Mula-mula sekali nak ucapkan tahniah pada penganjur Debat Piala Dekan Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa. Walau pun tak tau lagi sape yang akan menang dalam final malam esok still saya nak wish tahniah pada semua part yang dah participate dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Sanggup gak kan join even terpaksa mengorbankan tido di pagi hari minggu.
Kalah menang adat pertandingan. Tapi kalau kalah pun semua pun kalah dengan bermaruah.Wahh macam lawan silat pulak aku rasa bermaruah-maruah segala. Sepanjang pemerhatian saya yang tak seberapa ni, pertandingan kali ni ok je. Rasanya tak ada masalah dengan penganjur TAPI..Baca elok-elok ada tapi di situ. Terus-terang cakap tak puas hati dengan mereka yang jadi judges tu.
Tak ada masalah dari segi pengetahuan dalam bidang perdebatan. Saya yakin diorang memang expert je dalam bidang tu. TAPI diorang kurang pengetahuan dalam bidang undang-undang. Dah nama lagi Debat Piala Dekan FUHA kan so usul-usul pun mesti la yang bertemakan law punyer. Waktu peringkat saringan no hal sebab seorang dari judges tu lecturer law. Jadi memang dia tau la kalau budak yang berdebat tu kelentong ke bagi fact salah ke fakta kes melencong ke ape. Namun demikian, ada jugak judges yang berlagak pandai. Bukan la nak bangga jadi budak law tapi kalau ye pun nak betulkan fakta orang, pastikan dulu fakta yang kita nak bagi tu betul.
Sebagai contoh, kalau tak tau jangan nak buat pandai kata Perlembagaan Malaysia tu bukan undang-undang. Ya ampun!Ko da memalukan diri sendiri secara sengaja dan terang-terangan! As a matter of fact, undang-undang Perlembagaan adalah undang-undang yang paling tinggi di Malaysia. Perlembagaanlah yang memberi kuasa kepada Parlimen. Mana-mana undang-undang lain yang bercanggah dengan peruntukkan dalam Perlembagaan adalah null and void. Boleh lagi ko cakap Perlembagaan bukan undang-undang?Kesian ko kan. Sila pegi baca buku pasal ni sekarang!
Nak lagi contoh? Nah bagi lagi. Sorang judge yang wat pandai depan kawan saya yang pernah mengalahkan team UM dalam Philip C Jessup Mooting Competition tahun lepas, judge ni kata, Article 26 dalam Federal Constitution memperuntukkan untuk hak kanak-kanak untuk bersekolah. Cuba ko gi check sekarang Article 26 cakap ape. Kat mane dia cakap pasal kanak-kanak wajib gi sekolah dalam tu?
Kononnya nak betulkan kawan saya ni la yang relate pasal Article 8 which provides for equality dengan kanak-kanak wajib pergi sekolah. Alih-alih katanya salah pulak. yang dia tu dah salah depan orang-orang yang tau ni tak malu ke wei?Haishh bengang pulak aku! Tengok la betul-betul Article 8 (1) tu. Semua orang sama disisi undang-undang dan berhak untuk dilindungi oleh undang-undang. Relate la dengan Article 12 yang memang provide pasal hak untuk pendidikan. Dah terang-terang pulak tu dalam Article 12 cakap, without prejudice to Article 8...(kalau nak tau sila refer Perlembagaan Malaysia ye).Sah-sah la Article 8 tu relates dengan pasal hak mendapat pendidikan. Yang ko gi buat pandai melalut kaitkan Article 26 yang provide pasal deprivation of citizenship tu kenapa??Haishh bengang aku dengan orang bajet bagus buat-buat pandai nih!
Last but not least, semi final memang akan diingat sampai bila-bila. Dengan fakta salah, gagal mencerap analogi, dan tak berapa nak faham law lagi boleh pulak menang. Tak salah kan budak yang menang tu tapi judges yang tak tahu law tapi mengangguk gaya faham beno bila budak baru belajar deliver pemahaman diorang yang tak berapa nak betul tu, tu yang buat lagi bengang. Konsep cedok Common law principle bila ada lacuna pun tak betul, judge yang layman ni bagi menang. Sebabnya?Mudah. Diorang pun tak tau macam mana nak faham.
Kalau ada la mana-mana budak FUHA baca ni masak aku tapi saya cuma nak bagi sokongan pada kawan-kawan saya yang dah berusaha dan junior-junior yang baru belajar tu, belajar betul-betul.
Kepada Norfathiah Raduwan, Amar Arafat dan Burhan Sidqi, korang terbaik. Tahniah atas semua kejayaan menang 3 match dan jadi team no 1 dalam ranking before the semi final. The semi final tu memang tak layak dijadikan kayu ukur kemampuan korang. Korang da wat yang terbaik!Trust me. Cuma mungkin bukan rezeki.Jangan bersedih ye kawan-kawan.
Jadi untuk mengelakkan perkara macam ni berulang lagi masa depan, judges tu biarlah orang yang faham undang-undang sebab law bukan sesuatu yang boleh dipelajari dalam masa sejam. Even dah belajar law 7 tahun pun, banyak sangat lagi benda yang saya sendiri tak tau dan tak berapa nak faham. Nak menghakimi perdebatan tentang law, at least amik tau la pasal prinsip-prinsip asas.Jangan main belasah dan angguk-angguk je bila orang cakap. Study la sikit at least.Baru la bila cakap tu betul dan tak memalukan diri sendiri.Ingat tu!
yours truly
dyawithluv
6 comments:
kakdya.. terima kasih kakdya utk sokongan & pujian.. terharu sgt..
^^
huarghhh...7 thun pun still byk ag kene blaja...ishhhhh.... seb baik x penah minat law...huhuhu...belajar undng2 komersial mse sem 2 ari 2 pun da naik berdarah hidung...
visit..follow u
Bravo... Bravo...
All the best my frens...
Dya...teruskan mberi semangat wat kwn2 kite sume k.
tia:sesame..kite kan kawan..hihi..
misz sheyla:aah byk sgt lagi kne blaja..kne praktis br bleh faham..commercial law cam boring cket..yg best cam constitutional ke criminal ke..yg ada kes2 menarik..hihi..
naimi:mekasih naimy!naimy pn sm tau..kite support each other..hihi..
wah2..nama ak ade bertepek d situ rupenye...hahahahah~
dr dulu aku tak suka judges UMT tu, plz lla lepas ni cr org berpengetahuan sikit
Post a Comment