Friday, April 8, 2011

Oh lelaki!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 3:56 PM
Aku berpikir banyak kali nak buat entry pasal ni.Bukan la isu negara atau masalah dunia tapi bab hati dan perasaan.Lebih segan nak cerita sebab ianya bukan masalah aku tapi kisah benar sebenarnya yang jadi kat kawan aku. Aku rasa ada ramai je orang lain lagi yang pernah alami benda yang sama cuma degree of sakit ati dan cara untuk mengatasi tu je beza.Mengikut jenis orang.

Bese la sebab kite masih muda remaja (mungkin aku da tak bape nak remaja tapi kawan aku masih di alam remaja),masalah cinta tu perkara biasa. Bagi aku masalah cinta bukan masalah biasa sebab aku tak pernah bercinta.Kesian tak aku?Tapi bagi aku sendiri pulak, itu lebih baik dari bersilih ganti boyfriend last2 tak jadi gak.Rugi je.Tapi ini pendapat aku je la.Orang lain mungkin pikir lain.Itu mungkin satu pengalaman yang mematangkan die dari segi ni.Aku hormat je pandangan orang lain.

Berbalik kepada isu penting kita dalam entry ni, lelaki jangan bajet hot sangat!Hihi mesti lelaki marah bila aku cakap macam ni.Korang jangan marah aku dulu.Baca dulu sampai abis tau. Baik aku start dari awal untuk mengelak salah faham antara kita. 

Ada seseorang yang susah nak buka hati untuk lelaki yang nak hubungan secara serius. Bukan dia tak minat lelaki tapi sebelum sampai waktunya, dia tak nak lagi terlibat dalam hubungan yang melibatkan komitmen. Tu macam aku jugak la.Eh tetibe!Balik ke pokok pangkal cite, satu hari, die da bersedia untuk bertukar status dan terima lelaki yang merengek2 minta jadi awek dia.Terima dan bermulalah sebuah kisah cinta yang hambar.Tak mesej tak call. Facebook konon tak online sebab bizi sangat dengan kerja.Bajet perdana menteri!Asal awek mesej, cakap penat kerja banyak sangat.Adekah kat company tu sorang je keje?Awek masih respek privacy boyfriend die.

Berbulan2 lamanya, tak sekali pun lelaki tu call or mesej or even try reach awek die kat fb.Sampai la time birthday, satu hari  tunggu si bf wish tapi hampeh.Takde pun.Awek mane yang tak terluka?Rasa cam nk nangis je.Paling pedih tahap luka kencing manis, bila mesej, si bf yang tak berapa nak berguna ni boleh selamba tenuk die je tanya sape yang mesej tu sebab handphone die da lame rosak!Aku nak tanya, ape kite ni hidup zaman batu?Ape guna ada fb, email bagai kalau bukan untuk contact antara satu sama lain?

Sampailah saatnya, satu keputusan di buat untuk putuskan sumenye dan lelaki tu jawab dengan relaks ok je.Aku pulak yang panas ati.Biar pun aku bukan parties dalam case tu.Sekali lagi aku nak tekankan tak baik buat orang macam tu!

Meh aku nak mengulas sikit. Pempuan ada banyak jenis. Jenis yang mungkin lelaki tak sedar wujud adalah yang susah nak bukak ati die terima lelaki. Bukan sebab die tak minat lelaki, bukan sebab die memilih tapi sebab die nak jaga cinta yang dia ada hanya untuk lelaki yang benar2 layak. Maksud aku suaminyalah. Kalau korang asyik bertukar kapel je silih berganti, sesuci mana lagi cinta yang korang boleh bagi kat suami/isteri korang?

Bagi aku, dalam satu2 hubungan, dua2 pihak kena bagi komitmen.Barulah hubungan tu smooth.Gaduh2 tu besela kan adat.Lidah lagikan tergigit.Apa lagi suami isteri.Eceh!Dalam konteks ni gf dengan bf la. Kalau tak mampu nak bagi komitmen, jangan gatal2 mulut gi propose orang jadi awek. Masa propose bukan main lagi bertanam tebu di tepi bibir sampai terjuih2.Dah dapat buat tak tau macam orang tu tak pernah wujud.Kejam tahap gaban.

Apa yang penting lelaki kena tau, bila pempuan dah bukak ati die untuk terima lelaki tu jadi special bf die, maknnya die da ready nak bagi komitmen dan share life die dengan laki tu. Pempuan ni kat mana2 pun sama je, die akan gembira bila orang bagi perhatian dan take care.Tolong comfort bile tengah ada masalah or tengah stress.Ni tengah orang tu under pressure nak siapkan assignment yang wajib submit esok, malam tu jugak la nak merajuk2.Adehh Oh Lelaki!Sabo je la.Tapi benda ni pun pempuan salu gak wat kan.So apa yang penting?Kerjasama!Tolong la buatkan assignmemnt yang orang kena submit esok tu!Haha!Aku merepek je.Bukan la suruh buat assignment tu pun just faham keadaan je. Noted, prinsip ni terpakai kepada bf dengan gf sekaligus eh.

Aku ni mengulas gaya banyak sangat pengalaman cintan cintun ni.Ni pendapat berdasarkan pemerhatian je. Realitinya hanya orang yang da penah melaluinya je yang tau.Aku just nak tekankan yang dalam satu hubungan tu kena ada 2 way communication yang berkesan. Jangan satu pihak je yang beria. Jangan buat orang tertanya2 apa sebenarnya yang berlaku dan apa status.Cakap biar terang!Bak kata orang dulu2:
kalau padi kata padi
tidak aku tertampi-tampi
kalau jadi kata jadi
tidak aku ternanti-nanti


Hehe..korang mekasih baca entry aku yang tak seberapa ni..



yours truly,
dyawithluv

4 comments:

nona hidayah on April 8, 2011 at 5:48 PM said...

huhuhu..awak kite sama..ahahaha..suci tanpa cinta..ekekeke..kesiannya kawan awak tuh..yg bf die tu pon, mse tak dpt py lah beria2..da dpt main lepas tgn jer..ish2..ni yg geram nih..

Hidayah Deiya Aledruce on April 8, 2011 at 8:37 PM said...

oo yeke..hihi..xpe tibe masanya mesti dtg cinta yg btl..eceh..hihi..mmg pun..xbaik kan laki tu..mmg kurang asam..mujur da xde pape..xde la sedih sgt kwn tu..

alfarabie_88 on April 10, 2011 at 12:19 AM said...

sya stuju dgn entry ni...

Hidayah Deiya Aledruce on April 10, 2011 at 10:59 AM said...

mekasih setuju..hihi..

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez