Monday, January 31, 2011

Ballet flats

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 3:33 PM 2 comments
2009-menonton Boys Before Flowers episod ke berapa entah, Jan Di ada berkenan satu kasut yang saya panggil kasut ballet.Sebab?Kasut tu leper dan bulat kat depan cam kasut orang menari ballet. Saya buat research sikit dan saya jumpe satu fact mengatakan bahawa kasut tu namanya ballet flats.Kasut yang dalam cerita tu cantik sangat dan saya sangat suka.Dan lagi saya memang giler kasut. Sampai tiap kali saya beli kasut baru, kakak saya akan menggelengkan kepala pastu kata, "yang berkotak-kotak kat luar tu bila nak pakai?"Jawapan saya akan tetap sama, "nanti pakai la.Wat koleksi dulu".Hehe. Berangan nak beli kasut yang exactly sama macam dalam cite tu memang tak mampu la kan.


lebih kurang macm ni kasut dalam cite tu tapi ni tak sama sangat

2010-saya gi jenjalan dengan adik dan anak sedara pastu buang tabiat pulak masuk kedai kasut.Tengok yang cantik-cantik.Tak beli pun.Saje cuci mata.Tetiba saya masuk satu kedai kasut lagi.Saje masuk suka-suka tengok mana yang berkenan.For sure lah ada yang saya suka tapi seperti biasa sebab proposal tak dapat approval dari pihak berwajib, saya tak mampu la nak beli kasut tu.Telan air masak je la.

macam Alice in the Wonderland punya kasut pun ada kan


2011-saya dah dapat kasut idaman =)


tak la sama exactly tapi ada la iras-iras
Bertahun tu amik masa nak beli sepasang kasut ballet flats. Tu la masalahnya kalau asal nak beli kasut je nampak yang heel aje.Maklum la saya ni tak cukup inci so nak gak tu merasa jadi tinggi pakai la kasut tumit tinggi.Tapi untuk pengetahuan, kasut tumit tinggi tidak bagus untuk wanita. Boleh  bawak effect pada kesihatan. So, jom kita pakai kasut leper je.Hehe.

yours truly,
dyawithluv

Sunday, January 30, 2011

Kerana hujan

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 9:45 PM 4 comments
Bangun tido hari ni je saya disambut dengan hujan rintik yang menyamankan.Tetibe hujan rintik-rintik tu mencurah-curah pulak bagai mencurah air ke daun keladi (kalau cikgu bm baca ni sure marah sebab da salah guna peribahasa). Baju dalam mesin basuh tetap maintain status quo.Basuh semacam walau hujan di luar sana. Bila da siap basuh,takde tempat pulak nak sidai. Tu la dia nasib baju pada musim hujan. Dah berjaya di basuh gagal pula di sidai.Maka terperuk la dalam bakul.Bakal mengundang sesuatu yang tidak diingini je.

Nama lagi hari hujan so takde aktiviti menarik boleh buat.Kita duk je la dalam rumah mengadap apa yang ada.Tv, internet, katil, makanan,etc. Yang paling best?Makanan!Hehe..Time-time hujan ni disamping tido yang jadi juara carta, makan jadi naib juara la. Tapi kalau asik makan tido je confirm la naik lagi berat badan.Cakap pasal berat badan saya dengan bangganya rendah dirinya nak cakap berat badan saya da turun sekilo.Yihaa!!!!!Dari berapa kilo ke berapa kilo saya malu nak cakap.Hehe.Wat malu kompeni je.

Kawan-kawan naik cuti semester nati joging jom!Kalau skipping da boleh turun sekilo, kalau joging mesti kesan lebih memberangsangkan.Ye tak?Hihhi!

Tak sabar rasa nak balik 'u' dan skipping lagi sampai 500x.Berlagak bersemangat tak hengat aku ni. Saje je nak bagi semangat untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang saya lihat berkeyakinan sume nak kurus nih.Fighting!!!

Sempena dengan hujan yang turun membawa rahmat ni kan, saya ada satu soalan. Anda suka bau hujan?Hujan ada bau?Entah la.Tapi bila time hujan kan macam ada satu bau kan.Jangan pikir yang busuk-busuk.Pikir yang bau secara semulajadi.Suka tak bau tu?Ke itu adalah bau jalan?Entah jugak.Tapi saya suka hujan.Sebab sejuk.Bila tiba musim exam, alangkah frust rasa bila malam ni hujan, esok pulak ada paper.Ouchh!Terluka tau!Formula time hujan sepatutnya hujan=tarik selimut.Hehe.Boleh tak cam tu?

Malam makin lama makin sejuk ni.Hujan rintik-rintik je padahal. Mata makin rapat biar ni baru pukul 9.30 malam pun. Sebelum tutup kedai entry ni malam ni, kita enjoy moment minggu kedua berkuliah eh.

ahad dalam legal clinic lepas kelas public international law

isnin lepas kelas epsc

selasa depan law lab
rabu hari hitam itu menawan putih itu suci

yours truly,
dyawithluv


Saturday, January 29, 2011

Mereka yang tertinggal keretapi

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 11:23 PM 5 comments
Love..love..love..

Akhirnya di rumah my sister setelah 3 hari kat rumah Tia kat Sungai Buloh.Serius memang best duk rumah Tia.Ada aje makanan.Owhh shiok la pendek kata.Mekasih diucapkan kepada mak Fathiah Raduwan sebab sudi melayan kami ni.Da la bangun pun lambat.Asal bangun makanan da ada depan mata.Memang tak sesuai tau anak dara cam tu.Kalau depan mak mertua tolong la jangan buat cam tu.Bahaya!Depan suami kita je takpe.Hehe..Eh boleh ke?

Tengok gambar bawah ni. You all mesti da ada yang da gi I-City kan?Di sini saya dengan bangganya mempersembahkan....saya baru pergi hari Khamis malam Jumaat baru ni. Maklum la saya ni orang kampung aje. Mujur ada orang bawak pegi tu.Kalau tak, tak merasa la tengok lampu-lampu warna-warni. Cukup-cukup Puan Juri!Meh la kita tengok gambar ye. Let pics speak for itself.
mula-mula tepek muka sendiri dulu













Seterusnya, aktiviti paling berfaedah pada cuti kali ni adalah membeli buku di kedai Minerva (diskaun 10% je eh pakcik tu bagi.kedekut!buku mahal nak mati!sib baik buku.)Tapi sebelum kita gi beli buku mari kita gi tengok wayang dlu.Kihkih!Serius lame gile tak tengok wayang.Cerita kali ni tajuk die The Tourist.Yang Angelina Jolie yang seksi nak mati lagi jelita tu berlakon dengan lelaki paling pelik aku rasa jadi hero Johnny Deep. Best gak cite dia sebab tak banyak aksi yang boleh buat saya sakit kepala. Tapi ending die da boleh predict la. So kurang thrill.


kat umah Tia sebelum jenjalan

Pastu nak gi cari buku pulak kat Jalan TAR.Susah giler nak naik komuter sebab orang ramai giler. Konon nak naik ladies coach tu.Sekali tren datang orang penuh kat dalam. Yang nak masuk pulak bersesak-sesak ala-ala tak reti bahasa pun ada.Cubaan pertama, air botol sorang budak pempuan ni abis tumpah. Terlepas tren pertama.Tunggu sampai lenguh kaki, penuh jugak tren yang kedua tu. Berebut-rebut nak masuk.Cam orang tak civilized pulak aku tengok. Dah la ada akak tu sorang pregnant.Orang duk tolak-tolak dia.Kesian dia tau!Last-last dia berjaya masuk dan sekali lagi my geng gagal naik tren tu.Sumpah aku tak nak naik dah komuter sampai bila-bila.Mampu ke?Tia dengan penuh yakin mencadangkan naik teksi.Tanpa ragu-ragu sume setuju.Nasib baik tak ramai lagi orang masa tu tengah beratur tunggu teksi.Naik la teksi pegi Jalan TAR.


muka separa gembira akhirnya dapat naik teksi


Siap beli buku jalan-jalan lu tengok barang.Sempat jugak la beli tudung harga RM4.Haha!Cantik!Serius cantik!Da pakai da time kuar tadi tapi tak sempat lagi nak amik gambar yang ada dalam kamera Tia so nati tunjuk eh tudung RM4 tu.Hihi!Serius time jalan-jalan tu sakit giler kaki.Rasa nak duduk je sepanjang masa pastu tetiba da sampai rumah.Realitinya, pas jalan-jalan sakit kaki, gi makan dulu then baru menapak naik jejantas Bank Negara yang tangga cam nak nak membunuh tu.Tak tau la sapa punya ukuran langkah yang dia orang guna dulu masa nak buat tangga tu.Anyway, adakah perlu elemen panjang langkah dalam membina tangga jejantas?Orang civil engineering sila la jawab.Tak paham betul aku kenapa lebar beno tangga tu.Eh nape aku tetibe mengulas pasal tangga tu ni?Tak payah la.Next!

Balik time!Agak-agak kalau balik naik komuter pukul 7.30 malam tu da tak ramai da orang-orang balik keje ni.Alih-alih ramai jugak lagi.Sekali lagi, terlepas komuter yang pertama. Disebabkan da 3 kali terlepas nak naik tren ladies coach, aku dengan yakin mencadangkan formula baru.Tak yah la naik ladies coach.Gamble je la naik sama dengan lelaki.Datang je tren, elok pulak boleh masuk. Aku conclude, kami la mangsa wanita lain dalam berebut masuk ke ladies coach.

Dalam tren, ada pulak yang beraksi ala-ala cerita Korea.Adui!Sakit mata la.Even Chinese sekali pun, respect la orang sikit.Malu tau tengok macam tu depan mata.Ape ko ingat ni cite Korea?Boleh peluk-peluk bermanja-manjaan dalam tren?Adehh!Tolong la.Pukul 8 lebih baru sampai umah Tia.Penat giler.Kaki sakit giler.Mesti korang boleh bayangkan kan?Begitu lah seadanya.

Pape pun, seronok kat rumah Tia. Layanan mak Tia memang tip top.Hehe..Mekasih Tia dan mak Tia =)..

yours truly,
dyawithluv


Wednesday, January 26, 2011

Kenapa kamu begitu?

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 1:09 AM 0 comments
Susahnya nak update!Jealous tol dengan orang yang selalu boleh update2 ni.Nak cerita-cerita gak.Nak pos-pos gambar gak!Tapi ya ampun Allah je tau betapa nak tembus ke sini memakan masa dan mendidih tahap kesabaran.Kenapa kamu begitu?Sampai hati!

Mahu tulis panjang-panjang namun situasi cemburu dengan kita. Asal nak autosave je unable to connect. Serius saya memerlukan internet berkelajuan seperti cahaya!Ok menipu la tu nak provide sampai macam tu sekali.Memang tak dapat la.

Tak sabar rasa nak travel malam esok.Mesti sejuk kan dalam bus musim-musim macam ni.Nak sweater hitam berhud saya tapi adik saya boleh tak jumpa pulak mana saya letak sweater tu.Gayanya terpaksa la pakai sweater nipis dengan hud yang tak berapa mampu nak tutup kepala tu..*sigh*

Case review Evidence and procedure in shariah court da siap =)
Saya boleh sambung tengok Boys Over Flowers (ke Boys Before Flowers?Tak sure sampai sekarang)..Hehe..Ji Hoo sunbae..Kikiki!

Malam ni mimpi indah-indah ye!

yours truly,
dyawithluv


Friday, January 21, 2011

tak tau jangan wat tau!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 7:58 PM 6 comments
Mula-mula sekali nak ucapkan tahniah pada penganjur Debat Piala Dekan Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa. Walau pun tak tau lagi sape yang akan menang dalam final malam esok still saya nak wish tahniah pada semua part yang dah participate dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Sanggup gak kan join even terpaksa mengorbankan tido di pagi hari minggu.

Kalah menang adat pertandingan. Tapi kalau kalah pun semua pun kalah dengan bermaruah.Wahh macam lawan silat pulak aku rasa bermaruah-maruah segala. Sepanjang pemerhatian saya yang tak seberapa ni, pertandingan kali ni ok je. Rasanya tak ada masalah dengan penganjur TAPI..Baca elok-elok ada tapi di situ. Terus-terang cakap tak puas hati dengan mereka yang jadi judges tu.

Tak ada masalah dari segi pengetahuan dalam bidang perdebatan. Saya yakin diorang memang expert je dalam bidang tu. TAPI diorang kurang pengetahuan dalam bidang undang-undang. Dah nama lagi Debat Piala Dekan FUHA kan so usul-usul pun mesti la yang bertemakan law punyer. Waktu peringkat saringan no hal sebab seorang dari judges tu lecturer law. Jadi memang dia tau la kalau budak yang berdebat tu kelentong ke bagi fact salah ke fakta kes melencong ke ape. Namun demikian, ada jugak judges yang berlagak pandai. Bukan la nak bangga jadi budak law tapi kalau ye pun nak betulkan fakta orang, pastikan dulu fakta yang kita nak bagi tu betul.

Sebagai contoh, kalau tak tau jangan nak buat pandai kata Perlembagaan Malaysia tu bukan undang-undang. Ya ampun!Ko da memalukan diri sendiri secara sengaja dan terang-terangan! As a matter of fact, undang-undang Perlembagaan adalah undang-undang yang paling tinggi di Malaysia. Perlembagaanlah yang memberi kuasa kepada Parlimen. Mana-mana undang-undang lain yang bercanggah dengan peruntukkan dalam Perlembagaan adalah null and void. Boleh lagi ko cakap Perlembagaan bukan undang-undang?Kesian ko kan. Sila pegi baca buku pasal ni sekarang!

Nak lagi contoh? Nah bagi lagi. Sorang judge yang wat pandai depan kawan saya yang pernah mengalahkan team UM dalam Philip C Jessup Mooting Competition tahun lepas, judge ni kata, Article 26 dalam Federal Constitution memperuntukkan untuk hak kanak-kanak untuk bersekolah. Cuba ko gi check sekarang Article 26 cakap ape. Kat mane dia cakap pasal kanak-kanak wajib gi sekolah dalam tu?

Kononnya nak betulkan kawan saya ni la yang relate pasal Article 8 which provides for equality dengan kanak-kanak wajib pergi sekolah. Alih-alih katanya salah pulak. yang dia tu dah salah depan orang-orang yang tau ni tak malu ke wei?Haishh bengang pulak aku! Tengok la betul-betul Article 8 (1) tu. Semua orang sama disisi undang-undang dan berhak untuk dilindungi oleh undang-undang. Relate la dengan Article 12 yang memang provide pasal hak untuk pendidikan. Dah terang-terang pulak tu dalam Article 12 cakap, without prejudice to Article 8...(kalau nak tau sila refer Perlembagaan Malaysia ye).Sah-sah la Article 8 tu relates dengan pasal hak mendapat pendidikan. Yang ko gi buat pandai melalut kaitkan Article 26 yang provide pasal deprivation of citizenship tu kenapa??Haishh bengang aku dengan orang bajet bagus buat-buat pandai nih!

Last but not least, semi final memang akan diingat sampai bila-bila. Dengan fakta salah, gagal mencerap analogi, dan tak berapa nak faham law lagi boleh pulak menang. Tak salah kan budak yang menang tu tapi judges yang tak tahu law tapi mengangguk gaya faham beno bila budak baru belajar deliver pemahaman diorang yang tak berapa nak betul tu, tu yang buat lagi bengang. Konsep cedok Common law principle bila ada lacuna pun tak betul, judge yang layman ni bagi menang. Sebabnya?Mudah. Diorang pun tak tau macam mana nak faham.

Kalau ada la mana-mana budak FUHA baca ni masak aku tapi saya cuma nak bagi sokongan pada kawan-kawan saya yang dah berusaha dan junior-junior yang baru belajar tu, belajar betul-betul.

Kepada Norfathiah Raduwan, Amar Arafat dan Burhan Sidqi, korang terbaik. Tahniah atas semua kejayaan menang 3 match dan jadi team no 1 dalam ranking before the semi final. The semi final tu memang tak layak dijadikan kayu ukur kemampuan korang. Korang da wat yang terbaik!Trust me. Cuma mungkin bukan rezeki.Jangan bersedih ye kawan-kawan.

Jadi untuk mengelakkan perkara macam ni berulang lagi masa depan, judges tu biarlah orang yang faham undang-undang sebab law bukan sesuatu yang boleh dipelajari dalam masa sejam. Even dah belajar law 7 tahun pun, banyak sangat lagi benda yang saya sendiri tak tau dan tak berapa nak faham. Nak menghakimi perdebatan tentang law, at least amik tau la pasal prinsip-prinsip asas.Jangan main belasah dan angguk-angguk je bila orang cakap. Study la sikit at least.Baru la bila cakap tu betul dan tak memalukan diri sendiri.Ingat tu!

yours truly
dyawithluv

Wednesday, January 19, 2011

Maafkan saya

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 8:59 AM 0 comments
Maafkan saya blog, saya da lama tak update kamu.Bukan sengaja tapi tindakan tanpa sedar dan luar kawal. Merapu di awal pengenalan, saya tak sibuk sangat tapi kepayahan untuk tembus ke internet pabila berada di bilik buat jadi malas nak update. Sudahnya saya mencongok depan lappy mengadap cerita korea.Hehe.

Perasan tak entry bawah ni takde hari Rabu punya gambar. Hari khamis memang takde gambar sebab takde class.Yihaa!!


black and white

Hari ni pun hari Rabu gak. Hitam putih cam biasa dan mungkin akan diupload gambarnya minggu depan jugak sebab gambar yang atas ni pun amik masa seminggu nak upload.Haha!

Oh nak cakap cerita Marry Me, Mary da abis kan kat KBS. Saya pulak masih ada 2 episode left. Tak sabar nak abiskan.Banyak lagi cerita tengah beratur untuk ditonton.Errkk..Maksud saya, saya sibuk dengan pengajian lepas ni..Cett!



Saya suka budak pempuan yang jadi Mary ni sebab saya rasa dia comel dan since dia berlakon dalam Autumn in My Heart lagi. Remember that girl yang menangis-nangis bila ditinggal mak ayah dia yang sebenarnya bukan mak ayah kandung dia?Pastu suka jugak dalam My Little Bride. Muka innocent je. Patu lagi satu saya rasa muka dia macam muka anak sedara saya. Haha!Ok jangan annoying.Muka anak sedara saya Chinese look dan bukan macam saya.Kikiki..


ni Afiqah dan Faez


Pagi ni saya bangun awal sebab class pukul 8. Menapak ke kereta kawan saya dan menapak naik ke tingkat 3 bangunan Fuha ni untuk online je. Class takde dan akan diganti pada minggu depan. Huu!Sejuk ni dalam legal clinic ni. Ingat doktor je ada clinic?Hihi.

Ok la till next update!Bye love =)

yours truly,
dyawithluv

Friday, January 14, 2011

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 12:16 PM 2 comments
Minggu kedua untuk semester ni da abis. Kelas untuk minggu kedua jugak dihadiri dengan jayanya tanpa kejadian ponteng.Hehe.Tapi tu pun ada dah class yang di cancel so ok je la.

So far everything is ok dan these are all pics yang berjaya di snap!Hehe..


depan Moot Court on Sunday


FUHA on Monday


selasa..before class Sir Bad EPSC

Gembira nak cakap hari Khamis adalah hari free sedunia LLB part 8..yihaa!No class. Tapi on Monday and Wednesday, class dari pukul 8 pagi sampai 10 malam.Ohh heaven!*sigh**sigh*

yours truly,
dyawithluv
 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez