Tuesday, November 8, 2011

Yekk..pink?!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 2:31 AM 0 comments
Assalamualaikum!

Korang pernah dengar orang cakap macam ni?Memang tak baik cakap macam tu.Tak suka tak apa la tapi jangan cakap macam jijik hoccay!Lastik kang baru tau!Oh just nak bagi tau yang I baru tengok Sekali Lagi.Comel pulak tengok Mia main lastik-lastik.Hihi!

Dulu pernah la baca somewhere yang pink ni warna kesukaan Rasulullah SAW.Berani lagi nak cakap yekk?Orang kata kalau kita pergi mana-mana for the first time, pakai la warna pink sebab warna tu boleh mendatangkan kesukaan kepada orang yang tengok kita.Bukankah first impression itu penting?

I bukan emo tapi i suka pink.You jangan la ekpress sangat tak suka pink eh.Cakap je elok-elok.Tak marah pun kalau you suka grey  dog shit (segan nak cakap kot Bahasa Melayu.Omputih sopan sikit.Abaikan grammar boleh?).



Akhir kata, sayangi pink, dunia pun cute!
yours truly,
dyawithluv



Wednesday, November 2, 2011

Rabu Tanpa Kata:Apakah ini?

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 11:35 PM 0 comments


Saya pergi klinik gigi dan saya jumpa doktor gigi.Sudah pasti dia bukan doktor cinta.


yours truly,
dyawithluv

Saturday, October 29, 2011

Piala Malaysia: Terengganu -1 Negeri Sembilan-2

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 11:20 PM 0 comments
Assalamualaikum..

Warning:Ini entry beremosi!

Hai peeps!Miss u so much!Tak nak greet banyak2 sebab nati hilang idea nak update pasal bola Terengganu vs Negeri Sembilan.Seriously sedih gila tahap dewa.Ingat dah nak menang dah tetibe boleh pulak S  Kunalan tu sumbat 1 gol.Takpe boleh lagi nak lead ni tetibe Hairuddin Omar, orang TERENGGANU kot sumbat gol!!!!!!!!

Seriously  dia buat rasa sakit hati.Dulu dia pernah jadi my  hero masa Terengganu menang Piala Malaysia tahun 2001. Form 3 masa tu.Sanggup pergi masa sume players Terengganu datang Kuala Berang bawak piala tu.Sebenarnya just nak tengok Hairuddin Omar je.Of course la masa tu tak pandai lagi bab2 teknik2 main bola ke ape dan hanya tahu asal player hensem je suka.Tapi sekarang tak lagi. Muka tak hensem pun suka gak.Contoh tak payah la bagi sebab nanti orang cakap tak sedar diri pulak kutuk orang.
Seriously sedih sebab  rasa kesian sangat dekat players Terengganu.They play well sebenarnya walau pun kurang serangan mendebarkan masa awal2 tu. Cam slow je tapi bila Ashaari Samsudin buat gol, dia orang da start kawal bola dengan baik dan attack.Towards the end tu seriously dia orang nampak sangat penat. Maybe sebab awal2 tu da banyak guna tenaga nak pertahankan satu gol tu. 

Tapi Negeri Sembilan pulak, bila da dapat satu gol, dia orang betul2 attack untuk score.Especially HAI-O kan?!Korang perasan tak?Dia nampak sangat nak buat gol.Nak balas dendam kat Terengganu kot.Dulu tak berapa kisah sangat bila dengar orang cakap macam tu.Tapi sejak lawan T-Team masa semi final, rasa macam terpaksa mengakui hakikat tu. Serius sedih. He used to be my hero and now he ruined everything! Professional la tapi sebab dia menjalankan tugas dia betul2.

Maaf la malam ni entry emo sebab bese la perempuan!
To Terengganu, actually all of you have done a good job.Trust me. Just not our luck. Please don't give up dan keep up the good work. This season is actually among our best season.You guys already bring FA Cup to Teranung and being second for Malaysia Cup is not bad.

To Negeri Sembilan, congratulations.Hard work paid and surely people of N9  'tido mata pejam rapat malam ni'!Bangun tido esok mesti rasa cam best je..

yours truly,
dyawithluv


Thursday, October 20, 2011

Girls' Generation - The Boys

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 7:22 PM 0 comments
Selamat petang!Lama tak update blog.Rasa cam takde life.Hihi.Life masih lagi biasa2.Tiada yang luar biasa. Masih menjalani kehidupan sehari-hari macam biasa.Buat benda sama je ulang-ulang kali.Haha!Nampak sangat tiada kerja.

Anda peminat So Nyuh Shi Dae a.k.a SNSD a.k.a Girls' Generation?Mesti da tau kan dia orang da comeback dengan lagu baru, The Boys.Sangat lain dari lagu Oh!, Gee, dan Hoot.Sangat matured walau pun umur dia orang sebenarnya baru awal 20-an.Compare dengan lagu girls group lain yang masih lagi cam cute2 gitu kan.





Enjoys!



credit to SMTOWN for the video.


yours truly,
dyawithluv

Thursday, October 6, 2011

Tak payah cakap banyak!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 10:57 PM 2 comments
Assalamualaikum..

Tadi saya mencari something dekat internet ni dan came across something about banyak cakap.Mungkin selama ni kita tak perasan yang banyak cakap ni adalah termasuk di dalam sifat mazmumah atau dengan kata lainnya sifat2 yang wajib kita hindar.
Saya baca di IslamGRID  bahawa banyak bercakap membawa kepada banyak salah, menyebabkan berdosa dan yang seterusnya menyebabkan orang jemu.Tetiba terfikir tentang diri sendiri yang memang banyak cakap dan suka bercakap. Bila direnung-renungkan, memang la kalau kita banyak sangat bercakap, nanti mula la mengarut meraban sampai orang yang dengar tu pun rasa naik menyampah dan jemu.Berdasarkan pengalaman sendiri, memang tak dapat dinafikan kenyataan tu memang betul. Tambah kalau orang bercakap tu bangga, menunjuk dan asyik dia je yang betul, tu memang annoying!Lepas tu cerita orang lain buat dengar tak dengar je tapi cerita dia asyik ulang benda sama sampai berhari-hari.

Allah beri kita kelebihan dengan pandai bercakap, berkata2, tapi bukan bermakna semua yang kita cakap tu betul.Oleh itu, sebelum cakap, fikir dulu. Jangan main cakap ikut sedap mulut.Bukan la kata nak suruh jangan bercakap tapi berpada2.Sama la jugak, jangan sedap sangat mulut mengata orang, nanti diri sendiri yang lebih.Eh cam ne nak kait?Da pening sendiri.Hihi!

Maksud saya, bercakap banyak sampai mengata orang itu ini, sampai masanya, kita pulak yang lebih dari orang yang kita kata tu. Sekadar renungan, berpesan-pesan tentang perkara baik itu baik.

Till next update!
Love ya!

yours truly,
dyawithluv

Friday, September 30, 2011

Interview pertama saya

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 9:42 PM 2 comments
Assalamualaikum..

I was at IIUM yesterday having an interview.Seriously memang berdebar sangat2.Lepas habis belajar, ini la interview kerja yang pertama.Masa mula2 apply dulu sebab macam menarik je position tu plus memang suka duk dalam environment yang belajar2 ni.That's why dulu confident je apply untuk master programs.Konon macam tak nak buang masa la.Tapi kita merancang Allah tentukan segalanya so terima je la.

Result untuk interview ni tak tahu lagi bila keluarnya so tunggu je la.Actually, masa interview tu, ada 4 orang candidates je.Sorang lelaki dan 3 perempuan.Terkejut la tengok orang lain semua canggih2!Siap masters bagai 3 orang lagi tu.Sorang dengan LLM nye, sorang dengan degree engineering from universiti kat USA + MBA dan sorang lagi tu memang lecturer.Hebatkan diorang?

Tapi pape pun saya wat cam biasa je la.Bersembang dan bertanya itu dan ini kepada orang2 yang lebih banyak ilmu dan lebih luas pengetahuan.Dia orang semua okay sangat dan tak kedekut ilmu.

Mula2 sekali kena wat writing test. Pastu baru interview.Yang penting confident.Biarpun orang lain semua canggih2 tapi jangan tergugat.Hihi!Kalau ada rezeki alhamdulillah.Kalau tak, cari lain la jawabnya.Hihi!

Lepas interview, saya jumpa geng saya masa belajar dulu.Tia!Dia mengajar dekat Kolej Unikop so dia datang ambil saya and had lunch together.Best sangat dapat jumpa Tia!Saya sangat rindukan kawan2 saya!Thanks Tia for the lunch treat!Next time on me ok!Hihi!Hope to see Ida and Jeton jugak!Insyaallah next time babes!

Till next update!

yours truly,
dyawithluv

Wednesday, September 28, 2011

Yesterday by Kim Kyu Jong SS501

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 1:12 AM 0 comments
Assalamualaikum..

Tengok tajuk je mesti da tau kan saya nak cakap pasal apa.Bak kata anak saudara saya, "Korea, korea,korea,korea, awak tu orang kampung!"Nak buat macam mana sayang, kat kampung sekarang da canggih.Ada Astro, boleh tengok KBS dan One HD.Pastu internet da bermaharajalela walau pun cam siput kat rumah tokki tu sayang.Terpaksa la minat.Hihi.

Saya memang peminat tegar SS501.Walau pun group ni ala hidup segan2je tapi as long as dia orang ada lagu baru tu kira macam ada lagi la.Orang yang paling saya tunggu comeback dia ada la dia ni:
Nama dia Kim Kyu Jong dan lagu baru dia tajuk Yesterday.

 

yours truly,
dyawithluv

p/s:credit for Asiandream2015 for the video.
 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez