Friday, July 8, 2011

Tak faham dengan wanita yang tahu hak?

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 10:14 PM
Saya tengok satu drama kat tv3.Tahajud cinta rasanya tajuk cite ni. Pelakon die Fazura, Fouziah Ghous pastu ramai lagi la. Kisahnye Fazura dan Fouziah ni blaja kat oversea, negara Timur Tengah la sebab diorang asik cakap Arab je. 

Mula2 rasa cam best gak cite ni tapi sampai kat tengah2 cite, saya dengar si Fouziah ni cakap satu line yang lebih kurang macam ni "aku tak faham betul la dengan perempuan2 yang sanggup turun naik mahkamah sebab nak dapatkan Rm500 sebulan."

Apa pandangan korang?Sependapat dengan line tu?Bagi saya itu rubbish!Line tu jugak mengingatkan saya pada kes seorang artis laki ni yang bersungguh2 defend diri tak bersalah tak bayar nafkah anak2 die.Kes tu bukan satu2nya kes laki lari dari bayar nafkah.Ada banyak lagi yang kita tak tau. Kalau tak caye bukak Jurnal Hukum.Tengok sendiri ada bape banyak kes macam tu.

Berbalik kepada line dimaksudkan, saya wonder, sama ada penulis skrip ni wat research ke tak dulu sebelum came out dengan skrip ni. Kalau perempuan2 yang tengah menghadapi masalah kewangan sebab bekas suami tak bayar nafkah, apa perasaan diorang?Meletakkan diri di tempat diorang, rasa tak tekanan yang diorang hadapi?

Memang tak dinafikan, perempuan memang boleh cari duit sendiri dan berdikari. Malah zaman sekarang ni, normal kalau pempuan lagi banyak duit dari laki. Walau bagai mana pun, isu naik turun mahkamah sebab nak tuntut nafkah bukan semata2 sebab duit tapi ianya adalah tentang hak, menyedarkan lelaki tentang tanggungjawab mereka terhadap anak, dan jugak tuntutan Islam sendiri.

Tentang hak, bila pasangan suami isteri berpisah, anak2 berhak untuk mendapat nafkah dari bapa. Hubungan suami isteri memang terputus tetapi bapa dan anak tidak akan terputus. Sehingga si anak mencapai umur majoriti, si bapa wajib untuk menanggung anak, walau pun ibu bekerja.

Ada di kalangan lelaki yang seolah2 melupekan anak dengan bekas isteri bile ada isteri baru. Anak dengan isteri baru je anak die.Anak dengan bekas isteri anak buluh betong agaknye!Ini adalah sangat tidak bertanggungjawab. Ingat la, anak itu amanah Allah untuk ibu bapa. Amanah ini mesti la di jaga dengan sebaiknya. Dididik supaya menjadi hamba Allah yang soleh, anak yang taat kepada ibu bapa, dan menjadi insan berguna untuk agama, bangsa dan negara.Tapi kalau nafkah anak pun tak nak bagi, ikut celah mana nak didik anak nak jadi orang berguna?

Syariat dah menetapkan, seorang bapa wajib memberi nafkah kepada anak2 walau pun ibu bapa dah bercerai. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 233,  Allah berfirman yang maksudnya: "dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan ke atas bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya."

Ayat ni menunjukkan kepada kita bahawa, seorang ayah bertanggungjawab menanggung anaknya. Tak kire la die masih bersama ibu atau pun die da berpisah dengan ibu. 

Kesimpulannya, saya berpendapat, wanita yang turun naik mahkamah sebab nak dapat rm500 sebulan tu adalah wanita cerdik yang tau hak anak2nya. Bertuahnya anak2 yang punye ibu yang sanggup bersusah payah untuk mengembalikan hak mereka sebagai anak. Sedihnye kalau betul ada wanita2 kat luar sana yang sama berfikiran macam skrip ni. Kalau bukan wanita yang memahami wanita, siapa lagi?

yours truly,
dyawithluv

3 comments:

Anonymous said...

setuju sgt!

alongwani said...

aboslutely....btul tu die...
alg ske r statement "wanita cerdik"
kdg2 bkn sbb nilai, tp tanggungjwb tu prlu dilaksanakn...

Hidayah Deiya Aledruce on July 12, 2011 at 8:52 PM said...

tia:thanx!
along:thanx along!betul..duit mmg boleh cari tp klu xjlnkan tanggungjwb nati Allah soal kt akhirat..

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez