Thursday, December 9, 2010

Jemput la datang Cik Rajin

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 3:03 AM

Uhhuu...

Berwajah baru blog ni hari ni. Setelah beberapa pemerhatian terhadap blog ni dengan blog-blog lain yang aku pergi secara berlari-lari, didapati blog-blog orang lain sangat lah menarik dan matang. Nak dibandingkan memang tak terbanding la. Sekali tengok blog sendiri alahai comelnye ko nih! Dua kali tengok cam budak la pulak. So malam ni dengan nekad tukar sikit apa-apa yang patut. Mungkin esok-esok tukar lagi. Tu pun kalau rasa cam rajin.

Dah dekat seminggu da cuti semester start. Still i'm at home. Tak gi jalan-jalan ke mana. Bosan?Sama sekali tidak! Saya suka duduk rumah. Kalau la saya ni tak sambung belajar, ada gak rasanya jadi suri rumah sepenuh masa. Tapi tidak tidak. Saya suka belajar tapi saya tak suka exam. Thrill sangat. Saya suka hidup tenang dan tenteram tanpa exam. Kak Long saya da sound-sound da cuti kali ni belajar masak.Aiyooh! Saya bukan tak suka masak. Suka. Tapi saya suka masak air, masak megi dan goreng telur.Ok kan?Masak juga namanya.



Walau bagaimana pun, demi memenuhi permintaan Kak Long saya belajar la jugak masak sebab takut nanti mana la tau ada orang masuk minang kan lepas habis belajar nanti tak de la malu tak reti masak. Lagi pun nanti kalau kerja jauh dengan rumah, takkan nak makan kedai hari-hari. Kalau sekarang tak pe la nak makan kedai sebab PELAJAR so normal kalau tak masak. Tapi kawan-kawan saya ramai je yang tahu masak. Malu nak cakap tapi kena cakap saya jealous dengan orang yang pandai masak sebab diorang PANDAI. Saya?Pandai jugak tapi tengah belajar la ni (masuk tong, tutup dengan penutup die tu pastu try nak angkat sendiri.Ingat boleh?). Memang tak dapat la.


Semoga kerajinan untuk terus belajar masak akan datang juga. Saya kena masak untuk mengelakkan diri saya lapar sebab saya memang suka MAKAN dan itulah specialty saya. Takkan la nak gajikan chef macam Kimora Lee Simmons tu kan.Ingat kaya ria macam tu ke?Tapi kalau jadi kaya cam tu nak juga chef sorang.Hihi!

yours truly,
dyawithluv

0 comments:

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez