Sunday, December 19, 2010

Riang ria 3 jam

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 11:16 AM
Good morning!Erkk..Pukul 11 pagi ni kira pagi lagi kan.Hehe..

2 hari tak de update sebab dua hari ni banyak sangat aktiviti bersosial. Bukan di laman sosial tapi di alam nyata. Jumaat baru ni ada little gathering plus Dayah Salim"s belated birthday celebration dengan kawan-kawan masa sekolah menengah dulu. They are all my classmate from 5 science. Ya 5 sains!Anda tak tersalah baca. Dulu time sekolah blajo sains bagai nak rak tetibe masuk universiti lari terus bidang. Itu la takdir namanya.

Lokasi pertemuan terancang adalah seperti biasa Pizza Hut kat Giant. What do you expect kalau nak jumpa nak area Terengganu ni. Kalau orang kat Kemaman tu ada la Mesra Mall tu pun setingkat je. Padan ukur dari satu hujung ke hujung yang lain. Pape pun at least dia orang kat sana ada la jugak kan mall yang cam ala-ala best.Opps!Jauh giler lari bawak baton dari tajuk perbincangan. Sila kembali ke garisan permulaan. Sedia. Mula!


Okay my friends yang datang adalah Solah, Apih, Pozey, Dayah Salim (kena letak nama ayah sebab nama sama dengan saya) dan Saadah. Geng-geng lain takde sebab takde kat sini. Sume telah membawa diri. Hehe. If it happened korang baca ni jangan marah eh!

Seperti biasa kalau berjumpa bagai nak runtuh Giant tu. Time dalam Pizza Hut tu orang-orang sekeliling memandang dengan pandangan annoying-giler-budak2 ni. tapi itu la kenyataan. Bila je jumpa kawan-kawan yang sekepala dengan kita mesti kita macam lupa daratan sekejap. Bercerita pasal life masing-masing. Usik orang tu usik orang ni. Gelak-gelak macam tak de orang lain dalam dunia ni.Haha!Seriously best giler! Perasaan waktu tu macam waktu dulu-dulu dalam kelas 5 sains. Bising giler!Yang kepala bising of course la budak-budak ni dan bila bergabung tu super duper bising! Bestnye time tu.

Pastu sekarang ni bila jumpa mengorek semula cerita-cerita zaman tok kadok tu dan kegelakan meledak bagai bom tak terjangka kat dalam pizza hut tu. Paling tak tahan, 4 of my friends tu cikgu, so bercerita pasal students dia orang. Me and Apih couldn't share anything sebab we all sendiri memang student lagi.So both of us gelak-gelak sakan mentertawakan fellow students yang lain.Tapi dia orang budak sekolah la. Level je beza.













Over all, sangat best dan sangat nostalgik. Lain kali nak lagi!

yours truly,
dyawithluv

1 comments:

hidayah | salim on February 21, 2011 at 1:50 AM said...

hehe....best2...rindu hari itu..

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez