Wednesday, August 31, 2011

Tetamu Aidilfitri

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 6:50 PM
Assalamualaikum wbt..
Amacam penat melayan orang datang rumah?Nama lagi raya siyes penat tapi siyes best!Lepas 3 kali beraya tanpa mak, ni la tahun pertama ramai giler orang datang rumah.

Sebelum pape, selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 54 ye rakyat Malaysia.Semoga Allah memelihara kemerdekaan ini!

Berbalik kepada bab raya, dulu2 ingat lagi, time raya memang kita orang takleh gi jalan2 raya belah siang sebab ramai kawan2 my parents datang.Siyes best giler sebab dapat rasa kemeriahan raya. Start raya 2008 sampai 2010, tak ramai sangat da cam dulu.Memang sejarah la aku tido di hari raya.Raya tahun 2008 tu, aku cam tak percaya aku boleh tido siang pakai baju raya.Selalunye aku pakai cun2, bibir kasi lipstick wane pink pastu basuh pinggan kat dapur.Hehe standard la raya.Kena pakai lawa2 kan.Siyes la 2 tahun tu agak suram.Satu sebab my mom da tade and dua sebab kawan2 my parents pun da cam ala2 lupe je abah aku ada je kat rumah ni.

Tapi alhamdulillah tahun ni, start dari semalam kawan2 dan sedara mara tak putus2 datang. Walau pun keje aku membersihkan gelas dengan pinggan mangkuk kat dapur tapi tetap gumbira sebab cam ni la baru raya!Hihi!Setiap kali raya aku tau aku ada ramai kawan.Sume bebudak SKKB, SMAM and Kusza.Geng2 degree sume duk jauh2.Gembira sebab walau pun sekarang sume da besar2 tapi masih tak lupe kengkawan kat kampung.Best tengok sume da ada kerjaya masing yang boleh dibanggakan.Cam tak caye kot kalau tengok diorang masa sekolah dulu leh jadi cam diorang yang hari ni.Siyes aku bangga dengan kawan2 aku.Hihi!Korang memang maju lah!

Kalau hari raya mesti amik gambar kan.Tak syok la entry tanpa gambar.Ibarat nasi kapit (himpit) tanpa kuah kacang!Hihi!


yours truly,
dyawithluv

0 comments:

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez