betapa saya harap saya hanya bermimpi dia tiada..saya rindu..rindu untuk bercerita dengannya tentang sekolah, tentang kawan2, tentang orang yang saya suka..tentang betapa susah saya belajar, tentang kejayaan, tentang kehidupan..saya masih mahu menangis diribanya di kala saya sedih..
mengapa ibu dan bapa juga menjadi sebahagian dalam ujian untuk kita?bukankah mereka
tempat untuk kita mengadu?pernah seorang abang berkata pada saya ketika saya mengadu masalah padanya "mak ayah kan ada..cakap la kat diorang kalau ada problem"..sejak itu saya sedar seolah2 tak ada orang lain boleh dengar masalah kita dengan ikhlas melainkan ibu bapa kita..tapi kini ibu tiada lagi dan bapa tidak patut dibebani dengan kesedihan saya..dia tidak akan faham..dia terlalu keras..kisah hidupnya mengajar dia untuk terlalu tegas..saya rindu ibu saya..hanya dia yang boleh menenangkan saya waktu saya kesedihan keterlaluan..orang lain tak sama..saya perlukan kekuatan..bimbang saya tak mampu lagi untuk terus bertahan..bimbang tak punya keteguhan lagi untuk terus mengabaikan perasaan sendiri..takut gagal dalam mengawal emosi..takut jika saya gagal untuk terus menyembunyikan kesedihan dan
kekecewaan di sebalik senyum..
hidup tak pernah lepas dari dugaan..dari sekecil2 benda hingga ke yang sebesar2nya boleh jadi ujian..ada orang hidupnya sentiasa dilingkungi ujian..lepas satu2..tapi untuk menenangkan hati sendiri fikirlah bahawa semua orang ada masalah..masalah kita bukan masalah satu dunia..tapi ada orang masalah sikit mengadu..ada orang tade tempat mengadu..sudahnye?simpan kesedihan sendiri..bermonolog menyedapkan hati sendiri..ada orang dengan mudah melampiaskan kemarahan untuk memuaskan hati sendiri..beruntungkan mereka?lepas marah..hati lega..kadang2 mahu jadi seperti mereka tapi kita tak boleh jadi orang lain..manusia berbeza..pembawakan juga berbeza..kita adalah kita dan mereka adalah mereka..
saya rindu ibu saya =(
yours truly,
dyawithluv
0 comments:
Post a Comment