Selamat hari jumaat!
Baru perasan since raya haji baru ni, tak ada lagi entry pasal raya. Maklum la orang sibuk nak exam la katakan. Update blog pun asyik cakap pasal exam je. Bukan apa la kan tapi sebab exam kali ni rasa macam tak ada mood sangat. Mungkin sebab ni da kali ke 13 ambil exam so bak kate Cik Ajah Syed da anti-klimaks.Setuju Puan!
Berbalik ke pangkal jalan, raya haji baru ni biasa-biasa saja. Tak happening sangat. Budak-budak bising a.k.a anak-anak sedara tak balik sebab umi abah dia orang tak balik. Kalau mak ayah tak balik tak dapat la kan nak anak-anak pulak balik.Demam ke ape?Betul la tak best bila budak-budak 9 orang tu tak ada. Tak ada sapa yang nak diusik. Tak kan nak usik adik aku plak. Yang tua-tua buang karan je aku usik. Walau pun budak-budak tu kalau ada kat rumah hanya akan menyebabkan pencemaran bunyi tapi serius la tak berseri hari raya tanpa korang!
Disebabkan kebosanan yang melanda di hari raya, pakai baju raya belah pagi je. Tak penah lagi sepanjang hidup 24 tahun ni aku pakai t-shirt di hari raya. Bagi aku hari raya ada la hari untuk melawa. So kalau tak gi berjalan pun mesti pakai baju raya sebab nama lagi hari raya. Tak kira la aidilfitri ke aidiladha ke. Pastu yang paling sengal sekali gambar raya just aku dengan adik je. Orang lain?Tengok tv la apa lagi. Hari raya kan banyak cerita. Aku dengan adik pulak mengadap lappy pasang lagu korea yang kita orang pun tak tahu apa ke makna lagu tu. Paling best, adik nyanyi dah la kuat pastu jiran depan rumah datang hantar daging!Malu dah nak jupe pakcik tu lepas ni!
Sebenarnya nak kata saya rindukan budak-budak bising!
Ok la..till next update!
yours truly,
dyawithluv
0 comments:
Post a Comment