Monday, December 20, 2010

Kisah kita sama macam dalam cerita

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 9:34 PM
Sekarang saya tengah tengok cerita ni Playful Kiss.Haha bunyi macam semacam kan. Tapi takde ape pun cerita biasa. Cerita ni ada banyak versi. Satu komik yang tak mungkin saya baca, Taiwan yang saya da tengok, Korea yang tengah tengok dan Jepun yang tak tau nak tengok ke tak. Versi Taiwan memang best.Plus hero semestinya mampu menegakkan saya depan laptop tido pukul 3 pagi biar pun esoknya kelas pukul 8 pagi kan.Korean version ni pulak sebab rasa nak tengok la. Heronya anda tengok la sendiri sapa.Ihihi!

Drama ni actually adaptasi dari komik Jepun yang tajuk dia Itazura na Kiss. Kalau yang Taiwan punya memang best la pastu kalau nak tahu macam mana bestnya tu try la uolls tengok sendiri k!Pastu baru tau. Yang nak ceritanya dalam satu episod tu kan ada la macam pertandingan sukan. Heroin tu dia masuk lari berganti-ganti. Sapa suka masuk lari-lari dulu?Saya suka!Macam tak percaya kan saya ni dulu time sekolah rendah main sukan jugak. Lari-lari lagi.Wakil rumah sukan je la. Tak terpilih pun wakil sekolah. Sampai hati cikgu tak pilih saya. Errkk tetiba meluah perasaan pulak setelah 15 tahun berlalu. Tak payah la buang karan tambah dosa sebab terasa hati dengan cikgu je!

Dahulu kala, waktu saya darjah 3, saya masuk lari ganti-ganti pass baton ni, saya jadi pelari nombor 2. Everything looks fine dan bermula dengan baik bila pelari yang pertama berlari dengan pantas dan mem'pass'kan baton kat saya. Dengan semangat waja dan keazaman yang tinggi, saya pun lari sekuat hati dan mem'pass' pula baton pada kawan saya yang saya sure dia adalah pelari ketiga. Tetiba saya dengar seorang perempuan jerit nama saya sekuat hati dan saya pun break ala-ala tak nak langgar lampu merah la. Bila saya pusing belakang, saya nampak this ustazah praktikal yang mula-mula saya suka sebab saya ingat dia baik (bese la kanak-kanak selalu bersangaka baik dulu) jerit-jerit nama saya bagai tak hengat dunia dan marah saya."Apasal eh?"Saya ni pulak tak paham-paham la lagi kata saya da tersalah pass baton pada pelari yang last sekali dan saya da melepasi pelari ketiga!Cam mana boleh tak nampak budak yang nak lari nombor 3 tu eh?Saya pun wonder sampai sekarang. Apa yang saya ingat, semua orang marah kat saya macam saya da buat dosa besar yang tak terampun!Sedihnya masa tu Allah je yang tau. Last-last game tu batal terus sebab saya!Mana nak sorok muka?Dalam tong beras?Elok jugak..

Dalam cerita ni pulak, heroin tu dia masuk lari ganti-ganti jugak. Jadi pelari nombor 3. Dah elok da ni potong opposite team tetibe, pelari yang last opposite team crush dia la pulak. Dah dia nampak teammate dia tu bergabung dengan crush dia. Boleh pulak dia nak pass baton kat hero. Halih-halih, hero tu tak sambut pun baton dia tapi dia yang lari jauh ke depan. Pastu team dia pun kalah la. Cikgu dia janji kalau menang 3 game nak belanja pizza. Dah elok menang dua, yang last pulak kalah!Habis la satu kelas sekali dengan cikgu-cikgu dia marah.

Tengok part tu tetiba rasa sedih. Saya rasa itu la satu-satunya kenangan yang saya tak boleh nak gelak walau da berzaman berlalu. Selalunya bila kita da besar ni, sume hal jadi waktu kita kecik dulu akan jadi kelako tapi this one tak boleh nak jadi kelako. Baik betul ingatan ni duk ingat muka dan jeritan ustazah praktikal tu!Sumpah tak lupa sampai bila-bila.

Dalam cerita ni time dia kena marah, ada orang defend dia. Ala bese la cerita. Kalau tak cam tu tak guna la ada hero nombor 1 hero nombor 2 kan. Saya dulu?Tak yah tanya la. Mana ada orang nak defend. Sume nak marah. Hilang sume semangat kesukanan ke semangat berpasukan ke hape ke. Yang tinggal saya ni yang da buat silap besar.Maluu!!!!!Mujur tak tukar sekolah je.Tu pun sebab abah tak bagi. Kalau abah cakap boleh tukar sekolah nak tukar sekolah kat Kolumpo la. Takde orang kenal.Pastu orang tak tahu kisah silam kita.

Moral of the story, kalau kita buat salah, walau kita tak berapa nak jelas dengan kesalahan sendiri (contohnya saya yang innocent ni), semua orang berapi-api marah kita. Tapi bila kita senang, menang, orang mesti puji dan buat baik!Hampagas!Tak payah nak ingat sangat part-part sedih. Hidup perlu diteruskan!Yeahh!Haha!Cam psiko ok.





yours truly,
dyawithluv

0 comments:

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez