Friday, April 8, 2011

Oh lelaki!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 3:56 PM 4 comments
Aku berpikir banyak kali nak buat entry pasal ni.Bukan la isu negara atau masalah dunia tapi bab hati dan perasaan.Lebih segan nak cerita sebab ianya bukan masalah aku tapi kisah benar sebenarnya yang jadi kat kawan aku. Aku rasa ada ramai je orang lain lagi yang pernah alami benda yang sama cuma degree of sakit ati dan cara untuk mengatasi tu je beza.Mengikut jenis orang.

Bese la sebab kite masih muda remaja (mungkin aku da tak bape nak remaja tapi kawan aku masih di alam remaja),masalah cinta tu perkara biasa. Bagi aku masalah cinta bukan masalah biasa sebab aku tak pernah bercinta.Kesian tak aku?Tapi bagi aku sendiri pulak, itu lebih baik dari bersilih ganti boyfriend last2 tak jadi gak.Rugi je.Tapi ini pendapat aku je la.Orang lain mungkin pikir lain.Itu mungkin satu pengalaman yang mematangkan die dari segi ni.Aku hormat je pandangan orang lain.

Berbalik kepada isu penting kita dalam entry ni, lelaki jangan bajet hot sangat!Hihi mesti lelaki marah bila aku cakap macam ni.Korang jangan marah aku dulu.Baca dulu sampai abis tau. Baik aku start dari awal untuk mengelak salah faham antara kita. 

Ada seseorang yang susah nak buka hati untuk lelaki yang nak hubungan secara serius. Bukan dia tak minat lelaki tapi sebelum sampai waktunya, dia tak nak lagi terlibat dalam hubungan yang melibatkan komitmen. Tu macam aku jugak la.Eh tetibe!Balik ke pokok pangkal cite, satu hari, die da bersedia untuk bertukar status dan terima lelaki yang merengek2 minta jadi awek dia.Terima dan bermulalah sebuah kisah cinta yang hambar.Tak mesej tak call. Facebook konon tak online sebab bizi sangat dengan kerja.Bajet perdana menteri!Asal awek mesej, cakap penat kerja banyak sangat.Adekah kat company tu sorang je keje?Awek masih respek privacy boyfriend die.

Berbulan2 lamanya, tak sekali pun lelaki tu call or mesej or even try reach awek die kat fb.Sampai la time birthday, satu hari  tunggu si bf wish tapi hampeh.Takde pun.Awek mane yang tak terluka?Rasa cam nk nangis je.Paling pedih tahap luka kencing manis, bila mesej, si bf yang tak berapa nak berguna ni boleh selamba tenuk die je tanya sape yang mesej tu sebab handphone die da lame rosak!Aku nak tanya, ape kite ni hidup zaman batu?Ape guna ada fb, email bagai kalau bukan untuk contact antara satu sama lain?

Sampailah saatnya, satu keputusan di buat untuk putuskan sumenye dan lelaki tu jawab dengan relaks ok je.Aku pulak yang panas ati.Biar pun aku bukan parties dalam case tu.Sekali lagi aku nak tekankan tak baik buat orang macam tu!

Meh aku nak mengulas sikit. Pempuan ada banyak jenis. Jenis yang mungkin lelaki tak sedar wujud adalah yang susah nak bukak ati die terima lelaki. Bukan sebab die tak minat lelaki, bukan sebab die memilih tapi sebab die nak jaga cinta yang dia ada hanya untuk lelaki yang benar2 layak. Maksud aku suaminyalah. Kalau korang asyik bertukar kapel je silih berganti, sesuci mana lagi cinta yang korang boleh bagi kat suami/isteri korang?

Bagi aku, dalam satu2 hubungan, dua2 pihak kena bagi komitmen.Barulah hubungan tu smooth.Gaduh2 tu besela kan adat.Lidah lagikan tergigit.Apa lagi suami isteri.Eceh!Dalam konteks ni gf dengan bf la. Kalau tak mampu nak bagi komitmen, jangan gatal2 mulut gi propose orang jadi awek. Masa propose bukan main lagi bertanam tebu di tepi bibir sampai terjuih2.Dah dapat buat tak tau macam orang tu tak pernah wujud.Kejam tahap gaban.

Apa yang penting lelaki kena tau, bila pempuan dah bukak ati die untuk terima lelaki tu jadi special bf die, maknnya die da ready nak bagi komitmen dan share life die dengan laki tu. Pempuan ni kat mana2 pun sama je, die akan gembira bila orang bagi perhatian dan take care.Tolong comfort bile tengah ada masalah or tengah stress.Ni tengah orang tu under pressure nak siapkan assignment yang wajib submit esok, malam tu jugak la nak merajuk2.Adehh Oh Lelaki!Sabo je la.Tapi benda ni pun pempuan salu gak wat kan.So apa yang penting?Kerjasama!Tolong la buatkan assignmemnt yang orang kena submit esok tu!Haha!Aku merepek je.Bukan la suruh buat assignment tu pun just faham keadaan je. Noted, prinsip ni terpakai kepada bf dengan gf sekaligus eh.

Aku ni mengulas gaya banyak sangat pengalaman cintan cintun ni.Ni pendapat berdasarkan pemerhatian je. Realitinya hanya orang yang da penah melaluinya je yang tau.Aku just nak tekankan yang dalam satu hubungan tu kena ada 2 way communication yang berkesan. Jangan satu pihak je yang beria. Jangan buat orang tertanya2 apa sebenarnya yang berlaku dan apa status.Cakap biar terang!Bak kata orang dulu2:
kalau padi kata padi
tidak aku tertampi-tampi
kalau jadi kata jadi
tidak aku ternanti-nanti


Hehe..korang mekasih baca entry aku yang tak seberapa ni..



yours truly,
dyawithluv

Thursday, April 7, 2011

Itu yang dipanggil annual dinner

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 10:19 PM 2 comments
Sempena dengan kelajuan internet yang cam Dragon Ball kat rumah ni, rasa membuak2 nak update pasal annual dinner yang last as student ni. Sebagai final year student, of course la class kita orang adalah class yang diraikan sama dengan adik2 part 6 diploma. Serius cakap memang excited giler nak gi dinner.Memang tiap2 kali nak dinner pun macam tu.Sebab tu rasa cam pelik sangat dengan orang yang kata tak nak g dinner or macam tak semangat mana nak pergi.

Ni butir2 yang dirasakan penting pasal dinner tu.

Tarikh:1 April 2011
Tempat: Taman Taman Islam
Tema:Glamorous Evergreen

Start dari diploma dulu lagi, asal ada dinner je akan beria2 nak baju baru la kasut baru la tudung sedondon ngn baju la kasut tumit tinggi la! Untuk pengetahuan, dulu time diploma dinner boleh pakai baju kurung je.Kalau pakai baju lain nati korang nak kena bambu dengan senior or lecturer, silakan lah!Bila tengok balik gambar2 dinner dulu mesti rasa nak gelak sampai tak cukup napas.Gile innocent muke pakai baju kurung dengan tudung macam nak gi kelas hari2 bese jek. Bukanlah nak hina orang pakai baju kurung gi dinner, tapi rasa cam klako.Baju tu pulak bukanlah baju kurung yang vogue the vast eh.Baju bese je.Bukan macam sekarang ni baju kurung manik2 bagai berlapis2 segala.Rasa je nak upload gambo tu kat sini tapi berpikir banyak kali pulak jadinya.For sure jadi bahan la.
Untuk dinner yang menjadi orang diraikan ni, buat kat Taman Tamadun Islam.Ala kat tempat yang ada Masjid Kristal tu la.Tempat memang gempak la.Tapi penganjuran mengecewakan. Benda da jadi malas la nak ulas pepanjang.Yang penting aku pakai mahkota.Haha!

Seperti geng berlima  ni came out dengan idea yang dipelopori oleh Cik Tia yang nak pakai crown macam Queen Elizabeth.Aku pulak mesti la penyokong yang padu.Sebabnya dari kecik memang teringin nak merasa pakai crown ala2 princess.Sekali beli, aku rasa sume orang pun da jadi macam Dayang Sulu seperti kata Cik Ida dalam cite Laxmana Do Re Mi.Tak caye?Cube gi tengok cite tu skang secara laju2 pastu cari girl yang pakai crown pastu pakai skirt.Tu lah orangnya.

Kita tak yah ulas pepanjang pasal dinner kali ni.Yang penting gambo biar banyak dan puas ati dengan gambo.Muahahahaha! Check it out!


sekelas

geng 5

geng tapi kurang sorang sebab Amar amik gambo

tunjuk bunga kat tangan cket ala prom..

tu kakted yang tempah baju dinner die..kerlasstt ah kakted!

nina yang hujung tu
tunjuk cket crown..haha!

Amar yang pegang bunga tu

with Jeton (bukan nama sebenar)


with Kak Nurul

with Amar
with Ikhwan
dengan die yang separuh diambil

with sharil
edited by irwan

kamu!
Cam tu la dinner kami.Penuh dengan gelak ketawa dan senda gurau yang kita orang reka sendiri. Kalau tak cam tu, dan2 tu jugak la menamgis.Pape pun yang penting aku pakai crown.Muahahahaha!

yours truly,
dyawithluv

Wednesday, April 6, 2011

Hari ini diperhati!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 4:43 PM 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam da pukul 4.34 petang, hari Rabu.Hari ni pendek kate setakat ni dan akan merebak ke malam nati, adalah letih!

MQA datang melawat untuk buat assessment dekat fakulti. Sume kena buat elok2 start dari dekan sampai ke budak2 sem 2. Dari pagi kita orang kena observed.Berdebo sangat tapi buat je macam biasa kita dalam kelas.Belajo dan belajo!Name pun lagi pelajo.

Malam nati ada class lagi dan mungkin kena observed jugak.Harap sume pun ok.Sekarang rasa tak sabar nak balik rumah.Esok kena lepas je dari kuarantin ni terus cabut r.Pukul 5 petang confirm tengah makan nasi mengadap tivi kat rumah!Nantikan!!

Minggu depan adalah minggu last kuliah.Pastu start study week.Maksudnye, dalam masa 2 minggu 10 hari lagi bergelar pelajar Unisza ni. Tetibe rasa tak sabar nak abis belajo.Dalam masa sama rasa sayang nak tinggal kengkawan yang da sama2 susah payah dalam masa 4 tahun ni. 
Sedih leh pulek..Sekarang kengkawan tengah kena interview dengan penalist MQA.Semoga sume orang ok je.Good luck dan Allah sentiasa bersama kita =)..

yours truly,
dyawithluv

Sunday, April 3, 2011

BBQ LLB 8 BATCH JULAI 2007

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 11:39 AM 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kehadapan kamu semua yang dirindui.Apa kabar kamu sume?Harap2 okay sume dan beada di bawah lindungan-Nya selalu.Saya disini sihat Alhamdulillah.Baru je abis dinner ari jumaat baru ni dan akan menghadapi test PP petang ni, test EPSC esok, training mooting ari selasa dan MQA visit on Wednesday and Thursday.Oh tetibe sebut MQA je terus tercakap omputih.Aigoo...

Dinner?Ibarat lagu pelamin angan ku musnah yang penyanyi name Azie tu.Sabo je la!Tapi akan diupdet tentang itu bila tiba saatnya nati.Sekarang nak cite sal BBQ class LLB 8 batch 2007 dulu. Sepanjang 4 tahun kita orang bersama belajar macam nak pecah kepala dan mujur masih waras, ni adalah kali kedua BBQ kita orang buat.Yang first masa kita orang sem 6 dulu.

Seterusnya biarlah gambar berbicara.Chewwah!


Begitu lah seadanya kami LLB 8..Sama2 kita doakan kejayaan FUHA untuk MQA ni.Semoga Allah memudahkan segala.

yours truly,
dyawithluv

Wednesday, March 30, 2011

Kawan saya telah di ambil!

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 10:11 AM 0 comments
Aigoo..Lame giler tak update.Padahal banyak benda nak cerita.Banyak sangat benda yang da berlaku dalam masa tak berupdate blog ni. Nak buat list?Rasa tak muat space kat sini.Hehe.Exeggerate!

Untuk masa yang sikit je lagi tinggal untuk abis belajar ni, banyak pulak benda2 yang nak kena buat. Satu, of course la keje2 berkaitan pelajaran, dua keje2 yang berkitan dengan recognition program kita orang.Next week MQA nak datang buat assessment fakulti. Sume student dengan lecturer is giving their best for the sake of recognition. Memang bertuah orang2 yang masuk law school yang da establish dan junior2 yang bakal masuk lepas dapat recognition.

Ok jugak la at least rasa macam memberi sesuatu untuk universiti dan diri sendiri.Diri sendiri?Ye la kalau tak dapat recognition maka berkecai la harapan dan cita-cita nak jadi lawyer. Tak tau la tahun bila akan dapat chambering tapi sume orang pun tengah berusaha untuk itu tak kira la student ke lecturer ke.

Enough of MQA and recognition. Kita cakap pasal tunang, nikah dan kawin pulak.Takdela baru tunang.Tak sampai level nikah dan kawin lagi.Again, one of my best friend akan jadi MRS tak lame lagi. Couple of weeks ago, die punye engagement ceremony.

Majlis start petang dengan khatam Al-Quran.Hujan memang tak celik mata la.Katanya effect tsunami kat Jepun tu. Kawan saya ni adalah kawan yang menemani saya ke mana saje saya pergi sepanjang 14 tahun sejak dari sekolah rendah ke sekolah menengah , jejak kaki masuk Kusza buat diploma dan sambung lagi degree kat UDM tapi nati grad sebagai graduan Unisza.Kelas sama lak tu dari dip sampai degree sebabnya kelas law ada satu kelas je setiap batch. Siap jadi roommate lagi masa sem 3&4.

Finally she was halfly taken on 12 Mac 2011.

us
us lagi
bride to be
yours truly,
dyawithluv

Saturday, March 12, 2011

Tsunami melanda Jepun

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 12:27 AM 2 comments
Bila sebut je tsunami mesti kita akan teringat pada kejadian yang pernah melanda negara kita suatu masa dulu.Menakutkan bukan?Ombak yang selama ini kita rasa cukup indah saat menampar gigi pantai tu menyapu semua yang berada di depannya dan mengheret pergi setiapnya sejauh yang boleh.

Hari ni sekali lagi tsunami melanda.Kali ni Sendai, Jepun pulak.Gempa bumi berukuran 8.9 pada skala richter mencetuskan ombak setinggi 10 meter.Tadi saya tengok berita kat tv katanya mangsa dianggarkan 300 orang.Tapi angka sebenar dijangka lebih tinggi.Kalai kita tengok video dalam berita tu memang munsabah la kalau lebih dari 300 orang.

Bencana alam macam ni memang di luar kemampuan kita sebagai manusia biasa.Sumenye di tangan Allah.Dia yang menentukan.Apa yang mampu kita lakukan dalam keadaan sekarag cuma berdoa agar sume dilindungi Allah.

Pada mereka yang tinggal dekat dengan kawasan pantai yang berisiko tu berjaga-jagalah. Amaran da kuar jangan berada di kawasan pantai time2 cam ni.

Hawaii jugak da terkesan dari tsunami ni. Ombak setinggi 1 meter melanda pantai Hawaii tapi takde damage yang teruk.Pelabuhan2 dekat area Honolulu dan Guam pulak ditutup sebab pihak berkuasa nak assess kerosakan yang berlaku.

Antara negara lain yang dijangkakan terjejas adalah Filipina, Indonesia, Chile dan 20 lagi negara lain.













yours truly,
dyawithluv

Saturday, March 5, 2011

Dress,We Got Married dan Rindu Di Awan Biru

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 6:14 PM 3 comments
Selamat petang sabtu semua..Indahnya petang kat rumah.Takde la kena cahaya mata hari kat atas muka ni.Kalau kat hostel tu bilik saya mengadap matahari petang dan Tuhan je tau betapa panas dan berhabanya dalam bilik.Kalau ada aircond kan best.Hihi.

Sepatutnya 18/3/2011 ni ada annual dinner untuk my faculty.Lebih tepat untuk meraikan student final year seperti saya.Tak sabar rasa nak dinner.Nak pakai baju baru yang voguedavast dan gojes.Haha!Memang dari tahun lepas lagi da aim nak pakai dress.Tapi masalahnya, sume dress yang saya berkenan tu warna hitam dan kelabu.Entah la padahal warna tema kelas saya purple.Selama ni kalau nak beli pape mesti beli yang purple.Bila tengok baju2 pegi kelas pun majoriti warna purple.Camne?Disebabkan itu sampai sekarang saya tak beli lagi baju dinner.Dah banyak da tengok tapi tak terbeli la pulak.

Nak yang macam mana?Mari kita google!



Canggih tak?Kalau beli yang ala2 macam ni kena la pakai inner. Kalau tak cari nahas namanya.Semalam saya cakap2 dengan kaklong saya pasal baju dinner yang saya tengok dan saya rasa nak beli.Kaklong kata dulu tak banyak sangat pilihan baju.Tapi sekarang ni sesiapa je boleh pakai apa2 je.Even kalau bertudung pun boleh pakai yang macam2 fesyen sebab sekarang ada inner.Thanx to pereka cipta inner.

So nak yang macam mana?Yang pasti tak la secanggih gambar2 di atas.Yang simple2 cukup..Kang over pulak.

Anyway, pernah tengok We Got Married?Best jugak kelakar dan cute.Rancangan realiti.This couple bukan bercinta pun just belakon dalam show ni je.Tapi saya suka couple yang ni sebab saya suka CN Blue.Ni dia:


Saya tak la minat SeoHyun Girl's Generation ni sebab saya minat grup lelaki jek..Hikhikhik!CN Blue saya suka la tapi tak minat sangat YongHwa.Saya lebih suka JongHyun.Cam mane muka JongHyun?Mari kita tengok!

bukankah cute?hihi!
Satu tak cukup nak dua!

muka cam serba salah nak senyum..haha!
Selain itu, saya nak recommend baca la novel ni.Best gak.Saya baca tak sampai separuh lagi tapi ada hati nak recommend kat orang.

Saya beli buku ni bukan kerana jalan cerita dia.Tak baca lagi mana lah nak tau kan.Setakat baca sinopsis tu tau sikit2 je.Tengok cover buku ni cam bese je kan.Tapi kapal terbang dua bijik dan awan tu yang buat saya rasa nak baca.Hihi.Seperti jugak cerita Awan Dania, saya bukanlah peminat setia cerita tu tapi kalau ada saya akan tengok sebab die dekat dengan pilot.Obvious kan?Hihi!

Setakat itu saja taklimat kita petang ni.Nati kita jumpa lagi di lain masa =).

yours truly,
dyawithluv
 

Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez