Love..love..love..
Akhirnya di rumah my sister setelah 3 hari kat rumah Tia kat Sungai Buloh.Serius memang best duk rumah Tia.Ada aje makanan.Owhh shiok la pendek kata.Mekasih diucapkan kepada mak Fathiah Raduwan sebab sudi melayan kami ni.Da la bangun pun lambat.Asal bangun makanan da ada depan mata.Memang tak sesuai tau anak dara cam tu.Kalau depan mak mertua tolong la jangan buat cam tu.Bahaya!Depan suami kita je takpe.Hehe..Eh boleh ke?
Tengok gambar bawah ni. You all mesti da ada yang da gi I-City kan?Di sini saya dengan bangganya mempersembahkan....saya baru pergi hari Khamis malam Jumaat baru ni. Maklum la saya ni orang kampung aje. Mujur ada orang bawak pegi tu.Kalau tak, tak merasa la tengok lampu-lampu warna-warni. Cukup-cukup Puan Juri!Meh la kita tengok gambar ye. Let pics speak for itself.
mula-mula tepek muka sendiri dulu
Seterusnya, aktiviti paling berfaedah pada cuti kali ni adalah membeli buku di kedai Minerva (diskaun 10% je eh pakcik tu bagi.kedekut!buku mahal nak mati!sib baik buku.)Tapi sebelum kita gi beli buku mari kita gi tengok wayang dlu.Kihkih!Serius lame gile tak tengok wayang.Cerita kali ni tajuk die The Tourist.Yang Angelina Jolie yang seksi nak mati lagi jelita tu berlakon dengan lelaki paling pelik aku rasa jadi hero Johnny Deep. Best gak cite dia sebab tak banyak aksi yang boleh buat saya sakit kepala. Tapi ending die da boleh predict la. So kurang thrill.
kat umah Tia sebelum jenjalan
Pastu nak gi cari buku pulak kat Jalan TAR.Susah giler nak naik komuter sebab orang ramai giler. Konon nak naik ladies coach tu.Sekali tren datang orang penuh kat dalam. Yang nak masuk pulak bersesak-sesak ala-ala tak reti bahasa pun ada.Cubaan pertama, air botol sorang budak pempuan ni abis tumpah. Terlepas tren pertama.Tunggu sampai lenguh kaki, penuh jugak tren yang kedua tu. Berebut-rebut nak masuk.Cam orang tak civilized pulak aku tengok. Dah la ada akak tu sorang pregnant.Orang duk tolak-tolak dia.Kesian dia tau!Last-last dia berjaya masuk dan sekali lagi my geng gagal naik tren tu.Sumpah aku tak nak naik dah komuter sampai bila-bila.Mampu ke?Tia dengan penuh yakin mencadangkan naik teksi.Tanpa ragu-ragu sume setuju.Nasib baik tak ramai lagi orang masa tu tengah beratur tunggu teksi.Naik la teksi pegi Jalan TAR.
muka separa gembira akhirnya dapat naik teksi
Siap beli buku jalan-jalan lu tengok barang.Sempat jugak la beli tudung harga RM4.Haha!Cantik!Serius cantik!Da pakai da time kuar tadi tapi tak sempat lagi nak amik gambar yang ada dalam kamera Tia so nati tunjuk eh tudung RM4 tu.Hihi!Serius time jalan-jalan tu sakit giler kaki.Rasa nak duduk je sepanjang masa pastu tetiba da sampai rumah.Realitinya, pas jalan-jalan sakit kaki, gi makan dulu then baru menapak naik jejantas Bank Negara yang tangga cam nak nak membunuh tu.Tak tau la sapa punya ukuran langkah yang dia orang guna dulu masa nak buat tangga tu.Anyway, adakah perlu elemen panjang langkah dalam membina tangga jejantas?Orang civil engineering sila la jawab.Tak paham betul aku kenapa lebar beno tangga tu.Eh nape aku tetibe mengulas pasal tangga tu ni?Tak payah la.Next!
Balik time!Agak-agak kalau balik naik komuter pukul 7.30 malam tu da tak ramai da orang-orang balik keje ni.Alih-alih ramai jugak lagi.Sekali lagi, terlepas komuter yang pertama. Disebabkan da 3 kali terlepas nak naik tren ladies coach, aku dengan yakin mencadangkan formula baru.Tak yah la naik ladies coach.Gamble je la naik sama dengan lelaki.Datang je tren, elok pulak boleh masuk. Aku conclude, kami la mangsa wanita lain dalam berebut masuk ke ladies coach.
Dalam tren, ada pulak yang beraksi ala-ala cerita Korea.Adui!Sakit mata la.Even Chinese sekali pun, respect la orang sikit.Malu tau tengok macam tu depan mata.Ape ko ingat ni cite Korea?Boleh peluk-peluk bermanja-manjaan dalam tren?Adehh!Tolong la.Pukul 8 lebih baru sampai umah Tia.Penat giler.Kaki sakit giler.Mesti korang boleh bayangkan kan?Begitu lah seadanya.
Pape pun, seronok kat rumah Tia. Layanan mak Tia memang tip top.Hehe..Mekasih Tia dan mak Tia =)..
yours truly,
dyawithluv
5 comments:
ehe, kalau jalan ngan kak ted, 10 jam non stop dieya. For sure nangis.
pst, sbb tu dulu duk KL kurus, jalan 10-12 tu mainan je
wahaha...berjalan sakan ;)
kak ted: berjalan kn..naik turun train. haini pnah jalan ngan saye kat kL, pkai heel lagi...kesian die..hehe...
kakted:haha!klu gitu kakted cara diet plg berkesan utk kakted ialah jln kaki di kl sokmo.confirm kakted kurus time nikah kekgi..hihi..
nur:hehe..skali skala..kesian haini..tp kamu mmg ske jln kn?bgs kuar peluh sihat bdn..hihi..
hee! dieya..sangat sihat..tgk bdn saye cmne..hu..bile nk kurus balik ni (T_T)
kiki..xpe2..dak2 clas kite giat skang bersenam..joging skipping bagai..jom join..hehe..
Post a Comment