Tuesday, May 10, 2011

Kerana dirinya terlalu berharga

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 7:00 PM
Selamat petang eberibadi..

Saya da balik rumah.Mulai sekarang saya tak akan biarkan blog saya bersawang dan berhabuk lagi. Maklum la sebelum ni duk hostel asyik (asyik ker??) sapu dan buang sawang kat bilik kat hostel je sampai tak sempat nak sapu dan buang sawang kat sini. Ihhi!

2 hari lepas Mother's Day kan?Sume orang mesti sebuk2 nak celebrate mak masing2 kan.Bagus la tu.Hargailah mak selagi dia ada kat sisi kita. Tiap kali tiba Mother's Day ni saya sebenarnya tak berapa gembira. Bukan sebab saya tak sayang mak saya tapi sebab lain. Saya sangat sayangkan mak saya.Tapi saya sangat jeles dengan orang yang masih ada mak untuk di peluk cium.Saya pun nak wat macam tu gak. Memang betul patutnya tiap2 hari pun adalah hari yang sepatutnya kita kita wat baik kat mak kita tapi bila orang sume sebuk2 pasal nak celebrate la nak beli hadiah la saya dengki la!Benar Al-Fatihah itu lebih baik dari segala yang lain tapi kadang2 sebagai manusia biasa kita lebih mahukan sesuatu yang berbentuk fizikal berbanding dari sesuatu yang tersirat hikmahnya.

Sempena hari ibu saya ada satu cerita yang saya nak kongsi dengan sume orang.Pasal ibu la. Orang yang bersusah payah mengandungkan kita 9 bulan dan antara hidup dan mati waktu nak lahirkan kita. Sekadar ingatan untuk diri sendiri dan jugak kawan2. 

Ada sorang ibu yang suaminya da meninggal.Die ada ramai anak yang sumenye educated masuk universiti. Hebatkan?Mak yang berjaya mendidik anak2 die masuk universiti sedang die setakat mampu membaca je. Kisah ibu ni kesian sangat sebab anak2 die tak berapa nak ambil berat pasal die.Sume pun duduk jauh2. Balik jarang2. Kalau time raya, anak2 akan raya rumah mentua dulu kecuali sorang yang belum kawin dan anak yang tak sihat sorang.Memang la kalau raya rumah mentua nati boleh raya lame sikit kat rumah mak sendiri kan.Tapi tu pun kalau reti dan duduk lame kat rumah mak!

Dalam ramai2 anak makcik ni, ada sorang anak lelaki yang dah berkahwin. Duduk kat luar dari negeri asal dan sangat jarang balik. Lebih mengagungkan keluarga mentua dari mak sendiri. Ibu ni pulak selalu menangis sebab anak2 die. Satu hari, anak lelaki ni accident. Parah gak la.Otak jadi tak berapa nak betul. Orang pun bawak die balik rumah mak die.So, ibu die yang dah tua kurus melidi tu la yang jaga anak lelaki die tu. Isteri dengan keluarga mentuanya tak kuasa nak melayan dan menjaga orang yang otak tak berapa nak betul tu.

Moral of the story?Anak2 kalau da besar panjang dan kawin pun jangan la lupa mak dan ayah. Takde diorang kita takkan rasa nikmatnye hidup dalam dunia ni. Sebab hidup kita tak akan sempurna tanpa mereka. Anak2 kalau tak leh nak bagi kesenangan pun pada mak ayah jangan lah susahkan mereka lagi. Contohnye dari cite kat atas ni kan, masa sihat anak tu buat mak die menangis. Bile da sakit mak jugak yang kena jaga die. Takde mak yang sanggup nak tengok anak die tanggung azab sengsara. Walau apa pun yang anak die buat kat die, kalau anak die susah, mesti die akan tolong jugak walau macam2 mana pun. Itu lah ibu. 

Mereka2 yang ada ibu lagi tu, tolonglah dahulukan die dalam apa hal sekali pun.Nak2 lelaki.Tanggungjawab pada ibu tak pernah putus walau pun die da kawin.Bukankah redha Allah itu jika ibu bapa kita meredhai kita.Jadi jangan sombong dengan mak ayah sendiri.Tak gune wat macam tu. Buang masa dan tambah dosa.Pengakhiran kat neraka.Wat rugi je!

Itulah sahaja tazkirah petang2 ni. Saje je nak share cite ni sebab ni cite realiti yang bukan drama. Ingat la syurga di bawah telapak kaki ibu. Kalau rasa nak masuk syurga wat baik la kat ibu dan ayah.Selamat hari ibu =)

yours truly,
dyawithluv

0 comments:

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez