Saturday, May 28, 2011

Mungkinkah dia suka?

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 11:32 PM 4 comments
Best kan kalau ada orang suke kite.Rasa cam marketable je. Mungkin jugak dah menghampiri fasa baru dalam kehidupan.Ye lah bile orang suke kite, kite suke orang, pastu boleh la kawin kan?Yeay!


Banyak kali kalau saya pegi mane2 mesti ada yang menghulurkan tangan ala-ala nak pegang tangan saya gitu.Yang paling tak tahan yang asyik2 nak pegang tudung.Haip!!Kalau tercabut tudung ni tak ke menampakkan aurat?Dosa tau!

Tapi saya suke je sebab yang asyik2 nak pegang tangan saya dan nak tarik tudung saya tu sume comel2 la. Saya memang suke yang comel2 ni.Best je tengok.Sejuk ati.Ye tak?Yang muke ala2 cine ke korea ke memang mendapat perhatian la. Tapi yang muke melayu je pun dapat perhatian gak.Yang muke melayu pun comel gak.Takde diskiriminasi eh.Sume comel.Sume buat saya rasa nak cubit2 pipi diorang yang chubby tu!

Sebelum ada orang berprasangka yang tidak2, baik say berterus terang.Sebenarnya yang asyik2 nak pegang tangan dan tarik tudung tu adalah kanak2 kecik yang comel2. Saya rasa budak2 akan suke saya kalau diorang tak kenal saya lagi.Tapi bile diorang da kenal asyik tak nak je dengan saya. Sebagai contoh, dulu maid kakak saya melarikan diri dan saya tolong jaga anak sedara saya. Masa tu die kecik lagi dan saya jaga die bile kakak saya ngan abang ipar saya gi kerja. Sekali tu, anak sedara menangis kuat giler dan saya dah reti nak buat apa lagi.Bibik sebelah rumah siap tanya2 lagi kenapa.Tak tau nak buat apa, last2 saya pun menangis sama tengok die menangis.

Satu lagi contoh, anak sepupu saya datang rumah.Die sangat comel dan sangat kecik.Saya dukung die.Mula2 ok je tapi lelame muke die berubah nak nangis.Tanpa berlengah terus saya bagi baby tu kat mak die balik. Kakak saya siap tanye nape baby tak suke ngan saya.terguris okeh soalan tu.Tapi tu dulu.Sekarang saya rasa budak kecik da ok kot dengan saya.Hihi!

Sebagai contoh, minggu lepas dan lepas, lepas lagi, saya gi pasar ngan kakak saya, tengah syok2 jalan, tetibe sorang budak yang saya tak sure jantina die tarik tudung saya dari depan.Terkejut sib baik tak kuar perkataan yang tak sepatutnya.Tapi budak tu muke innocent sangat.Selambe die je nak tarik2 tudung I!Tapi die comel sangat.Budak2!

Contoh yang kedua, minggu lepas, kat pasar malam, tengah jalan2 ngan adik tetibe ada budak kecik pegang tangan saya.Haha!Saje je eh budak tu amik kesempatan.Memang la tangan ni tak pernah pegang tangan mane2 lelaki lagi tapi sesuke ati die je eh main sambar aci dan.Budak2!

Contoh yang ketiga, minggu lepas gak, sorang budak kecik ni, jalan ngan ayah die kat depan saya. Pastu die toleh belakang dan kebetulan saya terpandang die.Pastu die pandang depan balik.Tetibe die pusing belakang dan tengok saya dengan lame sampai saya dan adik saya tergelak2 tengok die.Budak2!

Mungkinkah ini menunjukkan bahawa saya sudah boleh berkahwin?Hihi!Sekarang saya da boleh rebut dakwaan kakak saya yang budak2 tak suke saya.Saya rasa budak da suke saya =)!

Anyway, sekarang da start cuti sekolah.Ramai orang nak kawin.Wedding invitation pun banyak kat rumah ni.Seronoknye!Makan nasi gulai kawah.Asyik ingat makan je. Tapi betul la gulai orang kawin ngan gulai yang kita masak hari2 lain kan rasa die.Gulai kawah yang best ialah gulai kawah kenduri je. 

Kepada sume yang melangsungkan perkahwinan, saya doakan semoga berbahagia dunia dan akhirat. Semoga menjadi suami isteri yang bertanggungjawab, soleh dan solehah dan have lots and lots of kids!

Till next update, wassalam ^-^!



yours truly,
dyawithluv

Tuesday, May 24, 2011

Saya nak arnab!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 10:06 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Gojes people!How are u?I hope everybody is just fine.

Saya ada satu soalan nak tanye. Anda sume ada pet tak?Saya takde.Comelkan kalau ada haiwan peliharaan. Contohnye macam arnab, kucing, hamster dan sebagainya tapi kalau bela ular ke iguana ke tu tak comel sangat.Geli ada. Ular tu seram kan. Ok2 kita bukan nak cakap pasal yang geli2 tapi yang comel2 sahaja.

Sejak dari kecik lagi saya memang nak sangat ada arnab. Dari kecik saya rasa arnab sangat comel.Terutamanya yang warna putih. Telinga macam ada pink2 sikit.Aisehh cute sangat!Masa saya sekolah tadika abang saya janji nak beli arnab kat saya bile die da keje tapi sampai sekarang die tak bagi2 pun. Tapi takpe sebab die da bagi saya pinjam kereta die bawak pegi 'u' macam keta sendiri so saya da tak berani nak minta seekor arnab.Hihi!

Time sekolah tadika dulu, saya ada sorang kawan yang atuk die bela banyak arnab.Saya suke memanjangkan leher bile da sampai kat rumah die nak amik die pegi sekolah naik van. Tapi bukan senang nak dapat tengok sebab arnab tu suka sangat duduk ala2 meringkuk kesejukan di pagi hari. Best giler nampak die tido pagi2 tu.Rasa macam tak nak gi sekolah pun ada gak.

Abah saya ada sorang kawan yang bela arnab jugak. Arnab die pun banyak. Tapi die jaga arnab die simple giler. Cume letak zink kat keliling tempat yang die letak arnab tu. Selalu wonder, arnab tu tak gali ke tanah tu pastu escape macam dalam cite kartun Bugs Bunny tu.Ahah!Saya rasa satu lagi sebab kenapa saya suka arnab ialah banyak sangat tengok kartun Disney, Bugs Bunny!

Beberapa minggu yang lepas, saya gi acara makan2 kat rumah lecturer saya. Kat rumah die ada banyak arnab!Yihhaa!Comel sangat!Ada sekor yang besat dan menggigit.Tu yang takut tu. Sebab die agak marabahaya merbahaya, die duk sekor2 je dalam sangkar.Tak campur sebab nati die gigit arnab lain. Arnab2 lain sangat lah comel!

Description gambar: tu kawan2 saya tengah pegang sekor anak arnab.Kecik sangat.Bulu die sedap sangat bile kite pegang.Sejuk je bulu die.Lembut sangat.Mata die tak nampak sebab die tutup mata kerana anak arnab ini sangat pemalu.Bile tengok lame2 macam Mashimaro pun ada.Cute!

Dulu ingatkan nak jaga arnab ni senang.Tapi agak cerewat la. Bayangkan sekali beranak 9 ekor anak keluar.Kite bukan nak jadi penternak arnab.Kite nak bela secara comel2 je. Kalau nak beli arnab, kena la beli sepasang.Kalau beli sekor je, nati boring la die.Takde kawan nak main2. Dah beli dua tu mesti la satu male satu lagi female.Baru la saling melengkapi. Kalau beli sama jantina, nati jeles2 pulak.Hihi..Saje je wat gosip. Abang saya ada bela sekor arnab.Kesian giler arnab tu sebab takde kawan.Asyik meringkuk je dalam sarang die. Anak sedara saya kate arnab tu pemalas.Hihi!Kesian die!Da la takde kawan kena cop pemalas lak tu.Budak2!Sebenarnya arnab tu bukan pemalas la saya rasa tapi die takde geng nak main2.Tu yang boring semacam tu.Kalau ada gemg baru best kan?Macam kita manusia gak la.Kalau takde kawan, terungut-ungut sorang2.Kalau ada member, baru meriah.Betul tak?



Malam ni saya nak share pasal penjagaan arnab.Kot2 la ada sesape yang minat nak bela arnab gak macam saya.
  1. Bagi makan arnab hari2 dan bagi minum air bersih. Sayur kena bagi sejak umur arnab tu 3 bulan pastu bagi jugak makan buah.
  2. Rajin2lah bersihkan sangkar arnab.
  3. Main2 dengan arnab tu selalu dan kalau boleh dapatkan arnab kesayangan kita tu kawan, iaitu sekor arnab lain. 
  4. Bawak gi kat vet untuk dapatkan vaksin in case kalau arnab kena jangkitan ke sakit ke.
  5. Buat tempat untuk arnab tu main2 kat luar sangkar tapi kena make sure tempat main takde racun ke apa2 je bahan yang bahaya untuk arnab.
  6. Bagi arnab tu sedut udara segar tapi kena careful sebab arnab sensitif dan mudah kena penyakit.
  7. Sangkar arnab mestilah selesa  dan tak buat arnab rasa terkurung sangat.
  8. Rabbit tak payah mandi sebab die bersihkan diri die sendiri.
So ada rasa nak bela arnab lagi?Yang penting jaga kebersihan dan bagi kasih sayang kat arnab tu.

yours truly,
dyawithluv


source:wikihow

Sunday, May 22, 2011

Beast ada lagu baru!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 11:12 PM 0 comments
Kesian giler aku tengok blog ni. Hari tu beria-ria konon nak update selalu tapi maaf la blog saya sibuk la pulak. Abang saya nak pindah rumah baru so saya sibuk mengikut die ke hulu ke bando beli barang nak masuk rumah baru.Sonoknye!

Lama kan budak2 u cuti sampai bulan 9..Aigoo..Kalau keje boleh kaya gak la. Saya?Secara tak rasmi saya jobless.Tapi result exam baru ni tak kuar lagi so secara rasmi masih pelajar yang bercuti. So ape aktiviti korang kat rumah time2 cuti ni?Bina badan dan membuta tak yah cakap la.Memang dengan jayanya!

Setiap hari keje saya mendownload. Dengan kelajuan yang berapa nak hebat ni memang amik masa gak la nak abiskan donwnload satu episod je pun tapi sebab usaha tangga kejayaan dan sabar sebahagian dari iman saya telah berjaya buat koleksi variety show yang klako2. Best gak kan kalau kat Malaysia ni ada rancangan2 yang macam kat Korea tu.Asik tergelak2 je. Tapi kat Malaysia ni banyak rancangan bincang2.Tak abis2 nak bincang maybe sebab banyak isu berbangkit kan. Bagus la akademik la katakan.
Seperti kata anak sedara saya, "Korea, korea, "sekarang saya suke ini!
Nama grup ni Beast. Ermm cam beauty and the beast.Hihi!

Secara spesifik saya suke die!


Skodeng die main bola jom.Cam masa sekolah2 dulu skodeng budak laki main bola petang2 kat hostel.Hihi!

Bukankah laki main bola itu nampak tough?Hihi!

Ekceli Beast baru buat comeback.Ada lagu baru.Best gak.Contohnye ni.


Best kan?Dengar kata Doojoon yang saya suka tu, yang nyanyi mula2 tu salah nyanyi.Entah la kite ni tak berapa nak paham korea so dengar je la..


yours truly,
dyawithluv

Tuesday, May 10, 2011

Kerana dirinya terlalu berharga

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 7:00 PM 0 comments
Selamat petang eberibadi..

Saya da balik rumah.Mulai sekarang saya tak akan biarkan blog saya bersawang dan berhabuk lagi. Maklum la sebelum ni duk hostel asyik (asyik ker??) sapu dan buang sawang kat bilik kat hostel je sampai tak sempat nak sapu dan buang sawang kat sini. Ihhi!

2 hari lepas Mother's Day kan?Sume orang mesti sebuk2 nak celebrate mak masing2 kan.Bagus la tu.Hargailah mak selagi dia ada kat sisi kita. Tiap kali tiba Mother's Day ni saya sebenarnya tak berapa gembira. Bukan sebab saya tak sayang mak saya tapi sebab lain. Saya sangat sayangkan mak saya.Tapi saya sangat jeles dengan orang yang masih ada mak untuk di peluk cium.Saya pun nak wat macam tu gak. Memang betul patutnya tiap2 hari pun adalah hari yang sepatutnya kita kita wat baik kat mak kita tapi bila orang sume sebuk2 pasal nak celebrate la nak beli hadiah la saya dengki la!Benar Al-Fatihah itu lebih baik dari segala yang lain tapi kadang2 sebagai manusia biasa kita lebih mahukan sesuatu yang berbentuk fizikal berbanding dari sesuatu yang tersirat hikmahnya.

Sempena hari ibu saya ada satu cerita yang saya nak kongsi dengan sume orang.Pasal ibu la. Orang yang bersusah payah mengandungkan kita 9 bulan dan antara hidup dan mati waktu nak lahirkan kita. Sekadar ingatan untuk diri sendiri dan jugak kawan2. 

Ada sorang ibu yang suaminya da meninggal.Die ada ramai anak yang sumenye educated masuk universiti. Hebatkan?Mak yang berjaya mendidik anak2 die masuk universiti sedang die setakat mampu membaca je. Kisah ibu ni kesian sangat sebab anak2 die tak berapa nak ambil berat pasal die.Sume pun duduk jauh2. Balik jarang2. Kalau time raya, anak2 akan raya rumah mentua dulu kecuali sorang yang belum kawin dan anak yang tak sihat sorang.Memang la kalau raya rumah mentua nati boleh raya lame sikit kat rumah mak sendiri kan.Tapi tu pun kalau reti dan duduk lame kat rumah mak!

Dalam ramai2 anak makcik ni, ada sorang anak lelaki yang dah berkahwin. Duduk kat luar dari negeri asal dan sangat jarang balik. Lebih mengagungkan keluarga mentua dari mak sendiri. Ibu ni pulak selalu menangis sebab anak2 die. Satu hari, anak lelaki ni accident. Parah gak la.Otak jadi tak berapa nak betul. Orang pun bawak die balik rumah mak die.So, ibu die yang dah tua kurus melidi tu la yang jaga anak lelaki die tu. Isteri dengan keluarga mentuanya tak kuasa nak melayan dan menjaga orang yang otak tak berapa nak betul tu.

Moral of the story?Anak2 kalau da besar panjang dan kawin pun jangan la lupa mak dan ayah. Takde diorang kita takkan rasa nikmatnye hidup dalam dunia ni. Sebab hidup kita tak akan sempurna tanpa mereka. Anak2 kalau tak leh nak bagi kesenangan pun pada mak ayah jangan lah susahkan mereka lagi. Contohnye dari cite kat atas ni kan, masa sihat anak tu buat mak die menangis. Bile da sakit mak jugak yang kena jaga die. Takde mak yang sanggup nak tengok anak die tanggung azab sengsara. Walau apa pun yang anak die buat kat die, kalau anak die susah, mesti die akan tolong jugak walau macam2 mana pun. Itu lah ibu. 

Mereka2 yang ada ibu lagi tu, tolonglah dahulukan die dalam apa hal sekali pun.Nak2 lelaki.Tanggungjawab pada ibu tak pernah putus walau pun die da kawin.Bukankah redha Allah itu jika ibu bapa kita meredhai kita.Jadi jangan sombong dengan mak ayah sendiri.Tak gune wat macam tu. Buang masa dan tambah dosa.Pengakhiran kat neraka.Wat rugi je!

Itulah sahaja tazkirah petang2 ni. Saje je nak share cite ni sebab ni cite realiti yang bukan drama. Ingat la syurga di bawah telapak kaki ibu. Kalau rasa nak masuk syurga wat baik la kat ibu dan ayah.Selamat hari ibu =)

yours truly,
dyawithluv

Sunday, May 8, 2011

Paper akhir sem akhir

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 12:46 AM 0 comments
Assalamualaikum..
Lame sangat tak update blog ni sampai rasa sedih pulak tengok post yang last tu lame sangat dah. Hari ni gembira ada sedih ada. Sebelum pape, untuk pengetahuan, hari ni ada la hari terakhir final exam untuk Unisza dan budak2 LLB 8 la yang abis paling lambat sekali.

Kita orang habis exam kul 5.45 petang tadi.Adui mampu exam petang2 hari terakhir?Lambat pulak tu abis. Psiko sangat bila tengok orang lain abis awal. Ada yang abis dah xm 2hb 5.Dosa tau. Kita orang masa tu baru abis 2 paper dan ada lagi 4 paper nak kena exam.Memang sem last ni mencabar mental la.Tapi pape pun bila da balik rumah abis xm ni kita orang da tak yah nak dating lagi sem depan.Insyaallah selamat sumenye dan bulan 7 nati boleh konvo.

Exam kali ni memang menguji kesabaran insan yang berkasih la sebab dah la start exam hari kedua exam week ni.Pastu tiap paper gap 1 hari. Dengan cuti hari pekerja lagi. Minggu pertama exam sempat abis 2 paper je. Minggu kedua exam pulak ada paper yang takde gap iaitu public international law dengan evidence and procedure in shariah court.Tengok?Macam mana tak mencabar keimanan insan berkasih.Banyak pulak tu nak kena baca tapi gembira sikit la time jawab EPSC sebab 3 soalan procedure.Seronok ye menyalin akta. tak tau la macam mana lecturer nak tanda kertas tu. Pape pun bersyukur sebab sume paper pun kire ok la. Takde la puas hati sangat tapi sekurang2nya tak kecewa dan sedih lepas jawab tu.Syukur alhamdulillah.

Hari ni, 5hb 5 2011 hari terakhir  exam paper yang akhir subjek criminal procedure. Agak la susah tu. Cam bese la. Cuma mengharapkan keputusan yang terbaik untuk diri sendiri dengan kawan2 yang lain. Malam ni pulak Sir Anuwar, yang ajar Evidence, buat makan2 kat rumah die.Siyes teruja tengok rumah sir.Lawa sangat.Nanti nak buat rumah macam rumah sir jugak la.Hihi!Mekasih Sir sebab bagi kami makan dan gi rumah sir yang cantik itu.Hihi!

Sekarang ni macam nak hujan lebat je.Siap kilat guruh segala kat luar tu.Angin toksah cakap la.Berdentum dentum bunyi pintu2 rumah yang budak2 ni tak tutup.Berdebo pulak dengor tengah2 malam ni. Ok la nati update lagi. Sekarang nak tengok cerita dulu.Anyway, skang tengah tengok cite Prosecutor Princess.Cite ni da lame tapi baru ada chance nak tengok.Nak jadi prosecutor jugak boleh?Hihi..Tak mampu nak menjawab.Adeh..

Nite all..Hujan dah kat luar..Huhu!Syiok giler eh tido malam ni..Selamat mimpi indah! =)

yours truly,
dyawithluv
 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez