Thursday, August 12, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ♥

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 5:15 PM

alhamdulillah kite dah pun berada di hari ke 2 dlm bulan ramadhan..sekejap je kn..rasa cam baru lagi sambut raya thn lepas da msk bln puasa tahun ni plak..masa berlalu..tak tunggu kite.pandai2 la kite kejar masa tu..kalau tak nati kite gak yang rugi..

cakap pasal bulan puasa ni kan ni da masuk tahun ke 3 ak sambut puasa tanpa my beloved mother, chik..rindunye...al fatihah n semoga chik tenang dan bersama para solihin di sana disamping Allah Yang Esa...

teringat plak masa chik ada lagi dulu kan selalu ikut chik n abah gi masjid solat terawih..20 rakaat relax jek..skang ni 8 rakaat pn dah ak terbilang2 bape rakaat lagi nak abeh..adehh berat nanang..ibadat2 xyah la berkire2..buat je la kan..tapi ye la nama lagi kite ni manusia biasa..

hari selasa baru ni kan kite solat terawih yg pertama utk ramadhan kali ni..ak gi masjid unisza dengan ida and tia..tia drive keta pah sbb keta ak amar n iwan gune..owhh lupe mekasih ye amar sbb bagi aku durian tu..sgt sedap..pengakuan jujur: aku adalah peminat durian yg tegar..haha!!sgt suke mkn durian..ehh2 pose2 jgn ckp bab makanan..kurus pahala pose insan yg berpose nati..hihi..

sempena dgn bulan ramadhan yg mulia ni ak nak share ngn la psl kebaikan2 di bulan puasa..semoga kita semua dikurniakan keberkatan dan keredhaan Allah..utk diri ak sendiri atau sape2 saje yg melintas di sini aku juga mendoakan agar kita beroleh segala manfaat yang ada di bulan yang menjanjikan rahmat yang tidak terkira ini..


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

renung2kan dan selamat beramal~~~~(pinjam kate2 prof izi..hihi)


yours truly,

dyawithluv

4 comments:

Mohamad Azhaari Shah Sulaiman on August 13, 2010 at 5:47 PM said...

Selamat berpuasa di bulan ramadhan ya ukhti ^_^

Hidayah Deiya Aledruce on August 13, 2010 at 7:06 PM said...

slmt berpuasa utk awk juge ya akhi =)

Diary Qol on August 27, 2010 at 3:14 PM said...

selamat berpuasa dya. terima kasih atas perkongsian ini..sgt bermakna

Hidayah Deiya Aledruce on August 27, 2010 at 11:02 PM said...

slmt berpuasa..sharing is caring =)

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez