Wednesday, December 1, 2010

1 lagi!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 1:47 AM

Saat yang di tunggu-tunggu akan tiba dalam masa 2 hari lagi =)

Lepas dah 6 paper final exam kali ni. Petang tadi baru habis paper islamic law of security. Seriously memang tak faham ape-apa pun pasal security ni sejak dari awal semester. Tapi tadi alhamdulillah boleh la juga jawab walau pun saya sebenarnya tak la yakin sangat dengan jawapan yang saya bagi. Apa yang penting, untuk paper last Sir Naziree (sebab sem depan da tak ada subjek dengan beliau) saya rasa gembira sebab hantar 2 booklet. Tak pernah lagi la sepanjang 4 semester belajar dengan beliau saya hantar 2 booklet waktu final. Mungkin orang lain dah biasa. Ala setakat 2 booklet apa la sangat kan..Tapi saya memang tengah kagum dengan diri sendiri ni!Ok cukup-cukup Puan Juri!

Next paper adalah probate and administration of estate. Paper Sir Bell. Beliau sangat best dan carrymark untuk subjek ni la paling tinggi semua subjek yang ambil semester ni. Tapi bukan bermakna carrymark saya paling tinggi dalam class sebab budak class saya semua pandai-pandai ye. Kalau la ada nombor dalam class tu macam masa sekolah dulu tak tahu la saya ni nombor berapa puluh.Mungkin juga tak cukup nombor nak bagi.



Just now saya tengok movie.Teringin pulak nak tengok sebab nak rasa release sikit. Charlie St Cloud. Best cerita ni. First mestilah sebab hero dia kan.Zac Efron.Kalau orang tanya saya sekarang siapakah lelaki idaman saya, jawapan saya adalah Zac Efron sebab saya tengah teringat kan lakonan dia dalam cerita ni. Kisah seorang abang yang tak mampu nak lepaskan adik dia walau pun adik dia da 5 tahun meninggal. Sampaikan dia sanggup lepaskan scholarship yang dia dapat dan give up in sailing padahal he is the best. Yang paling touching, dia sanggup kerja sebagai penjaga kubur.Setiap hari dia akan jumpa adik dia untuk ajar adik dia main baseball sebab waktu funeral adik dia , dia nampak adik dia dan janji akan datang setiap kali waktu sunset. Dia ada this ability untuk nampak orang yang dah tak ada. Sedih sebenarnya cerita ni. Pokoknya best.Daunnya cukup banyak sampai tak nampak buah.Ok tak kelakar.

Harus pergi dahulu sebab mata dah nak tertutup ala-ala rapat ni. Until next update!See ya =)

yours truly,
dyawithluv




0 comments:

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez