Thursday, April 21, 2011

Pakcik bengong buat aku bengang

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 10:15 PM 0 comments
Assalamualaikum..
Sebelum ape2 baik saya istighfar dulu banyak2. Sabo je la. Ni bukan entry nak marah ke ape cume kecewa je dengan sikap sesetengah pemandu di jalan raya.

Petang tadi saya keluar nak gi rumah kakak sedara sebab my family gi jenjalan umah die.So sebab da lame tak jumpe adik saya dan nak bagi keta kat die, saya pun pegi la. Nak dijadikan cerita, hari ni hari khamis. Ada pasar malam kat belakang universiti saya ni. Bak kata Juliana Banos, berduyun2 la budak2 ni pegi pasar. Keta pun banyak giler la. Jalan jem la.

Untuk pengetahuan, jalan kat belah belakang universiti ni jalan lurus so keta memang laju la. Susah la nak kuar kalau dari arah universiti ni. Keta saya duk depan sekali dan kat belakang ada satu keta kancil. Sampai je kat depan gate belakang, banyak giler keta kat dua2 lane so susah sangat nak kuar. Tetibe pakcik keta kancil kat belakang potong keta saya kat belah kiri. Dari saya nampak kiri kanan, sekarang belah kiri da tak nampak. Belah kanan da clear.Boleh dah kalau nak kuar tapi belah kiri pulak tak nampak.Nak main redah je lintas memang tak berani la.Nak mati??

Tetibe keta kancil pakcik tu laju je meluncur ke depan. Die da berjaya keluar dari simpang. Ok fine. Tapi yang buat bengang tahap gaban tu, pakcik tu tengok slek giler kat saya. Lame pulak tu die pandang.Sampai bengang la saya sebab cara die pandang macam nak marah. Sebab dah bengang tahap cipan, saya pandang la die balik dengan muke sakit hati. Pastu buat muke. Jahat tak?Tak!Sebab?

Pertama, siyes pakcik tu tak pikir langsung pasal keselamatan orang lain.
Kedua, selfish giler pakcik tu sebab sesuke hati mak bapak tiri die je potong ikut belah kiri saya dan menghalang pandangan saya.
Ketiga,buat muka seolah2 saya bodoh sangat tak reti nak kuar dari simpang.
Keempat, tengok slek seolah2 saya dah buat salah dekat die.
Kelime, pakcik tu bengong!!!!!!!!!!

Kalau boleh banyak lagi nak hentan pakcik tu tapi takpe la lupekan je sebab membazir masa. Dah la tulis entry ni pun dah amik study saya yang nak start exam hari isnin ni. Tapi saya rasa terbuku sangat dalam hati saya jeluakkan sume kat sini. Tobak saya bengang giler ni!!!!!!!!!

Saya akui memang saya pun penah wat silap kat jalan raya tapi bukan sengaja. Saya mintak maaf pada orang2 yang terkena dengan kesilapan saya. Tapi saya bengang sangat dengan orang2 yang cuai kat jalan raya ni. Jalan raya bukan tempat untuk kita jadi hantu raya. Tolong la!Berhemah la banyak2. Kalau tak ingat pasal keselamatan diri sendiri sekali pun jangan la nak cube susahkan orang lain. Kalau rasa nak tunjuk hebat, jalan raya bukan tempatnya. Sume tu cume menunjukkan kebodohan yang nyata.

Siyes bengang giler.Semoga orang2 macam ni mendapat balasan setimpal dengan apa yang die buat. Semoga Allah melindungi orang2 yang innocent.

Minggu depan saya start exam. Tengah pulun sebab banyak sangat nak kena baca. Tapi pakcik bengong tadi membantutkan mood elok saya ini.

Kepada sume student Unisza, selamat berexam.Semoga Allah mempermudahkan bagi kita sume. Good luck everybody. Untuk LLB 8, buat yang terbaik. Ni dah exam yang last untuk kita. Semoga sume pun berjaya dengan cemerlang. Maat taufik wan najah =)

yours truly,
dyawithluv

Friday, April 15, 2011

Pejam celik pejam celik 4 tahun part 3

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 12:33 AM 0 comments
bbq sem 6
bbq sem 6 lagi
annual dinner arabian night sem 6
philip c jessup mooting competition kat ukm
mock trial untuk budak2 sekolah
kak ted bertunang
bbq sem 8
annual dinner sem 8
gambar hari last kuliah 13/4/2011
yours truly,
dyawithluv

Thursday, April 14, 2011

Pejam celik pejam celik 4 tahun part 2

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 11:39 PM 0 comments
Entry sambungan.Gambo je.

btn
btn jugak
final projek seni tari llb 3
seminar mooting llb 3
internatinal humanitarian law mooting competition kat um.first time ever masuk mooting competition..hihi..
ajk seminar auku
final projek pelayaran kat pulau redang
annual dinner paling kelabu sem 4
taklimat auku kat Renaissance kota bharu
first educational trip ever from UDM to Uni Parahyangan, Bandung
from UDM to Uni Indonesia
 nati ada lagi..hihi..

yours truly,
dyawithluv

Pejam celik pejam celik 4 tahun part 1

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 10:19 PM 4 comments
Semalam 13/4/2011 ada la hari terakhir berkelas-kelasan. Kelas yang terakhir untuk semester akhir ni tamat lebih kurang pukul 9.30 malam.Kelas tu ialah kelas Evidence. Lecturer yang ajar name Sir Anwar Ismail (eja betul2 sebab kalau salah markah assignment tak dapat full marks..hehe).

Sedih pulak rasa. Dulu bukan main tak sabo lagi nak abiskan sisa2 waktu yang ada untuk sem ni. Tapi bila waktu tu betul2 sampai rasa macam tak nak stop kat situ je. Tetibe time tu la jugak teringat sume kenangan2 yang pernah kita orang cipta sama2. Serius rasa cam sayu giler.

Rasa macam ingat lagi macam mana dulu masa mula2 daftar untuk LLB ni masa tahun 2007. Time daftar kat DABS tu xde pun orang lain sebab time tu da pukul 3 lebih. Maklum la budak diploma kan dulu.So berlagak cket sebab cam konon da bese. Orientasi cam bese la.Membajet je ahli2 jom kalut.Menyampah dengan orientasi. Tapi sebenarnya bile ingat2 balik rasa cam lawak giler.Jalan bertiga2.Chicken dance la.Hape la.Pendek kata orientasi tak pernah best.

First day masuk kelas LLB, siyes cakap aku cuak.Banyak muka yang aku baru jumpe.Geng2 diploma kawan dengan geng2 diploma je.First2 rasa macam asing sangat tapi percaya lah lepas kenal sume orang dalam masa 4 tahun ni, aku sayang sangat korang sume. .Sekali lagi diulang sayang sangat korang sume!Waktu sem 1 tak banyak sangat class sama dengan classmate lain sebab dapat banyak transfer credit. Masa ni rasa janggal lagi nak bermesra. Benarlah tak kenal maka tak cinta.Dah kenal sangat2 cinta.Hihi.Masa ni rapat giler dengan geng2 junior dip law sebab duduk dekat.Sayang korang jugak!

Masuk je sem 3, dapat geng baru!Hehe.Geng yang kekal sampai sekarang.Kemana2 pun mesti bersama. Semoga Allah kekalkan persahabatan kita sampai bila2.Mekasih sebab time kakdya seadanya =).Banyak sangat kenangan yang da kita cipta sesame. Sume benda buat sesame. Mekasih sebab selalu jadi penyokong yang setia dan sokongan yang tak berbelah bahagi tu hanya Allah yang dapat membalasnya.Sekarang, geng ni da berkembang. Tengok la nanti ye.Hihi.

Kalau dulu, bila teringatkan lama lagi nak kena belajar sampai tahun 2011 ni rasa macam lama sangat.Macam2 boleh jadi dalam masa 4 tahun. Yang single boleh kawin, yang takde anak boleh dapat anak. Tapi nampaknya sepanjang 4 tahun ni, hidup aku bese2 je. Kalau graf tu xde la graf tu naik mencanak2. Alhamdulillah sume pun ok. Result exam pun sedang2 elok aje.Tak la cemerlang sangat tapi tak la corot beno.Hihi.Maklum la usaha tangga kejayaan. Usaha sikit dapat sikit usaha banyak dapat banyak.

Sekadar untuk ingat balik kenangan2 sepanjang 4 tahun ni, mari kita tengok balik apa yang da kita buat eh.Yang pasti sumenya legal dan takde yang illegal.
last day orientasi sem 1
photoshoot class llb 1
court sem 1
baktisiswa rumah anak yatim sem 1
family day sem 1
ajk debat piala dekan fuha
organizing law academic week
baktisiswa rumah anak yatim lagi
baktisiswa rumah anak yatim jugak
malam final debat piala dekan FUHA
first annual dinner llb 2
posing sebelum gi kelas legal skills & research methodology sir idzfar masa sem 2
Haha!kelako tak dulu2?Ni sume gambo2 masa sem 1 dan 2.Gambo sem2 lain menyusul nanti.

yours truly,
dyawithluv






Sunday, April 10, 2011

Little bundle of joy!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 2:31 PM 2 comments
This is a very short and quick update. Congratulations to my friend Balkish and hubby Caen for the arrival of their baby boy on 9/4/2011 at 7.30 am. Alhamdulillah both mother and son is doing well. I wish i was  there accompanying her and baby. Can't wait to see them!

Kish,
You're a  mother now.Haha!Suddenly tears burst for happiness.Oh blushing2.Hehe..

Baby,
Be good dear =)..May Allah will always protect u..

me and Balkish 4 years ago..huhu!

yours truly,
dyawithluv

Friday, April 8, 2011

Oh lelaki!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 3:56 PM 4 comments
Aku berpikir banyak kali nak buat entry pasal ni.Bukan la isu negara atau masalah dunia tapi bab hati dan perasaan.Lebih segan nak cerita sebab ianya bukan masalah aku tapi kisah benar sebenarnya yang jadi kat kawan aku. Aku rasa ada ramai je orang lain lagi yang pernah alami benda yang sama cuma degree of sakit ati dan cara untuk mengatasi tu je beza.Mengikut jenis orang.

Bese la sebab kite masih muda remaja (mungkin aku da tak bape nak remaja tapi kawan aku masih di alam remaja),masalah cinta tu perkara biasa. Bagi aku masalah cinta bukan masalah biasa sebab aku tak pernah bercinta.Kesian tak aku?Tapi bagi aku sendiri pulak, itu lebih baik dari bersilih ganti boyfriend last2 tak jadi gak.Rugi je.Tapi ini pendapat aku je la.Orang lain mungkin pikir lain.Itu mungkin satu pengalaman yang mematangkan die dari segi ni.Aku hormat je pandangan orang lain.

Berbalik kepada isu penting kita dalam entry ni, lelaki jangan bajet hot sangat!Hihi mesti lelaki marah bila aku cakap macam ni.Korang jangan marah aku dulu.Baca dulu sampai abis tau. Baik aku start dari awal untuk mengelak salah faham antara kita. 

Ada seseorang yang susah nak buka hati untuk lelaki yang nak hubungan secara serius. Bukan dia tak minat lelaki tapi sebelum sampai waktunya, dia tak nak lagi terlibat dalam hubungan yang melibatkan komitmen. Tu macam aku jugak la.Eh tetibe!Balik ke pokok pangkal cite, satu hari, die da bersedia untuk bertukar status dan terima lelaki yang merengek2 minta jadi awek dia.Terima dan bermulalah sebuah kisah cinta yang hambar.Tak mesej tak call. Facebook konon tak online sebab bizi sangat dengan kerja.Bajet perdana menteri!Asal awek mesej, cakap penat kerja banyak sangat.Adekah kat company tu sorang je keje?Awek masih respek privacy boyfriend die.

Berbulan2 lamanya, tak sekali pun lelaki tu call or mesej or even try reach awek die kat fb.Sampai la time birthday, satu hari  tunggu si bf wish tapi hampeh.Takde pun.Awek mane yang tak terluka?Rasa cam nk nangis je.Paling pedih tahap luka kencing manis, bila mesej, si bf yang tak berapa nak berguna ni boleh selamba tenuk die je tanya sape yang mesej tu sebab handphone die da lame rosak!Aku nak tanya, ape kite ni hidup zaman batu?Ape guna ada fb, email bagai kalau bukan untuk contact antara satu sama lain?

Sampailah saatnya, satu keputusan di buat untuk putuskan sumenye dan lelaki tu jawab dengan relaks ok je.Aku pulak yang panas ati.Biar pun aku bukan parties dalam case tu.Sekali lagi aku nak tekankan tak baik buat orang macam tu!

Meh aku nak mengulas sikit. Pempuan ada banyak jenis. Jenis yang mungkin lelaki tak sedar wujud adalah yang susah nak bukak ati die terima lelaki. Bukan sebab die tak minat lelaki, bukan sebab die memilih tapi sebab die nak jaga cinta yang dia ada hanya untuk lelaki yang benar2 layak. Maksud aku suaminyalah. Kalau korang asyik bertukar kapel je silih berganti, sesuci mana lagi cinta yang korang boleh bagi kat suami/isteri korang?

Bagi aku, dalam satu2 hubungan, dua2 pihak kena bagi komitmen.Barulah hubungan tu smooth.Gaduh2 tu besela kan adat.Lidah lagikan tergigit.Apa lagi suami isteri.Eceh!Dalam konteks ni gf dengan bf la. Kalau tak mampu nak bagi komitmen, jangan gatal2 mulut gi propose orang jadi awek. Masa propose bukan main lagi bertanam tebu di tepi bibir sampai terjuih2.Dah dapat buat tak tau macam orang tu tak pernah wujud.Kejam tahap gaban.

Apa yang penting lelaki kena tau, bila pempuan dah bukak ati die untuk terima lelaki tu jadi special bf die, maknnya die da ready nak bagi komitmen dan share life die dengan laki tu. Pempuan ni kat mana2 pun sama je, die akan gembira bila orang bagi perhatian dan take care.Tolong comfort bile tengah ada masalah or tengah stress.Ni tengah orang tu under pressure nak siapkan assignment yang wajib submit esok, malam tu jugak la nak merajuk2.Adehh Oh Lelaki!Sabo je la.Tapi benda ni pun pempuan salu gak wat kan.So apa yang penting?Kerjasama!Tolong la buatkan assignmemnt yang orang kena submit esok tu!Haha!Aku merepek je.Bukan la suruh buat assignment tu pun just faham keadaan je. Noted, prinsip ni terpakai kepada bf dengan gf sekaligus eh.

Aku ni mengulas gaya banyak sangat pengalaman cintan cintun ni.Ni pendapat berdasarkan pemerhatian je. Realitinya hanya orang yang da penah melaluinya je yang tau.Aku just nak tekankan yang dalam satu hubungan tu kena ada 2 way communication yang berkesan. Jangan satu pihak je yang beria. Jangan buat orang tertanya2 apa sebenarnya yang berlaku dan apa status.Cakap biar terang!Bak kata orang dulu2:
kalau padi kata padi
tidak aku tertampi-tampi
kalau jadi kata jadi
tidak aku ternanti-nanti


Hehe..korang mekasih baca entry aku yang tak seberapa ni..



yours truly,
dyawithluv

Thursday, April 7, 2011

Itu yang dipanggil annual dinner

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 10:19 PM 2 comments
Sempena dengan kelajuan internet yang cam Dragon Ball kat rumah ni, rasa membuak2 nak update pasal annual dinner yang last as student ni. Sebagai final year student, of course la class kita orang adalah class yang diraikan sama dengan adik2 part 6 diploma. Serius cakap memang excited giler nak gi dinner.Memang tiap2 kali nak dinner pun macam tu.Sebab tu rasa cam pelik sangat dengan orang yang kata tak nak g dinner or macam tak semangat mana nak pergi.

Ni butir2 yang dirasakan penting pasal dinner tu.

Tarikh:1 April 2011
Tempat: Taman Taman Islam
Tema:Glamorous Evergreen

Start dari diploma dulu lagi, asal ada dinner je akan beria2 nak baju baru la kasut baru la tudung sedondon ngn baju la kasut tumit tinggi la! Untuk pengetahuan, dulu time diploma dinner boleh pakai baju kurung je.Kalau pakai baju lain nati korang nak kena bambu dengan senior or lecturer, silakan lah!Bila tengok balik gambar2 dinner dulu mesti rasa nak gelak sampai tak cukup napas.Gile innocent muke pakai baju kurung dengan tudung macam nak gi kelas hari2 bese jek. Bukanlah nak hina orang pakai baju kurung gi dinner, tapi rasa cam klako.Baju tu pulak bukanlah baju kurung yang vogue the vast eh.Baju bese je.Bukan macam sekarang ni baju kurung manik2 bagai berlapis2 segala.Rasa je nak upload gambo tu kat sini tapi berpikir banyak kali pulak jadinya.For sure jadi bahan la.
Untuk dinner yang menjadi orang diraikan ni, buat kat Taman Tamadun Islam.Ala kat tempat yang ada Masjid Kristal tu la.Tempat memang gempak la.Tapi penganjuran mengecewakan. Benda da jadi malas la nak ulas pepanjang.Yang penting aku pakai mahkota.Haha!

Seperti geng berlima  ni came out dengan idea yang dipelopori oleh Cik Tia yang nak pakai crown macam Queen Elizabeth.Aku pulak mesti la penyokong yang padu.Sebabnya dari kecik memang teringin nak merasa pakai crown ala2 princess.Sekali beli, aku rasa sume orang pun da jadi macam Dayang Sulu seperti kata Cik Ida dalam cite Laxmana Do Re Mi.Tak caye?Cube gi tengok cite tu skang secara laju2 pastu cari girl yang pakai crown pastu pakai skirt.Tu lah orangnya.

Kita tak yah ulas pepanjang pasal dinner kali ni.Yang penting gambo biar banyak dan puas ati dengan gambo.Muahahahaha! Check it out!


sekelas

geng 5

geng tapi kurang sorang sebab Amar amik gambo

tunjuk bunga kat tangan cket ala prom..

tu kakted yang tempah baju dinner die..kerlasstt ah kakted!

nina yang hujung tu
tunjuk cket crown..haha!

Amar yang pegang bunga tu

with Jeton (bukan nama sebenar)


with Kak Nurul

with Amar
with Ikhwan
dengan die yang separuh diambil

with sharil
edited by irwan

kamu!
Cam tu la dinner kami.Penuh dengan gelak ketawa dan senda gurau yang kita orang reka sendiri. Kalau tak cam tu, dan2 tu jugak la menamgis.Pape pun yang penting aku pakai crown.Muahahahaha!

yours truly,
dyawithluv
 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez