Saturday, January 8, 2011

Musim winter sonata

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 4:04 AM
Cepat-cepat rasa nak buat entry baru sebab tak sanggup nak tengok Because i'm stupid tu lelame duk atas sekali.Ehhe..Tapi makan masa sehari jugak la duk pikir nak merepek apa kat sini.

Finally, eh cepatnya final. Semester baru je start seminggu eh.Class pun takde lagi.Jangan nak berangan nak final.Fengom tak kat situ?I've made up my mind nak cakap pasal kesejukan di musim tengkujuh ni.

Serius cakap sejukkkk sangat kat Terengganu ni sekarang.Macam kat London.Ehhe..Tipu je.Kurang sejuk sikit je la dari London. Tapi memang sejuk sangat sampai duk dalam rumah pakai sweater dan stoking. Bangun tido pukul 1 pun ingat pukul 8 baru. Serius!Kalau sapa-sapa nak rasa originally sejuk ala-ala winter sonata gitu meh la duk kat Terengganu ni bila tiba musim hujan. Nescaya anda akan percaya apa yang saya tengah melalutkan ni.

Tu sejuk tu belum cakap kalau tersentuh air lagi. Arghhhhhh!Sejukkkkkk!Ya ampun terketar-ketar nak mandi pagi yang tak berapa nak pagi dan bila nak amik wudhuk. Memang la ada heater tu tapi tak thrill mandi pakai air panas.Haha!

Hujan tak berenti since last week. Kalau tak lebat pun renyai-renyai je tapi memang tak berenti la hujan turun. Da lama tak tengok sinaran mentari di langit yang cemerlang dan sinaran bulan bintang di dada langit pun tak mampu kelihatan. Yang ada cuma awan gelap dan pekat malam.Cehh!See winter sonata punya pasal.Kan da terbermadah.Hihi!

Banjir pulak tak payah cakap la.Da ramai orang yang kena pindah.Luckily rumah ni bukan area yang naik air.Mujur Alhamdulillah. Sebabnya?Kat sini ada sungai yang besar dan ada Empangan Kenyir.So setakat ni selamat lagi la semoga selamat sampai bila-bila pun.Susahnya kan kalau rumah kena banjir.Mesti dalam rumah kotor pastu barang-barang basah.Tak campur lagi dengan bahaya-bahaya yang yang tak terjangka. Contohnya macam kat Queensland kan, da la banjir pastu ada pulak bahaya ular dengan buaya.Ouchh!Dua-dua tu sangat bahaya!

So di musim sejuk + banjir ni, jaga kesihatan, keselamatan dan kebersihan ya.Time-time cam ni mudah sangat penyakit nak berjangkit.Minum air bersih tau. Mandi at least sekali sehari. Ehhe pesanan penaja yang last tu macam tak berkaitan sangat tapi rasanya penting.Maklum la musim-musim sejuk ni memang tak kuasa nak duk lelama bawah air tapi kewangian tu penting. At least mandi air panas la. Jangan kata tak payah mandi tapi just sembur minyak wangi je sampai puas hati.

Last but not least, take care!

yours truly,
dyawithluv

2 comments:

LiLohOnEy on January 13, 2011 at 3:18 PM said...

ohh org ganu ye.

ganu kat mana tu eh?

tp rasanya semua bahagian pon sjuk musim hujan kat trg ni:)


p/s: singgah dari bloglarian rumah 80 :)

Hidayah Deiya Aledruce on January 14, 2011 at 11:46 AM said...

aah org trg..awk pn ke?klu time hujan mmg satu negeri ni bersejuk..hihi..tp skang da xhujan da..berpanas plak..hihi..

Post a Comment

 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez