Monday, January 3, 2011

Sekolah hari pertama

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 4:37 PM

Salam selamat tahun baru!

Ok tak abih lagi saya dengan tahun baru saya.
Sape tengok berita malam tadi?Saya tak tengok tapi kak long saya tengok. Kelakar giler dengar cerita budak-budak yang baru masuk darjah 1. Haha!Comel!Lama-lama comot la.Bukan boleh tahan lama kan kecomelan budak-budak ni.

Semester baru da bukak. Saya masih di rumah. Mungkin esok baru balik hostel.Perhatian:Mungkin!Saya pun tak tau nak balik hostel bila. Tak rasa rajin la semester ni.Macam la semester-semester lepas rajin sangat kan.

Tadi lalu depan sekolah.First day pergi sekolah hari ni sume kemas-kemas je. Tudung cantik elok. Baju licin for sure iron penuh keseungguhan dan kasut putih melepak. Teringat waktu dolu-dolu. Cett kenangan sepanjang zaman le pulak.

Asal masuk je penggal persekolahan baru kasut, beg dengan baju nak kena baru. Tak masuk lagi stationery. Sume nak beli baru padahal tahun lepas punya elok lagi. Tapi sengaja letak merata-rata.Biar hilang.Boleh beli baru.Hehe.Sebelum sesi baru start, macam tak sabar-sabar nak gi sekolah. Berangan itu la ini la nak buat itu la nak buat ini la. Try sume baju, kasut dengan beg. Siap testing2 lagi nak lipat tudung cam mane pulak nanti.

First day sekolah rajin la gi la.Rajin nak gi sekolah sebab nak jumpa kawan-kawan. Kan lama tak jumpa time cuti. Pastu sampai sekolah best sebab cikgu masuk kejap je. Suka awal-awal tahun sebab cikgu sume busy.Haha! Pastu dalam class sume orang bercakap.Banyak cerita nak update. Maklum la zaman dulu mana la kita orang ni ada handphone. Tuan punya Facebook pun tak terpikir lagi kot nak create benda tu. Memang minggu pertama tu tak kan cukup la nak update cerita. Sambung pulak minggu kedua tu. Tapi bila lama-lama tu datang da la malas dia. Terigau-igau akan cuti. Asal hari khamis datang je suke sebab jumaat da cuti.Hari sabtu sedih sebab ahad sekolah.

Bagusnya kalau rajin nak balik "u" ni macam rajin nak gi sekolah hari pertama. Bila nak start class da tu ada je datang idea lain nak buat.Haissh!Tak boleh jadi. Anyway, saya da masuk semester yang terakhir pada tahun akhir.Suka!Sebab tak lama lagi nak abis belajar dah.Tapi kata orang yang da keje, belajar lagi best.Entah la.Mungkin.

Takpe la yang tu kita pikir kemudian. Sekarang kita pikir dulu bila nak balik hostel ni.



saje2..hehe..takde kaitan.
yours truly,
dyawithluv




0 comments:

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez