Wednesday, September 1, 2010

Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 7:04 AM 0 comments

salam..
good morning =)
semoga sihat2 je sume org..
ari ni da hari ke 23 kite puasa..tinggal lg 7 ari je la kan..da masuk fasa yang ke tiga pun dalam bulan ramadhan ni..seperti yang kita tahu (cam karangan masa skolah dlu x?haha!!) bulan ramadhan ni ada 3 fasa..pertama 10 hari terawal adalah rahmat, 10 hari yg kedua adalah keampunan dan 10 hari yg terakhir tu keselamatan dari api neraka..banyakkan tu kelebihan yang Allah bagi..tapi as far as my observation concern(kalau classmate aku mesti tau aku amik ayat sape ni), 10 hari yg terakhir ni cam da kurang kan orang2 yang nak rebut keselamata dari api neraka tu..atau observation aku yang tak kena pada tempat?huhu!!entah..contoh paling senang terawih kat masjid..masa awal2 puasa dulu penuh org kat masjid tu..tapi lame2 makin kurang..kalau aku g lambat da dekat2 dengan azan isyak pun still aku bleh terus je g duk barisan kedua (sebab makcik2 da reserved tempat diorang kat depan skali dan diorg datang awal..tabik ak makcik2 ni cam me diorg leh bersiap awal g masjid..hihi)..time balik ble da habis 8 rakaat pn xramai gak orang..ke aku je yang wat 8?org lain wat 20?erkkk patut la.. tapi betul la adik aku ckp ustazah die pun cakap cam tu..memetik kata2 ustazah yg aku pn tak kenal tu(skali lagi gaya bahasa BM penulisan..) "memang ramai org nak rahmat je, selamat dari api neraka org xnak plak"..(begitu la isi pentingnye..byk lg yg die cakap tapi ak plak da lupe..).. tapi semalam aku pun tak gi masjid gak sebab nak wat assignment professional practice & ethics (hambik name penuh aku bagi..sib baik tak bagi kod kursus..)..dah ak bertungkus lumus siapkan pp tu alih2 xleh bukak kelip (website dimana assignment kena hantar)..mesti bleh rase ape ak rasa kan??haishh!!tapi rupe2nye ramai je lagi org tak hantar so tak pe la..kembali lega..fuhh~~~


oleh itu, ni aku nak share psl kelebihan 10 malam terakhir ni..sama kesannya dengan kalau kita tulis nota, kita akan baca sebelum wat nota, sama jugak dengan penulisan blog ni, kalau tak baca aku tak tau nak tulis ape so sebab nak tulis kat sini aku kena baca artikel sal bulan ramadhan..kesimpulannya aku da tau sedikit sebanyak psl kelebihan bula mulia ni..(walau pun tak sumenye ingat dalam kepale)..hihi..erkkk..adakah anda yang sedang baca bleh appreciate paragraph ini?sebab aku pn cam tak bape nak faham ayat2 dalam para ni tapi aku tau maksudnye..mode:kurang pasti sampai maksud ke tak eh para ni?hehe..abaikan la sebab aku suke je wat entry panjang..huhu..

ok2..kelebihan 10 malam terakhir =)


  • Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;

    “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

    Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:

    “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

    Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

  • Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

  • Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

  • Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

  • Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

    Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

  • Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

    Bilakah Lailatul Qadar?

    Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)

    Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

    Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

  • Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
  • Syarat sah iktikaf:
  • Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.

    Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat.

    Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.

    Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan.

    Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.

    Perkara yang membatalkan iktikaf:

  • Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.

  • Murtad.

  • Hilang akal kerana gila atau mabuk.

  • Datang haid atau nifas.

  • Jimak. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)
  • Perkara yang sunat dilakukan.

  • Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.

  • Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.

  • Perkara yang harus dilakukan.

  • Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.

  • Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.

    Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

    yours truly,
    dyawithluv

    Friday, August 27, 2010

    Berbuka bersama...

    Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 11:17 PM 0 comments

    salam..

    sume org buat ape ye?tgk tv?dgr radio?ak?sdg cari idea nak berblog..hehe..mcm mane ye berbuke hari ni?for me hari ini sgt seronok..sume adik beradik balik kampung kecuali kakya..anak2 sedara juge balik..alia n faez..penat gelak hari ni tengok aksi faez imitate
    ultraman..senak gk la perut aku ni..

    petang kitaorg g bazar..faez plak nak kek kereta..hah??kek kereta..ok cari2..kat bazar tak jupe pastu gi cari la uminye kek kereta kat kedai kek..sib baik ada tapi kek ultraman!!haha!!

    pas berbuke solat maghrib sesame..terawih sesama kat masjid..balik umah je makan2 lagi..sekarang ni perut ak terasa penuh..i eat a lot!!aku memang tak leh duk umah la..siang tak makan malam plak makan banyak..isk2..


    ermm ok la..till next time..selamat bersahur la ye nati..da bleh tidur da..gudnite =)

    yours truly,
    dyawithluv

    Selamat Pagi Cinta..

    Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 5:58 AM 0 comments

    sejuknye2!!nape la pagi ni sejuk sangat..mcm duk oversea le plak..owh berangan2..hehe..tadi pas sahur terus mengonlinekan diri sementara nak tunggu subuh..kalau tidur ni ada jugak subuh dinosour nati..ni da masuk waktu subuh pun..tapi masih lagi tak bergerak ni dari depan lappy..tok imam da lame kot sudah mengimamkan jemaah kat masjid tu..tetibe terkenang lagi..huhu!!allergy2!!asik terkenang jek..ala bukan ape pun..terkenang waktu dulu2 selalu ikut chik n abah g solat subuh kat masjid tapi time bulan puasa je..huhu..bagusnye la zaman dulu..the good old days..huhu..sekarang?masih bagus (bahagian sesaje menyedapkan hati sendiri)..
    ok la saje je ni..lame xmemblogkan diri..kalau kat unisza ni tadenye dapat nak post2 kat blog ni..setakat jadi draft je mampu..xlarat aku nak tulis banyak2 last2 xleh post..itu sangat tidak memuaskan hati ye..huhu..ok2 nak g solat subuh dulu..salam =)



    yours truly,
    dyawithluv

    Thursday, August 26, 2010

    Kembali Terkenang..hihi..

    Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 11:07 PM 0 comments
    Assalamualaikum..

    hari ni da ari ke 16 kite berpuasa..cam mane ye org lain?letih mmg letih tapi harap2 kite sume berjaye je mengharungi bulan yg penuh dgn tawaran2 hebat ni..hari ni balik umah..abg2 n adik pun balik same sbb kan cuti nuzul quran..maka bergembiralah orang2 yang bercuti..hihi..

    tadi g solat terawih kat masjid..lame da tak gi terawih kat masjid ni..kalau gi masjid tu cam ada satu perasaan..tak tau nak cakap cam ne tapi ianya sangat mengusik jiwa la..ecehh..hehe..dulu2 kalau time ramadhan ni g terawih ngn chik ngn abah..wat 20 rakaat..pastu imam tu plak ada 2 orang bdk yg balaja kat maahad tahfiz..diorang bace mmg best la..selain nak melatih diri dalam belajar beramal ibadat ni aku selalu je ada agenda lain gi masjid tu..hehe..agak2 bleh teka tak ape?hihi..malu nak cakap tapi nak cite ni..haha!!aku suke dengan imam2 tahfiz..pengakuan jujur lagi ikhlas ni..

    dulu masa masih bersekolah, ramadhan ni jatuh time cuti sekolah..so mmg banyak la masa terluang..chik ngn abah plak mmg solat kat masjid selalu..rasanya abah ajk masjid kot dlu..sbb abah selalu jek sebok dgn aktiviti2 kat masjid tu..(rasanya betul dah tu abah ajk masjid dlu)..pas je berbuke ak akan dengan kadar segera bersiap nak g solat terawih kat masjid..abis tu 20 rakaat..pastu chik, abah dan rakan2 akan balik lambat sikit sbb bagi makanan kat imam tahfiz tu..aku??dengan termalu2 akan mengikut abah dan chik..dlm hati Tuhan je yang tau..hihi..

    time tu aku sangat teruja dengan mereka..sebabaku sangat kagum dgn kebolehan mereka menghafal Al-Quran..muda2 lagi..diorang cume tua 2 or 3 tahun je dari aku..sekarang pun aku masih berperasaan yang sama cuma mungkin sebab aku da besar so ak lebih berfikir secara rasional dlm bab2 suke2 dan minat2 org nih..hihi..

    oo selain itu, tadi imam yang jadi imam solat terawih tu orang arab..dari arab saudi rasanya..kenape ada imam arab saudi kat masjid kuala berang?sebab hari ni menteri besar terengganu berbuke n solat terawih kat sini..patut la lain mcm je bacaan imam tu..mula2 dalam hati aku "kalau MB tak datang ni ada ke bilal tu baca cam tu eh?"tapi rupenye2 aku da silap agak da..imam n bilal tu bkan malaysia la..maaf la..aku mane nak tau..yang jadi aku terfikir mcm tu sebab biasanye bacaan imam n bilal biasa2 je..xde la lagu ke lenggok ke dlm bacaan tu..pastu kakak aku ckp "tu imam arab saudi la"..saat paling best masa witir yg last tu..imam tu baca doa stail macm kat masjidil haram..Ya Allah tuhan je tau perasaan aku masa tu..maklum la aku tak penah sampai sana lagi..mcm ada satu perasaan lain..betapa aku berharap sangat aku akan menjejakkan kaki di tanah suci itu satu hari nanti..

    ermm tu je la nak cite..till next time..selamat berpuasa untuk esok hari..kalau ada dugaan datang tu istighfar banyak2..semoga keberkatan untuk kite semua berlebihan di bulan penuh barakah ini..

    yours truly,
    dyawithluv

    Wednesday, August 18, 2010

    Apa yang akan buat kamu gembira?

    Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 10:49 PM 0 comments
    alhamdulillah ari ni da masuk ari ke 8 umat Islam berpuasa..so far sume ok kan..tapi keje2 kat kuliah makin menimbun da..tapi masih bleh settle lagi la..minggu dpn on 24th ada test cp..then on 30th pn ada lagi satu test..cpc plak..so ape lagi kan baca, baca da baca la..tapi malas..cam mane??kan bulan Ramadhan ni sume syaitan kena ikat..jadi cam ne bleh ada lagi ni malas2 ni??erkkk...paham2 sendiri je la..huhu..

    saya rasa gembira la malam ni walau pun ada keje bertimbun..hihi..kenape2??sebab ptg td saya jumpa dgn org yang da lame sgt saya rasa nak jupe..nak tengok..selama ni tengok berterbangan je..haha!!obses2!!tak leh jadi..tp tada pape pun..saje2 je..

    owh nak tau saya sdg buat ape selain berblog??tgh baca artikel utk assignment professional practice & ethics..submission date on 24th..bukankah itu sama dgn arinye test cp??tidak2!!sib baik cp msk cket je test..tp pp ni nak 10 page gk la..huhu!!

    ok dah2..artikel 20 muka surat dari lexis nexis baru sampai muka surat 2 ni..rasa cam da lame ngadap ni..tapi nape baru page 2??musykilnye..huhu..till next time plak la..salam =)



    yours truly,
    dyawithluv

    Thursday, August 12, 2010

    Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ♥

    Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 5:15 PM 4 comments

    alhamdulillah kite dah pun berada di hari ke 2 dlm bulan ramadhan..sekejap je kn..rasa cam baru lagi sambut raya thn lepas da msk bln puasa tahun ni plak..masa berlalu..tak tunggu kite.pandai2 la kite kejar masa tu..kalau tak nati kite gak yang rugi..

    cakap pasal bulan puasa ni kan ni da masuk tahun ke 3 ak sambut puasa tanpa my beloved mother, chik..rindunye...al fatihah n semoga chik tenang dan bersama para solihin di sana disamping Allah Yang Esa...

    teringat plak masa chik ada lagi dulu kan selalu ikut chik n abah gi masjid solat terawih..20 rakaat relax jek..skang ni 8 rakaat pn dah ak terbilang2 bape rakaat lagi nak abeh..adehh berat nanang..ibadat2 xyah la berkire2..buat je la kan..tapi ye la nama lagi kite ni manusia biasa..

    hari selasa baru ni kan kite solat terawih yg pertama utk ramadhan kali ni..ak gi masjid unisza dengan ida and tia..tia drive keta pah sbb keta ak amar n iwan gune..owhh lupe mekasih ye amar sbb bagi aku durian tu..sgt sedap..pengakuan jujur: aku adalah peminat durian yg tegar..haha!!sgt suke mkn durian..ehh2 pose2 jgn ckp bab makanan..kurus pahala pose insan yg berpose nati..hihi..

    sempena dgn bulan ramadhan yg mulia ni ak nak share ngn la psl kebaikan2 di bulan puasa..semoga kita semua dikurniakan keberkatan dan keredhaan Allah..utk diri ak sendiri atau sape2 saje yg melintas di sini aku juga mendoakan agar kita beroleh segala manfaat yang ada di bulan yang menjanjikan rahmat yang tidak terkira ini..


    Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

    1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

    2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

    3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

    4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

    5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

    PENERANGAN HADIS

    1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

    2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

    3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

    4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

    5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

    6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

    7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

    8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

    9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

    10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

    11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

    renung2kan dan selamat beramal~~~~(pinjam kate2 prof izi..hihi)


    yours truly,

    dyawithluv

    Wednesday, August 4, 2010

    bad people around

    Posted by Hidayah Deiya Aledruce at 11:27 AM 0 comments
    i always want this blog to be a place where i can say something funny and beautiful but today i just can't stop myself from saying something bad and exploding my anger..i am someone who is always avoiding bad thought on 1st impression..normally will try to know that person first and if there is something wrong somewhere then i will try not be to close to that person..i just don't wanna meet any trouble and hate to cause trouble because i know i have no right to make people sad or feel annoying..

    i was embarrassed by someone whom i respected before..i used to hate him but then i started to feel comfortable with him and now i completely hate him!!!!!!!!


    yours truly,
    dyawithluv
     

    Secrets of Life Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez