Tidak!Tidak!Bukan saya telah tertingal oleh keretapi milik Keretapi Tanah Melayu atau LRT atau Monorail tetapi saya memang agak ketinggalan dalam menonton move-movie baru di pawagam. Almaklum ye kawan-kawan kat tempat saya ni tak ada cinema. Ada satu pun jauh di puncak Kemaman sana. Kalau nak gi Kemaman tu dari kampung saya terchenta ni boleh habis tengok satu cerita kat panggung. Tetiba rasa nak jadi pengusaha panggung wayang..Boleh ke eh?Atau jadi je pengusaha panggung wayang kulit.Haha!Maaf tak kelakar dan melalut.Bosan!
Kalau saya kata saya baru tengok cerita Prince of Persia minggu lepas kamu jangan kutuk saya ya. Serius saya baru tengok cerita tu beberapa hari lepas. Isu sekarang bukan la nak mengulas betapa lambatnya saya menonton cerita tu tapi saya nak mengulas sikit ni. Best kan Prince of Persia tu. Selain dari heronya adalah lelaki menarik, rasanya mesej dalam movie tu yang penting iaitu hubungan antara adik-beradik (nape tetiba rasa cam tengah bagi ceramah ni?)
Walau pun watak hero tu bukan la royal blood tapi abang-abang dia sayang dan anggap dia cam adik-beradik kandung. Mungkin sebab dia ada skill kot. Sape kan ada skill terlompat sana terlompat sini dari satu bumbung ke satu bumbung. Pulak tu cam redha je dengan kenyataan yang dia tu adopted je by king tu. Cam da lari tajuk je ni. Berbalik ke jalan yang benar, hubungan adik beradik ni memang takkan putus walau apa pun yang terjadi. Bak kata pepatah, air dicincang tidak akan putus. Betul! Ingat air ni cam daging ke kalau dicincang-cincang halus boleh buat sambal karipap?Tidak-tidak...
Dulu masa sekolah kan ingat tak satu cerita dalam buku teks (korang jom kembali ke sekolah) yang pasal seorang ayah ajar anak-anak lelaki dia pasal hubungan antara adik-beradik ni ibarat batang lidi. Kalau sebatang lidi mudah la sangat nak di patahkan. Tapi kalau ada banyak lidi dalam satu ikatan, lidi tu tak mau nak patah. Maksudnya, kalau kita sorang-sorang, orang lain mudah nak musnahkan kita. Sebaliknya kalau kita bersatu hati (cehh skema tak ayat I?) kita akan teguh dan kukuh. Ibarat kata pepatah (kaya dengan pepatah aku malam ni) "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".
Jadi, kita dengan adik beradik kita jangan la gaduh-gaduh. Gaduh-gaduh manja tak pe. Tapi jangan la sampai tarik-tarik muka. Ingat muka miss world ke nak tarik-tarik?Jangan,jangan,jangan! Sayangi keluarga kita ok! Berbaik-baik la ya..Akhir kata, selamat mengeratkan hubungan silaturahim..
yours truly,
dyawithluv
0 comments:
Post a Comment