Wednesday, December 21, 2011

Apa wanita buat apabila sedih?

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 5:41 PM
Assalamualaikum..

Selamat petang?Petang2 cam ni kalau makan jeput pisang dengan air teh o mesti best kan?Dengan cuaca yang sejuk + hujan sekejap2 ni memang haven lah!

 Tapi cuaca macam ni sebenarnya buat rasa sedih la.Serius!Cuaca seolah-olah sangat mempengaruhi perasaan. My sister pun cakap macam tu. Berbeza sangat kalau musim panas tu time2 cam ni memang matahari masih terik la. Tak kuar main badminton kat luar rumah lagi badan da berpeluh la. Mungkin jugak sebab cuaca macam ni la, cerita sedih yang berlatarkan musim sejuk macam betul2 menyayat hati. Contohnya Winter Sonata. Betul tak?Korang rasa tak?Saya rasa.Hihi!

Berbalik pada tajuk kita, apa wanita buat time rasa sedih?Berdasarkan pengalaman, kalau sedih je rasa nak makan.Haha!Sebab tu orang lain sedih makin kurus, saya makin gemuk.Hihi!Ok la kita ambil contoh macam dalam cerita la sebab semua orang tengok cerita kan. Memang common la kalau sedih je makan. Mungkin sebab bila makan banyak2 tu rasa puas hati kot. 
Selain tu tidur pun iye jugak. Perempuan memang nature nya suka duduk dalam bilik. Balik kelas or kerja mesti melepak kat bilik je. Baca majalah or novel, dengar radio, main laptop or tengok cerita Korea.Hihi. Bila time sedih, tergolek kat atas katil sambil menangis or mengingat kisah2 lampau. Nostalgik ok!

Kalau tengok cerita omputih, selalunya bila sedih dia orang akan mencari hiburan. Dekat bar minum2.Tapi kita kan orang Islam so tak boleh la nak ikut cara tu. Kalau jumpa kawan2 minum2 kat tempat yang halal tu okay la. Ingat, jangan sebab sedih kita langgar semua hukum halal haram eh.

Lepas tu, you all perasan tak kalau tengok cerita Korea, kalau sedih je perempuan akan potong rambut. Agaknya kecewa sangat sampai dah tak sayang rambut tu lagi.Selalunya perempuan memang suka rambut panjang, tapi ada jugak yang tak suka. Lebih selesa rambut pendek sebab senang nak jaga dan lebih kemas. Mungkin potong rambut tu simbolik untuk memulakan sesuau yang baru.

Yang paling best sekali, benda nak buat bila sedih ialah pergi berjalan or melancong.Yuhuu!!Pergi la tempat2 menarik. Tengok dunia yang terbentang luas lagi indah ni. Paling best kalau pergi pantai kan?Banyak pantai2 yang menarik kat Malaysia dan sekitar Asia Tenggara ni. Kalau dapat pergi Bali or Koh Samui macam okay jugak kan?At least dapat menikmati cantiknya pantai tu dan menenangkan jiwa.

In conclusion, ada macam2 benda yang bolah kita buat untuk hilangkan kesedihan. Paling penting our mind set. Think positive. Everything happened for a reason and there is always silver lining behind the clouds.

missing them!


yours truly,
dyawithluv

0 comments:

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez