lahirnya seseorang itu adalah kerana adanya seorang insan yang bernama lelaki..dia adalah lelaki yang telah dengan sepenuh hati menerima tanggungjawab untuk memberi seluruh jiwa dan raganya untuk seorang wanita yang dicintainya dan juga untuk bukti cinta mereka..dan lelaki itu adalah insan yang bergelar bapa..
besar tanggungjawab yang dipikul oleh seorang bapa..selain menjaga kebajikan isteri dia juga wajib menyediakan segala keperluan insan2 yang dikenali sebagai anak..anak adalah permata hati ibu bapa..ibu bapa berkorban untuk kesenangan dan keselesaan anak2..sesusah mana pun ibu bapa itu pasti tidak mahu anak2 berasa kurang atau menghadapi masa susah..
justeru, sepertimana menghargai jasa ibu seorang bapa juga tidak dilupakan..20hb jun telah dimaktubkan sebagai hari bapa..suatu penghargaan buat mereka..
abah..itu yang saya panggil ayah saya..abah saya seorang guru tapi sekarang da pencen pun..dia jauh dimata saat ini tapi tetap dekat dan lekat dihati ini..setiap kali teringat dirinya saya mahu menitis air mata..terasa banyak dosa saya dengan abah..terasa berdosa..abah, maafkan ayak atas segala dosa ayak pada abah..terlalu banyak rasanya abah terasa hati dengan ayak tapi percayalah semua itu adalah bukan niat dan jiwa muda terlalu menguasai..maafkanlah~~~
kalau nak ikutkan terlalu banyak kenangan yang dilalui dengan abah..sejak kecil abahlah yang menemani kalau pergi kemana-mana..masa sekolah rendah abah yang hantar dan ambil..kalau nak apa2 tak pernah tak dapat..semua yang dihajati pasti akan diperolehi..
masih ingat lagi waktu darjah 1, kasut hilang kat sekolah sebab masa tu ada event kat dewan sekolah..kasut semua kena tinggal kat luar dalam barisan kelas masing2..dengan jayanya dan tak malunya telah menangis..sampai semua budak2 yang ada tengok slack je..ahh tak peduli..kasut hilang ni..takut kena marah lagi..pastu abah datang..tanya nape menangis..ada plak student2 abah kat situ..masuk dalam keta kena marah sebab menangis tanpa malu depan orang ramai..padan muka!!haha!!tu la nangis lagi..petangnya dapat kasut baru..kikiki!!!betapa kasih dan sayangnya seorang ayah..
masa sekolah menengah, form 3, ada perjumpaan ibu bapa dan guru student yang nak ambil pmr..tapi waktu ni abah tak dapat datang sebab abah ada hal lain yang tak dapat dielakkan..menangis seyhh..haha..tengok parents orang lain datang..pastu plak abah tak pernah gagal untuk datang event yang macam ni..sedih..first time tu..balik rumah je terus gi nangis kat cik pastu abah kata lain kali abah mesti pergi..kali ni memang betul2 ada urusan yang tak dapat dielakkan..pastu da ok..hehe..
dulu waktu kecik2 abah selalu bawa aku dan adik g sungai..hobi abah adalah menjala ikan..selalu abah gi jala ikan aku dan adik akan main2 kat tepi sungai..haha..seronoknya..main2 sampai basah..abah dapat banyak ikan..selalunya ikan yang kecik2..boleh makan tanpa buang tulang..my favourite..huhu!!sampai rumah cik akan goreng ikan tu..pastu makan cam tu je..lagi best kalau makan dengan nasi..bestnye2!!andai saja dapat aku ulang waktu tu..seronoknya..
memang diakui abah sangat garang..tahap kegarangan abah memang diakui menakutkan..tapi setiap bapa pun macam tu..abah dah berjaya mendidik anak2..kami semua berjaya..walau ada saja pantang dan halangan tapi itu semua hanyalah kerana kasih sayangnya..kalau boleh abah mahu anak2 di depan matanya selalu..tapi kalau berjaya kita mesti berkorban..pengorbanan itu membuahkan hasil..percayalah bahawa kerana kasih sayang abah kita adalah kita hari ini..
kadang2 kita rasa tak puas hati..ada saja yang tidak kena sebab kemahuan kita tak dituruti..kadang2 kita salahkan orang lain kerana kegagalan kita tapi kita tak pernah sedar bahawa hidup kita dilingkungi qada' dan qadar..ada yang boleh berubah tapi kalau memang itu adalah terbaik buat kita Allah pasti tetap dengan perancangan-Nya..oleh itu janganlah kita menyalahkan orang lain hanya kerana kita merasa kita adalah suatu kegagalan..percaya dan yakin bahawa redha Allah adalah dengan redha ibu bapa kita..berbuat baiklah dengan mereka selagi mana mereka masih ada..walau pun cik ibu yang tersayang tiada lagi disisi tetapi abah masih ada..berbuat baiklah dan senangkanlah hatinya..
tiap kali ke kubur cik abah pasti berdoa untuk isterinya yang tersayang..walau abah garang tapi abah sangat menyayangi cik kerana cik adalah isteri dan ibu yang terbaik..owhh ak rindu....rindu untuk berada di antara mereka seperti dulu..
jarang terlihat air mata abah mengalir tapi masih segar dalam ruang memori ini dulu abah pernah menitiskan air mata di pagi hari raya aidilfitri di saat cik kucup tangannya dan memohom maaf atas kesilapan sepanjang hidup bersama..sewaktu cik dihospital abah datang menemani dan menenangkan..betapa saat itu aku merasakan betapa abah sebenarnya sayang sangat dengan cik tapi abah adalah lelaki melayu yang tipikal..tidak menunjukkan kasih sayang secara terang-terangan tapi kasih sayang itu ternyata tidak berbelah bahagi dan tersirat disebalik tingkah dan perbuatannya.. pernah sekali selepas pulang dari pusara cik aku lihat abah mengesat air mata..sedih..aku pula yang berlari masuk ke bilik..tersedu-sedan sorang2 tak pe..kalau orang tengok malu la..pasti sangat sedih kan bila teman yang bersama menghadapi susah senang, teman yang selalu menggembirakan sewaktu pilu telah tiada..pasti abah juga tak pernah terfikir hal ini..dlu masa masih kecil pernah terdengar abah cakap kat cik "kalau ambe gi dulu......."(kalau saya pegi dulu)....sungguh aku tak sanggup...
memang masa kecik2 dulu aku suka sangat ikut abah dengan cik pegi mane2..sampai ada orang sound "ngikut sokmo"..ehh ske ati saya la makcik..bkn makcik kne dukung sy pn..haha..seriously waktu jalan dengan abah aku rasa selamat..kalau demam abah akan basuh kepala aku dengan air sejuk aku rasa sangat best..jadi antara ciri2 lelaki idaman saya adalah orang yg apabila saya dengannya saya rasa selamat dan saya rasa best..tapi setakat ni takde lagi la..hihi..
oleh itu, sempena hari bapa esok, dengan penuh kasih sayang aku nak mengucapkan selamat hari bapa pada abah saya..terima kasih atas segala-galanya..semoga abah sentiasa sihat walafiat..dilindungi Allah selalu..dipermudahkan segalanya..ayak sayang abah =)..oh tak lupa juga pada abang2 saya..hehe..abg jo and abg mie..happy father's day juga buat kamu ye..hehe..
yours truly,
dyawithluv
0 comments:
Post a Comment