bahasa Terengganu. Bekok tu sebenonye bengkak dan keng adalah rahang. So bahagian rahang mengalamai sedikit kebengkakan. Sekarang tengah letak ubat. So say goodbye dulu la ye..Bye =)
yours truly,
dyawithluv

Thursday, December 23, 2010

Result da kuar.Alhamdulillah.

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 3:35 PM 4 comments
Malas nak pikir tajuk yang extravaganza untuk entry kali ni dan memang takde pun entry-entry saya yang tajuknya extravaganza. Just nak cakap pasal result so just straight to the point. Malas nak pikir bunga-bunga bahasa. Uikss marah nampak?Haha!Mesti result tak gempak kan?Kalau tak mesti ayat penuh ayat-ayat cinta. Ni orang baca intro je pun orang da rasa nyampah terus blah.

Takde la..result exam kali ni so-so je. Sem lepas yang macam nak membunuh dengan niat tu lagi bagus!Tak perlu nak ulas panjang lebar, pendek kata bersyukur la sebab lulus sume.Alhamdulillah =)..

Boleh tak nak cakap yang saya annoyed dengan result untuk few subjects?What the fish?!(ha ikan ape ko nak?jerung?pari yang bunuh Erwin crocodile hunter ke ikan buntal?tak nak sume tu!dunia sume!) Apasal ko pulak yang nak annoyed?Cam tak relevan!Memang tak relevan tapi nak annoyed jugak sebab rasa macam annoying..Haha!

Sekarang rasa macam boring giler blaja law. Nape amik law dulu?Sebab cita-cita nak jadi lawyer. Cecece..Budak skolah rendah.What do you expect?Nak nampak gah aje biar pun sebenarnya tak pun. Bila da nak masuk tahun ke 7 blaja law rasa cam boring giler.Serius cakap!Cepat!Nak keje pulak.Tapi nak keje ape?Style terumbang-ambing bila nak chambering pun tak boleh sebab LPQB pun tak lepas lagi.*sigh*

Gred yang paling bagus dalam result kali ni ada la jurisprudence. Subjek yang rasa cam ntah apa-apa. Belajar pasal perselisihan pendapat antara western scholars. Macam tak percaya pun ada. Tapi at least tak la malu nanti nak jumpa Sir Bad. Hehe..Anyway million of thanx sir..Untuk Sir Naziree pun sama gak. Walau pun Sir selalu macam buat lawak yang saya tak berapa nak faham, tapi Sir beragak nak bagi markah.Bukan macam ada orang tu.Merong!:p

Nak cite ape ye tadi?Oh sebenarnya pasal lepas jawab juris hari tu rasa macam nak kawin.Ehhe..Bukan sebab boleh jawab tapi rasa tak boleh jawab. Lepas jawab CP pulak rasa macam nak jadi suri rumah tangga je.Jaga makan pakai suami dan anak-anak. Tak payah nak pikir-pikir nak baca buku mana or nak buat nota apa. Bila dipikir-pikir balik, tu sebenarnya salah satu cara nak release tension!Erkk..Tapi dalam masa yang sama tu macam nak menghumban diri ke lembah kebahagiaan berkeluarga.Untuk juris, memang tak sesuai terapi tu sebab result ok..Hihi..Kalau Cp memang sesuai sangat. Tak nak dah jumpa Sir Amin lepas ni kat luar.Malu!!!!!

Akhir kata sambut la salam mesra dari saya. Nak sambung tengok cerita pulak. Live your life to the fullest!

yours truly,
dyawithluv

Mata terkedip.Kenapa?

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 3:45 AM 0 comments
Sejak dari semalam mata belah kanan ni asyik-asyik terkedip-kedip je. Terkedip maksudnya adalah perbuatan secara tak sengaja. Kalau berkedip tu ada la tu kedip-kedip mata kat sesape. Ini berlaku dengan cara semulajadi. Tak tahu gak kenapa. Sebab tu kita wat research sikit ye. Sumber rujukan utama kita mesti la Encik Google.

Secara saintifiknya mata berkedip atau eye twitching disebabkan beberapa faktor iaitu:
  • kurang tido
Sebagai manusia yang serba kekurangan, kita mesti la mendapat tido yang secukupnya iaitu antara 6-8 jam tanpa diganggu. Jadi manfaatkan kelebihan mendapat tido yang secukupnya ini.
  • stress
Stress bukan je boleh menyebabkan mata berkedip ni malah boleh mengakibatkan masalah fizikal.Orang-orang yang stress ni imun badan dia lemah, ala-ala tak nak berharap dah dan mengalami masalah psikologi. Untuk mengatasi stress ni, kita kena cari sesuatu untuk dilakukan. Something yang macam hobi la. Sebagai contoh bersukan. Joging ke main badminton ke main tenis ke. Apa-apa je yang boleh buat kita rendahkan tahap tekanan tu.
  • keletihan
Faktor ni pulak boleh terjadi disebabkan oleh gabungan beberapa faktor lain macam tekanan perasaan, kerja menimbun secara tak terkawal dan penyakit. Bila macam ni, kita tak boleh duduk diam je. Kita kena buat sesuatu dengan cara bercuti tenangkan fikiran, hirup udara segar, atau pun buat sesuatu yang kita suka macam cari hobi yang boleh bawa manfaat pada kita.Jangan terperap je dengan masalah sebab itu akan lebih menyebabkan kita rasa letih dan tak bermaya.

  • alergi
Iritasi yang berpunca daripada alergi pun boleh menyebabkan mata berkedip. Jadi kalau kalau kita ada alergi terhadap sesuatu, itu mungkin la penyebab kenapa mata berkedip-kedip.
  • kafein
Anda suka minum kopi?Minum kopi secara banyak pun sebab kenapa jadi eye twiching jugak. Tapi ini boleh diatasi dengan mengurangkan kadar kafein yang kita minum. Tapi kalau da suka minum tu kan, hari-hari pun rasa nak minum kopi. Ya tak?Kalau satu hari tetiba mata terkedip-kedip secara galaknya tu, try la kurangkan minum benda-benda kafein ni.
  • ubatan
Ada juga rawatan yang menyebabkan eye twitching sebagai kesan sampingan. Sebagai contoh rawatan untuk penyakit Parkinson. Tapi ianya adalah kesan biasa la kalau guna ubat-ubatan. Sebaiknya kalau jadi cam tu kan, cakap dengan doktor sebab hanya jauhari mengenal manikam. Apa kaitan doktor dengan manikam?Analogi je la.Tak sesuai eh?


Jadi, itu la antara sebab musabab mengapa mata terkedip-kedip. Diagnosis secara peribadi, yang tak tahu apa-apa pasal medic ni, rasanya eye twitching since yesterday ni sebab selalu sangat tido lambat. Tu la dia cuti kan. Esok pun boleh tido lelame lagi. Hehe!

yours truly,
dyawithluv

Tuesday, December 21, 2010

Pertama kali

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 12:56 AM 4 comments
Ida telah mentag saya untuk jawab beberapa soalan cepu mas perak segala.First time nak jawab. Berdebo cam nak jawab exam. Haha.Takde la dusta semata-mata. Jawab soalan dengan gembira, tenang dan tiada paksaaan.

  • Apa benda paling penting dalam hidup anda?
pakaian. sebab malu la kalau tak pakai baju!

  • Benda terakhir korang beli pakai duit sendiri?
stok makan-makanan berupa megi dan air mineral waktu kat hostel.


  • Di mana tempat perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang?
rumah abah la.tema kalau warna hijau, konsep pulak dalam taman.hehe.sila kumpol duit dari sekarang!

  • Adakah anda sedang bercinta sekarang?
tidak.

  • Berapa lama korang akan menyintai pasangan korang?
sepanjang hayat, insyaallah =)

  • Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
Galaxie muka depan selena gomez.kenapa beli pun tak tau.bukan minat pun dengan budak tu.

  • Antara mak ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
mak of course!

  • Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
Rasulullah (peace be upon him).

  • Adakah korang basuh baju korang sendiri?
mesti la.longgok2 masuk dalam mesin.hihi.

  • Di manakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
sekarang nak sangat pergi Korea.tapi takut gak kena serang dengan NK nati.huhu!

  • Pilih salah satu, peluk atau cium?
erkkk cium..hihi.

  • Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda.
nama dia ida, dia orang perak dan dia banyak duit.ahha!

  • Lagu yang korang suka dan selalu dengar.
lagu2 ni berubah ikut musim. sekarang lagu2 ss501 love like this, love ya & u r man.

  • Blogger yang dipertanggungjawabkan untuk jawab tag ini?
tiada!

Boleh tak kalau saya tak mau tag sapa2?Bolehkan?Hihi!

yours truly,
dyawithluv

Monday, December 20, 2010

Kisah kita sama macam dalam cerita

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 9:34 PM 0 comments
Sekarang saya tengah tengok cerita ni Playful Kiss.Haha bunyi macam semacam kan. Tapi takde ape pun cerita biasa. Cerita ni ada banyak versi. Satu komik yang tak mungkin saya baca, Taiwan yang saya da tengok, Korea yang tengah tengok dan Jepun yang tak tau nak tengok ke tak. Versi Taiwan memang best.Plus hero semestinya mampu menegakkan saya depan laptop tido pukul 3 pagi biar pun esoknya kelas pukul 8 pagi kan.Korean version ni pulak sebab rasa nak tengok la. Heronya anda tengok la sendiri sapa.Ihihi!

Drama ni actually adaptasi dari komik Jepun yang tajuk dia Itazura na Kiss. Kalau yang Taiwan punya memang best la pastu kalau nak tahu macam mana bestnya tu try la uolls tengok sendiri k!Pastu baru tau. Yang nak ceritanya dalam satu episod tu kan ada la macam pertandingan sukan. Heroin tu dia masuk lari berganti-ganti. Sapa suka masuk lari-lari dulu?Saya suka!Macam tak percaya kan saya ni dulu time sekolah rendah main sukan jugak. Lari-lari lagi.Wakil rumah sukan je la. Tak terpilih pun wakil sekolah. Sampai hati cikgu tak pilih saya. Errkk tetiba meluah perasaan pulak setelah 15 tahun berlalu. Tak payah la buang karan tambah dosa sebab terasa hati dengan cikgu je!

Dahulu kala, waktu saya darjah 3, saya masuk lari ganti-ganti pass baton ni, saya jadi pelari nombor 2. Everything looks fine dan bermula dengan baik bila pelari yang pertama berlari dengan pantas dan mem'pass'kan baton kat saya. Dengan semangat waja dan keazaman yang tinggi, saya pun lari sekuat hati dan mem'pass' pula baton pada kawan saya yang saya sure dia adalah pelari ketiga. Tetiba saya dengar seorang perempuan jerit nama saya sekuat hati dan saya pun break ala-ala tak nak langgar lampu merah la. Bila saya pusing belakang, saya nampak this ustazah praktikal yang mula-mula saya suka sebab saya ingat dia baik (bese la kanak-kanak selalu bersangaka baik dulu) jerit-jerit nama saya bagai tak hengat dunia dan marah saya."Apasal eh?"Saya ni pulak tak paham-paham la lagi kata saya da tersalah pass baton pada pelari yang last sekali dan saya da melepasi pelari ketiga!Cam mana boleh tak nampak budak yang nak lari nombor 3 tu eh?Saya pun wonder sampai sekarang. Apa yang saya ingat, semua orang marah kat saya macam saya da buat dosa besar yang tak terampun!Sedihnya masa tu Allah je yang tau. Last-last game tu batal terus sebab saya!Mana nak sorok muka?Dalam tong beras?Elok jugak..

Dalam cerita ni pulak, heroin tu dia masuk lari ganti-ganti jugak. Jadi pelari nombor 3. Dah elok da ni potong opposite team tetibe, pelari yang last opposite team crush dia la pulak. Dah dia nampak teammate dia tu bergabung dengan crush dia. Boleh pulak dia nak pass baton kat hero. Halih-halih, hero tu tak sambut pun baton dia tapi dia yang lari jauh ke depan. Pastu team dia pun kalah la. Cikgu dia janji kalau menang 3 game nak belanja pizza. Dah elok menang dua, yang last pulak kalah!Habis la satu kelas sekali dengan cikgu-cikgu dia marah.

Tengok part tu tetiba rasa sedih. Saya rasa itu la satu-satunya kenangan yang saya tak boleh nak gelak walau da berzaman berlalu. Selalunya bila kita da besar ni, sume hal jadi waktu kita kecik dulu akan jadi kelako tapi this one tak boleh nak jadi kelako. Baik betul ingatan ni duk ingat muka dan jeritan ustazah praktikal tu!Sumpah tak lupa sampai bila-bila.

Dalam cerita ni time dia kena marah, ada orang defend dia. Ala bese la cerita. Kalau tak cam tu tak guna la ada hero nombor 1 hero nombor 2 kan. Saya dulu?Tak yah tanya la. Mana ada orang nak defend. Sume nak marah. Hilang sume semangat kesukanan ke semangat berpasukan ke hape ke. Yang tinggal saya ni yang da buat silap besar.Maluu!!!!!Mujur tak tukar sekolah je.Tu pun sebab abah tak bagi. Kalau abah cakap boleh tukar sekolah nak tukar sekolah kat Kolumpo la. Takde orang kenal.Pastu orang tak tahu kisah silam kita.

Moral of the story, kalau kita buat salah, walau kita tak berapa nak jelas dengan kesalahan sendiri (contohnya saya yang innocent ni), semua orang berapi-api marah kita. Tapi bila kita senang, menang, orang mesti puji dan buat baik!Hampagas!Tak payah nak ingat sangat part-part sedih. Hidup perlu diteruskan!Yeahh!Haha!Cam psiko ok.





yours truly,
dyawithluv
 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez