Thursday, December 16, 2010

Hidup bukan mimpi

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 12:36 PM

"Saya setuju" ujar si gadis (Miss Y). Lelaki(Mr. X) di depannya tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Miss Y juga tersenyum. Di rumah, Miss Y menyampaikan satu berita kepada seisi rumah tentang apa yang telah dipersetujui olehnya dan Mr.X.

Persiapan semuanya kira settle. Tinggal benda-benda yang kecik-kecik je lagi. Sehari sebelum peristiwa bersejarah, Miss Y ditemani seorang wanita telah pergi ke rumah Mr.X untuk tujuan yang tidak dapat dipastikan. Tiba-tiba Miss Y merasa bahawa tindakannya bersetuju dengan cadangan Mr.X adalah satu kesilapan. Terselit di hati kecilnya satu perasaan tidak senang apabila mengenangkan lelaki itu adalah lelaki matang dan bukan jejaka idaman yang haruslah stylo milo.

Di rumah Mr.X, ramai orang mula berkumpul dan keriuhan ala pasar borong melanda. Di samping ramai lelaki-lelaki stylo milo sedang saling tolong menolong antara satu sama lain sambil memperkenalkan diri mereka kepada Miss Y sebagai sepupu kepada Mr. X, keyakinan Miss Y mula goyah. "Kenapa aku tak tau dia ada sepupu yang ensem ni?Kenapa aku tak tau dia ada sepupu belajar kat UKM?Kenapa aku tak tau yang dia ada sepupu sebaya ak?"Tetiba kekesalan mula datang.

Dari kejauhan, kelihatan seorang lelaki menuju ke arah pintu rumah."Aikk!Mana pulak datang orang ni?Kenapa muka dia cam muka hero cite Winter Sonata?Dia menghulur sesuatu kepada ibunya. Objeknya tidak dapat dipastikan. Sambil mengangguk-angguk kepada kata-kata ibunya, diketahui bahawa lelaki tersebut adalah Mr. X. "Eh, tadi bukan lain ke muka dia?Asal muka dia da jadi lain ni?"Miss Y bermonolog dan mula mengingat kebaikan-kebaikan dan betapa charming hero winter sonata untuk mengubat kekesalan yang beraja di hati akibat terlihat sepupu stylo milo.

Hey Girl, ijen neoreul boyeojwo naege
Geuman neoui mameul
Won't you, my girl (my girl)

Hangsang mangseorineun neon jeongmal babo
Jeongmal neoneun babo
O~ malhaejwoyo

Wae, neon moreuni
Neon nal moreuni
Neol wonhaneun nae mam modu da gajyeogajwo

"Eh jap tu lagu enset ak". Miss Y sempat berfikir tatkala mendengar lagu Love Like This oleh SS501 lantas membuka mata dan tersedar. "Aku mimpi?!Arghh lega-lega tak yah kawin orang tua!Tak nak la hero winter sonata tu. Nak yang stylo milo!Bila tengok jejaka idaman nak rasa best cam minum milo.Ehhe..

Rupanya semua itu adalah mimpi semata-mata dan tiada kaitan dengan yang hidup atau pun telah meninggal dunia. Yang pasti Miss Y masih tersentap dengan mimpi tu.


yours truly,
dyawithluv

0 comments:

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez