Thursday, July 1, 2010

Wanita

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 5:54 PM
isu bertudung atau tak ni mmg da lame kan tapi still org2 kat luar sana tak puas lagi nak bincang..dulu aku tak kisah pun..suka ati korang la nak pakai tudung ke tak..sume da besar kan..bukan tak tau agama..bukan tak tau kewajipan masing2 sebagai muslim..tapi lately banyak sangat isi perbincangan isu ni yang seolah2 hentam org yg pakai tudung..macam2 la..pakai tudung tapi perangai cam ntah ape2 la..pakai tudung tapi baju ketat la..mmg ak tak nafikan benda tu berlaku..tapi jgn la komen mcm hina sgt org yg pakai tudung tapi pakai baju ketat or perangai cam tak elok tu..

personally mmg aku bengang dengan org2 yg sesuke hati je komen cam tu..tak akademik langsung ok..tolong la bila nak bagi pendapat tu rasional sikit..tak banyak pun takpe asal ada rasional tu sikit..aku tau banyak orang kat luar sana tu cakap org yg tak pakai tudung tu kene la slow2 kalau nak start pakai..ok go on..slow2..take your time..selagi mana ajal belum sampai selagi mana nyawa belum sampai ke halkum selagi mana dunia masih belum kiamat..

org yg pakai tudung, walau macam mane pun dia at least dia tutup rambut dia dari dilihat bukan muhrim..sekurang2nya ada tuntutan agama yang dah dia tunaikan..tolong la people,jangan la negatif..jangan la sempitkan pemikiran..aku kesian tgk org2 yg asyik komen negatif ni..kesian sebab dia tak leh nak berfikir dari sisi positif..bagi aku pendapat yang baik adalah pendapat yang boleh bagi pro dan kon..bukannya hentam sesuka hati sampai melukakan hati..

hal2 agama ni bukan hal mainan..bila masuk bab hukum mana boleh sesuke ati je nak kate..kalau tak cukup imu agama di dada tuntut la ilmu tu dulu sebelum bagi pendapat..takut nanti tak psl2 lak tergelincir..igt la menghina hukum Allah itu adalah sama seperti menghina Allah..jadi semoga kita semua dijauhkan dari melakukan dosa seperti itu..nauzubillah hi min zalik..

tujuan aku wat entry ni bukan la nak condemned org xpakai tudung..jgn salah faham k..aku cuma tak puas hati dengan org2 yang komen bukan2 psl perempuan bertudung..kadang2 aku rasa komen tu keterlaluan..seolah2 dah tak ada jalan org2 bertudung tapi pakaian ketat dan perangai ntah cam ape ni nak jadi lebih baik..

aku teringat masa aku skolah menengah dulu sorang ustaz ak, name ustaz tu ustaz nasir..penah cakap yang budak perempuan ni bengkok mcm tulang rusuk..adalah tugas lelaki untuk membetulkan bengkoknya bdk perempuan..mula2 ak dgr ustaz ckp cam tu aku nak mrh jgk..nape plak kita org bengkok??baik sgt ke bdk laki smpi diorg boleh betulkan kita orang??tapi sekarang aku da paham dan aku teringat juga kata2 ini:

hawa adalah dari tulang rusuk adam,
wanita bukan lah untuk diletak di kepala untuk dijunjung,
bukan untuk diletak di kaki untuk dipijak,
tapi adalah untuk di letak disisi untuk dilindung dan untuk dikasihi...

jadi konklusinya, sama ada wanita tu bertudung ke freehair ke lelaki masih jugak berperanan untuk memimpin..jgn la anggap wanita yg bertudung tu punya hati konkrit dan tak perlukan lagi bimbingan..manusia tak sempurna..iman kita ada naik dan turunnya..kita bukan malaikat atau nabi yg iman semakin bertambah dan imannya yg kekal begitu..kita manusia biasa yg perlu untuk saling melengkapi..jgn la hentam saje..sama2 la kita ingat-mengingati dan hijrah ke arah yg lebih baik...

mmg tak dinafikan wanita zaman sekarang ni independent, iron lady, mampu buat apa saja sendiri tapi still kita perlu saling memperingatkan antara satu sama lain agar kita tak terpelecok ke dari jln yg sepatutnya..

hayati lirik ni dan sama2 fikir...

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
http://www.free-lyrics.org

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Engkaulah wanita istimewa

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Wanita by Dehearty..





yours truly,
dyawithluv

2 comments:

Syahidah Mohammad on July 1, 2010 at 11:50 PM said...

Wah....sgt mmbuka minda.bagus3...btw,mne Kdya bce org duk meng'utuk' pmakaian tdung ni?Hangin plak rase mcm nk bce....huhu

Hidayah Deiya Aledruce on July 2, 2010 at 1:13 AM said...

huhu..mekasih2..sbnrnye da lame kakdya bace..kat internet ni bykkan isu2 sal tudung ni..pastu ada lagu tu ape minah tudung ke ape tajuknye?da lame hangin tp ni br tergerak nk bg opinion..

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez