malam tadi saya gi festival novel 1 malaysia kat terengganu trade centre..tak banyak sangat booth tapi booth yang ada tu ada banyak novel..best gk!saya mmg giler baca novel..tapi sedar tak sedar rupe2nye saya da lame tak baca novel!how come?!rasa cam rugi plak..bukan apa tapi sebab membaca tu kan antara salah satu cara untuk keep our mind active..
seorang lecturer saya pernah bercerita tentang Prof.Ahmad Ibrahim..pada hari terakhir hidupnya beliau telah menyiapkan buku karangan beliau yang terakhir!kalau tak silap usia beliau waktu tu da 80 lebih kot..still masih boleh menulis buku tentang law!hebatkan?sebab itu penting la menjada ingatan kita..kesian kan orang2 yang kena nyanyuk or Alzheimar..mereka lupe..lupe segala memori indah dalam hidup diorang..semoga Allah melindungi kita sume ye =)
budaya membaca kat Malaysia ni takla sehebat kat negara2 maju cam Jepun ke kan tapi sebenarnya budaya ini boleh dipupuk..sumenye kena la bermula dari umah..parents sendiri kena start..kalau nak harap anak kecik tu mane la dia tau pape..kan ibu bapa yang mencorakkan anak2..dua perkara yang saya nak highlights adalah:
- ajar anak tentang buku dan bagi dia baca
- jangan perlekeh bahan bacaan yang dia suka!
ajar anak tentang buku dan bagi dia baca..saya ingat lagi masa saya kecik dulu, kat umah saya ada banyak buku..sejarah, ensiklopedia, novel, etc.all belong to my dad..mungkin kerana abah seorang cikgu dan sangat suka membaca..even sampai ke hari ini pun..dalam bilik abah sendiri ada banyak buku..skang penumpuan lebih kepada buku2 agama la of course..ini sebenarnya secara tak langsung menimbulkan minat anak juga..bila da ada minat tu kan bawak la gi kedai buku..pastu suh dia pilih buku apa yang dia suka..mak ayah pun belikan la juga untuk anak..kang kalau dipilihnya buku mewarna je..cam ne nak baca?so kena balance la kan..
then bila anak2 da reti nak beli buku2 sendiri (gi beli sendiri tapi duit minta ngn mak ayah..haha!) jangan pernah condemn apa yang dia baca..nati dia putus angin nak teruskan..asyik kena condemn kan lama2 naik menyampah!so teruskan galakan..hal ini kerana (cikgu BM saya masa sekolah mest gembira ni) apa yang kita baca akan bersilih ganti bertukar mengikut tahap umur kita..trust me!
untuk meningkatkan penguasaan bahasa, pembacaan secara berterusan itu penting..pastu kena la baca buku English juga..magazine pun ok!ayat2 dalam magazine lebih mudah..kalau tak boleh berbahasa secara bombastik pun, takde la kita blur2 je kan kalau orang lain ckp omputih..maksudnya di sini, pelbagaikan bahan bacaan kita sama ada dari bahasa dan jenis..dalam masa yang sama, pemikira kita akan lebih terbuka..
huhu!!cam wat karangan kat sekolah lak rasa.."Kepentingan Membaca"..hihi..bukan nak tunjuk pandai tapi saja nak share..membaca jambatan ilmu..we are what we read..so selamat membaca =)
jumpe lagi!
yours truly,
dyawithluv
0 comments:
Post a Comment