Assalamualaikum..
Sebelum ape2 baik saya istighfar dulu banyak2. Sabo je la. Ni bukan entry nak marah ke ape cume kecewa je dengan sikap sesetengah pemandu di jalan raya.
Petang tadi saya keluar nak gi rumah kakak sedara sebab my family gi jenjalan umah die.So sebab da lame tak jumpe adik saya dan nak bagi keta kat die, saya pun pegi la. Nak dijadikan cerita, hari ni hari khamis. Ada pasar malam kat belakang universiti saya ni. Bak kata Juliana Banos, berduyun2 la budak2 ni pegi pasar. Keta pun banyak giler la. Jalan jem la.
Untuk pengetahuan, jalan kat belah belakang universiti ni jalan lurus so keta memang laju la. Susah la nak kuar kalau dari arah universiti ni. Keta saya duk depan sekali dan kat belakang ada satu keta kancil. Sampai je kat depan gate belakang, banyak giler keta kat dua2 lane so susah sangat nak kuar. Tetibe pakcik keta kancil kat belakang potong keta saya kat belah kiri. Dari saya nampak kiri kanan, sekarang belah kiri da tak nampak. Belah kanan da clear.Boleh dah kalau nak kuar tapi belah kiri pulak tak nampak.Nak main redah je lintas memang tak berani la.Nak mati??
Tetibe keta kancil pakcik tu laju je meluncur ke depan. Die da berjaya keluar dari simpang. Ok fine. Tapi yang buat bengang tahap gaban tu, pakcik tu tengok slek giler kat saya. Lame pulak tu die pandang.Sampai bengang la saya sebab cara die pandang macam nak marah. Sebab dah bengang tahap cipan, saya pandang la die balik dengan muke sakit hati. Pastu buat muke. Jahat tak?Tak!Sebab?
Pertama, siyes pakcik tu tak pikir langsung pasal keselamatan orang lain.
Kedua, selfish giler pakcik tu sebab sesuke hati mak bapak tiri die je potong ikut belah kiri saya dan menghalang pandangan saya.
Ketiga,buat muka seolah2 saya bodoh sangat tak reti nak kuar dari simpang.
Keempat, tengok slek seolah2 saya dah buat salah dekat die.
Kelime, pakcik tu bengong!!!!!!!!!!
Kalau boleh banyak lagi nak hentan pakcik tu tapi takpe la lupekan je sebab membazir masa. Dah la tulis entry ni pun dah amik study saya yang nak start exam hari isnin ni. Tapi saya rasa terbuku sangat dalam hati saya jeluakkan sume kat sini. Tobak saya bengang giler ni!!!!!!!!!
Saya akui memang saya pun penah wat silap kat jalan raya tapi bukan sengaja. Saya mintak maaf pada orang2 yang terkena dengan kesilapan saya. Tapi saya bengang sangat dengan orang2 yang cuai kat jalan raya ni. Jalan raya bukan tempat untuk kita jadi hantu raya. Tolong la!Berhemah la banyak2. Kalau tak ingat pasal keselamatan diri sendiri sekali pun jangan la nak cube susahkan orang lain. Kalau rasa nak tunjuk hebat, jalan raya bukan tempatnya. Sume tu cume menunjukkan kebodohan yang nyata.
Siyes bengang giler.Semoga orang2 macam ni mendapat balasan setimpal dengan apa yang die buat. Semoga Allah melindungi orang2 yang innocent.
Minggu depan saya start exam. Tengah pulun sebab banyak sangat nak kena baca. Tapi pakcik bengong tadi membantutkan mood elok saya ini.
Kepada sume student Unisza, selamat berexam.Semoga Allah mempermudahkan bagi kita sume. Good luck everybody. Untuk LLB 8, buat yang terbaik. Ni dah exam yang last untuk kita. Semoga sume pun berjaya dengan cemerlang. Maat taufik wan najah =)
yours truly,
dyawithluv
Ada satu kisah…
6 years ago
0 comments:
Post a Comment