Wednesday, September 1, 2010

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 7:04 AM

salam..
good morning =)
semoga sihat2 je sume org..
ari ni da hari ke 23 kite puasa..tinggal lg 7 ari je la kan..da masuk fasa yang ke tiga pun dalam bulan ramadhan ni..seperti yang kita tahu (cam karangan masa skolah dlu x?haha!!) bulan ramadhan ni ada 3 fasa..pertama 10 hari terawal adalah rahmat, 10 hari yg kedua adalah keampunan dan 10 hari yg terakhir tu keselamatan dari api neraka..banyakkan tu kelebihan yang Allah bagi..tapi as far as my observation concern(kalau classmate aku mesti tau aku amik ayat sape ni), 10 hari yg terakhir ni cam da kurang kan orang2 yang nak rebut keselamata dari api neraka tu..atau observation aku yang tak kena pada tempat?huhu!!entah..contoh paling senang terawih kat masjid..masa awal2 puasa dulu penuh org kat masjid tu..tapi lame2 makin kurang..kalau aku g lambat da dekat2 dengan azan isyak pun still aku bleh terus je g duk barisan kedua (sebab makcik2 da reserved tempat diorang kat depan skali dan diorg datang awal..tabik ak makcik2 ni cam me diorg leh bersiap awal g masjid..hihi)..time balik ble da habis 8 rakaat pn xramai gak orang..ke aku je yang wat 8?org lain wat 20?erkkk patut la.. tapi betul la adik aku ckp ustazah die pun cakap cam tu..memetik kata2 ustazah yg aku pn tak kenal tu(skali lagi gaya bahasa BM penulisan..) "memang ramai org nak rahmat je, selamat dari api neraka org xnak plak"..(begitu la isi pentingnye..byk lg yg die cakap tapi ak plak da lupe..).. tapi semalam aku pun tak gi masjid gak sebab nak wat assignment professional practice & ethics (hambik name penuh aku bagi..sib baik tak bagi kod kursus..)..dah ak bertungkus lumus siapkan pp tu alih2 xleh bukak kelip (website dimana assignment kena hantar)..mesti bleh rase ape ak rasa kan??haishh!!tapi rupe2nye ramai je lagi org tak hantar so tak pe la..kembali lega..fuhh~~~


oleh itu, ni aku nak share psl kelebihan 10 malam terakhir ni..sama kesannya dengan kalau kita tulis nota, kita akan baca sebelum wat nota, sama jugak dengan penulisan blog ni, kalau tak baca aku tak tau nak tulis ape so sebab nak tulis kat sini aku kena baca artikel sal bulan ramadhan..kesimpulannya aku da tau sedikit sebanyak psl kelebihan bula mulia ni..(walau pun tak sumenye ingat dalam kepale)..hihi..erkkk..adakah anda yang sedang baca bleh appreciate paragraph ini?sebab aku pn cam tak bape nak faham ayat2 dalam para ni tapi aku tau maksudnye..mode:kurang pasti sampai maksud ke tak eh para ni?hehe..abaikan la sebab aku suke je wat entry panjang..huhu..

ok2..kelebihan 10 malam terakhir =)


  • Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;

    “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

    Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:

    “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

    Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

  • Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

  • Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

  • Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

  • Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

    Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

  • Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

    Bilakah Lailatul Qadar?

    Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)

    Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

    Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

  • Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
  • Syarat sah iktikaf:
  • Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.

    Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat.

    Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.

    Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan.

    Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.

    Perkara yang membatalkan iktikaf:

  • Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.

  • Murtad.

  • Hilang akal kerana gila atau mabuk.

  • Datang haid atau nifas.

  • Jimak. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)
  • Perkara yang sunat dilakukan.

  • Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.

  • Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.

  • Perkara yang harus dilakukan.

  • Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.

  • Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.

    Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

    yours truly,
    dyawithluv

    0 comments:

    Post a Comment

     

    Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez