Thursday, December 23, 2010

Mata terkedip.Kenapa?

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 3:45 AM
Sejak dari semalam mata belah kanan ni asyik-asyik terkedip-kedip je. Terkedip maksudnya adalah perbuatan secara tak sengaja. Kalau berkedip tu ada la tu kedip-kedip mata kat sesape. Ini berlaku dengan cara semulajadi. Tak tahu gak kenapa. Sebab tu kita wat research sikit ye. Sumber rujukan utama kita mesti la Encik Google.

Secara saintifiknya mata berkedip atau eye twitching disebabkan beberapa faktor iaitu:
  • kurang tido
Sebagai manusia yang serba kekurangan, kita mesti la mendapat tido yang secukupnya iaitu antara 6-8 jam tanpa diganggu. Jadi manfaatkan kelebihan mendapat tido yang secukupnya ini.
  • stress
Stress bukan je boleh menyebabkan mata berkedip ni malah boleh mengakibatkan masalah fizikal.Orang-orang yang stress ni imun badan dia lemah, ala-ala tak nak berharap dah dan mengalami masalah psikologi. Untuk mengatasi stress ni, kita kena cari sesuatu untuk dilakukan. Something yang macam hobi la. Sebagai contoh bersukan. Joging ke main badminton ke main tenis ke. Apa-apa je yang boleh buat kita rendahkan tahap tekanan tu.
  • keletihan
Faktor ni pulak boleh terjadi disebabkan oleh gabungan beberapa faktor lain macam tekanan perasaan, kerja menimbun secara tak terkawal dan penyakit. Bila macam ni, kita tak boleh duduk diam je. Kita kena buat sesuatu dengan cara bercuti tenangkan fikiran, hirup udara segar, atau pun buat sesuatu yang kita suka macam cari hobi yang boleh bawa manfaat pada kita.Jangan terperap je dengan masalah sebab itu akan lebih menyebabkan kita rasa letih dan tak bermaya.

  • alergi
Iritasi yang berpunca daripada alergi pun boleh menyebabkan mata berkedip. Jadi kalau kalau kita ada alergi terhadap sesuatu, itu mungkin la penyebab kenapa mata berkedip-kedip.
  • kafein
Anda suka minum kopi?Minum kopi secara banyak pun sebab kenapa jadi eye twiching jugak. Tapi ini boleh diatasi dengan mengurangkan kadar kafein yang kita minum. Tapi kalau da suka minum tu kan, hari-hari pun rasa nak minum kopi. Ya tak?Kalau satu hari tetiba mata terkedip-kedip secara galaknya tu, try la kurangkan minum benda-benda kafein ni.
  • ubatan
Ada juga rawatan yang menyebabkan eye twitching sebagai kesan sampingan. Sebagai contoh rawatan untuk penyakit Parkinson. Tapi ianya adalah kesan biasa la kalau guna ubat-ubatan. Sebaiknya kalau jadi cam tu kan, cakap dengan doktor sebab hanya jauhari mengenal manikam. Apa kaitan doktor dengan manikam?Analogi je la.Tak sesuai eh?


Jadi, itu la antara sebab musabab mengapa mata terkedip-kedip. Diagnosis secara peribadi, yang tak tahu apa-apa pasal medic ni, rasanya eye twitching since yesterday ni sebab selalu sangat tido lambat. Tu la dia cuti kan. Esok pun boleh tido lelame lagi. Hehe!

yours truly,
dyawithluv

0 comments:

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez