Sunday, December 5, 2010

Untuk kamu chocoholic

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 8:31 PM

Sedapnya kan makan coklat. Rasa macam nikmat semacam je. Manis ada pahit ada masin pun ada.Cukup lengkap tapi masam tidak la. Kalau rasa masam mungkin something wrong kot dengan coklat tu. Lagi best rasa coklat ni (even makanan lain pun) kalau orang yang bagi. Rasa indah sebab orang bagi.Tak ada la duit kita keluar kan? Ada sapa-sapa mahu bagi saya coklat?Ok just kidding.Saya tak ada la kedekut beno sampai coklat satu bar pun nak suruh orang bagi. Mengada-ngada sangat ok. Nak makan beli sendiri!Eh nape pulak saya yang macam nak marah ni?Oo sebab tak pernah ada orang bagi walau satu bar kecil coklat rupanya. Patut hangin semacam. Kes jealous.


Normal bagi kita kalau masa tengah tension atau sedih rasa nak makan coklat. Kenapa ya? Bukti saintifik menunjukkan bahawa dalam coklat ada sejenis bahan kimia yang stimulate otak kita. Kita akan rasa coklat tu sedap dan mood tenang semacam. Ianya akan menurunkan kadar tekanan yang dihadapi. Selain itu juga, dalam coklat ni ada antioksidan yang gagah perkasa untuk melawan virus jahat yang menyebabkan penyakit.


Apa perlu kita makan coklat waktu kita belajar?Selama ini duk makan coklat time study sebab lapar. Makan coklat rasa kenyang pastu rasa cam bertenaga. Memang la kan sebab coklat tu memang mengandungi banyak tenaga. Coklat baik untuk otak dan mood kita akan rasa cam okay je memanjang.Bahan kimia dalam coklat ni akan merangsang pengeluaran endorphins yang berupaya meningkatkan daya tumpuan dan kosentrasi.


Manakala susu coklat pula akan meningkatkan daya ingatan terhadap apa yang kita buat dan lihat serta meningkatkan daya kawalan impuls dan reaksi kita terhadap apa yang berlaku di sekeliling. Coklat yang warna hitam tu melambangkan mutu keunggulan. Haha!Itu auta. Saja saya reka. Coklat yang gelap tu kaya dengan flavanols yang boleh meningkatkan pembekalan (ada ke eh pembekalan?hentam je la labu) darah ke otak sekali gus meningkatkan kemahiran kognitif.


Sesetengah pendapat kata coklat tak elok untuk orang yang mengidap migrain tapi sesetengah lagi kata migrain ni bukan sahaja disebabkan oleh coklat. Malah stress dan perubahan hormon juga boleh menyumbang kepada sakit kepala migrain. Ada eh orang tak nak makan coklat sebab nanti muka naik jerawat? Oo baru ku tahu. Menurut kajian, glycaemic index (GI) diet yang tinggi ditambah pula dengan karbohidrat yang tinggi berkait dengan jerawat.Ahh masalah negara betul kalau keluar jerawat ni. Tetibe stress sebab jerawat!

Obesiti yang sering dikaitkan dengan coklat pula bukanlah 100% disebabkan oleh coklat. Malahan ianya bukanlah disebabkan oleh makanan tertentu. Faktor penyumbang obesiti adalah makan secara tak sedar diri tak ingat dunia dan tak beraktiviti. Orang yang mengamalkan diet yang seimbang dan sihat tidak perlu bimbang kalau makan coklat ya. Dalam koko ada catechins yang mampu melindungi tubuh kita dari penyakit seperti kanser dan jantung. Coklat yang gelap tu adalah sumber terbaik kepada catechins. Kandungan antioksidan dalam coklat pula adalah lebih tinggi berbanding di dalam teh.

So macam mana chocoholic?Gembira kan rasa bila mendapat tahu kebaikan-kebaikan coklat? Walau bagaimana pun, kita kena beringat, makan jangan berlebihan. Makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Tu pesan Rasulullah kepada kita umat Baginda. Bak kata pepatah ambil yang jernih dan buang yang keruh.Cam mana nak relate dengan pepatah ni?Entah! Rasa cam sesuai je.Satu lagi, rezeki jangan ditolak,bala jangan di cari.Cam mana nak relate?Kalau orang bagi coklat tu ambil je tapi sebelum makan tu baca Bismillah betul-betul.Jangan sampai sebab satu bar coklat kita serahkan hati pada orang yang tak sepatutnya. Apa yang saya merepek ni?Entah!Layan je la.

Rasa nak makan coklat!Eh jap yang sebenarnya saya pernah dapat coklat. Amar dengan Iwan bagi. Lupa la pulak. Sorry and thanks for the chocolate!


yours truly,
dyawithluv

2 comments:

aisya on December 9, 2010 at 11:45 PM said...

rase nak makan coklat pulak.. tapi mane nak carik malam2 macam ni.. huhu

Hidayah Deiya Aledruce on December 10, 2010 at 11:04 PM said...

huhu!esok pagi2 gi kedai bli coklat eh..hihi..

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez